Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, November 1, 2015

Ketam Masak Lemak Cili Padi Daun Kunyit

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), maaf la, kat dpur ni gaya lauknya pesen sama je..ketam, ikan, udg ke balik2 kuah kuning jgk, bila tnya nk masak apa dgn ketam ni, jwpannya tomyam atau gulai kuning! ketam murah je kat sni, tpi jarang jgk duk beli sbb malas nk main dgn kulitnya..lama benor nk perabis nasi asik duk layan dia je, bila rsa teringin je bru beli..anak sorang pun xreti nk kupas ketam ni, suami pun amik isi kat tengah tu je..kaki tangan dia tolak ketepi, xreti nk proses..sedap tu memang la sedap kan, tpi rasa leceh jgk..tu yg org arab xmkn ketamm ni, klu bagi kat depa rasanya mau terbang smua pingan..semoga jumpa lagi, Inysaa Allah dan maaf atas segala khilaf..

KETAM MASAK LEMAK CILI PADI DAUN KUNYIT by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 ekor ketam - kerat 2
  • 2 1/2 cawan santan
  • 3-4 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 2 biji cili padi * - boleh tambah jika suka pedas
  • 1 helai daun kunyit
  • 2-3 biji cili padi
  • 1 keping asam gelugur
  • garam, gula secukup rasa
Cara

1. Tumbuk lumat bahan bertanda *.
2. Dalam periuk masukkan santan, bahan tumbuk, daun kunyit, cili padi dan asam gelugur, masak hingga mendidih sambil dikacau selalu dan masukkan sedikit garam, gula.
3. Masukkan ketam, masak sambil dibalik agar ketam masak sekata dan perasa secukup rasa.

mcm masak lemak biasa je, cuma letak daun kunyit sikit..lagi la sedap aromanya..xde lauk lain pun takpe dh..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...