Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, November 25, 2015

Gulai Tulang Rusuk Dengan Umbuk Kelapa

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus ketika dlm perut ikan, amik peluang update skli lagi lah..klu bleh memang nk clearkan cepat2 folder tu..mcm xpercaya plak ada jual umbuk kelapa kat sni, umbuk ni dtg dri thailand, kebetulan ada yg ketol kecik, jdi saja la maz beli nk sruh anak rasa..yg lebih tu buat gulai ni,  kebetulan ada beli tulang rusuk sikit..klu msa kat kampung dlu memang biasa la gulai kat kenduri kahwin masuk umbuk kelapa gini..tpi skrang ni susah dh nk jumpa, pokok kelapa pun dh xde..gulai ni saja buat cair gitu, maz xsuka klu jenis kuah pekat sangat..tu yg masak kurma xpernah buat lgik rasanya, sbb tak minat..

GULAI TULANG RUSUK DENGAN UMBUK KELAPA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 700g tulang rusuk - cuci dan toskan
  • 4-5 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 2 sudu besar rempah gulai, maz guna rempah kelantan + sikit rempag gulai kawah - bancuh dengan sedikit air
  • 1 cawan santan
  • 1 kayu manis, 3 kuntum bunga lawang, 3 bunga cengkih, 3 biji buah pelaga (rempah 4 sekawan)
  • 1 mangkuk umpuk kelapa yang dihiris
  • 3 biji cili hijau
  • 1 keping asam gelugur
  • sedikit nisan, garam, gula secukup rasa dan aji jika suka
  • minyak untuk menumis
Cara

1. Tumbuk lumat bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak untuk menumis secukupnya dalam periuk tekanan, tumis bahan tumbuk dan rempah 4 sekawan biar wangi.
3. Masukkan rempah dan tumis biar pecah minyak, kemudian tambah 1-2 sudu air dan tumis lagi hingga rempah masak, ulang 2-3x proses ni.
4. Masukkan daging, sebatikan dengan bahan rempah dan masak sekejap biar daging keluar airnya.
5. Masukkan air dalam 2-3 cawan, santan, asam keping, nisan dan sedikit garam, masak biar mendidih kemudian tutup periuk tekanan dengan sempurna dan masak dengan api perlahan selama 30-35 minit.
6. Padamkan api, buka tutup periuk tekanan setelah wap habis keluar dan masukkan cili hijau, umpuk kelapa dan perasa secukup rasa.
7. Masak balik sekejap biar umpuk lembut, padamkan api.

umbuk ni beli kat Lulu hypemarket, kat msia pun xde jual deh umbuk kelapa ni atas pasaraya..tpi itu lah bahrain, mungkin sbb bangsa luar ramai sangat kat sni..jdi makanan dibawa masuk atas permintaan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...