Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, April 4, 2016

Stuffed Bread @ Murtabak Cara Mudah

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' (Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat yang telah dijanjikan syurga.
bertemu skli lgi, nk panggil roti atau kue pun bleh deh! klu cicah dgn kari pun sedap ni..inti tu klu nk guna ground beef atau sardin pun boleh jgk, maz guna scramble egg dan sedikit sayur..mcm murtabak atau roti canai telur la ni, cuma ni versi mudah je..klu tak nak menguli bleh la try murtbak ni, guna inti kentang..ok la xleh nk lelama, nk prgi airport amik suami..sbnarnya dh seminggu lebih kena tinggal! Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada..

STUFFED BREAD by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Doh
  • 2 cawan tepung serbaguna @ tepung gandum
  • 1 sudu besar minyak sayur/miyak zaitun
  • 1/4 sudu kecil garam
  • air secukupnya
Inti
  • 3 biji telur *
  • 2 sudu besar susu segar *
  • sedikit serbuk lada sulah *
  • sedikit garam *
  • 1/2 biji lada benggala merah - potong panjang
  • 1/2 labu bawang besar - potong nipis
  • sedikit daun bawang - potong panjang
  • sedikit minyak sayur
Cara

1. Dalam mangkuk, sebatikan tepung dan garam, masukkan minyak gaul sikit dengan hujung jari, kemudian masukkan air sikit-sikit sambil diuli hingga jadi doh yang lembut.
2. Tutup mangkuk dengan plastik wrap, perap selama 40-50 minit.
3. Bulatkan beberapa bahahian kecil, tabur sikit tepung tempat canai, canai bentuk bulat senipis yang boleh (tak jadi bulat betul pun takpe), tapi jangan besar nanti bila gulung jadi tebal,  isi inti separuh dari bulatan dan gulung memanjang.
4. Bila dah siap gulung memanjang, gulung pulak jadi bulat (gulung macam bentuk ubat nyamuk tu/pinwheel).
5. Tekan perlahan-lahan dengan hujung jari yang dah siap gulung bentuk ubat nyamuk tadi biar jadi lepab sikit dan nipis atau kalau tak nak buat bentuk bulat ni, boleh buat bentuk karipap besar.
6. Panaskan 1-2 sudu besar minyak sayur dalam kuali non-stick, masak selama 3-4 minit setiap bahagian dengan api sederhana atau hingga garing dikedua bahagian, kalau minyak kering, tambah je sikit lagi.
7. Potong dan boleh la dihidang bersama sos kegemaran atau kari (anak maz makan gitu je).
8. Untuk inti, sebatikan semua bahan bertanda *, panaskan sedikit mentega dalam kuali non stick, masukkan bawang besar, dan lada benggala, masak sekejap biar layu, angkat dan ketepikan.
9. Dengan kuali yang sama, masukkan telur dan biar sekejap, kemudian kacau biar jadi macam telur hancur, masukkan sayur tadi dan daun bawang, sebatikan.

Nota ilhamdapur : canai tu biar nipis je, kalau nak letak cheese pun boleh, sayur tu boleh guna cendawan butang atau sayur lain juga, maz guna apa yang ada kat dapur je, kalau tak nak letak pun takpe atau boleh guna inti ground beef atau inti karipap.

nk buat sbgai sarapan pun bleh atau kue ptg, menu ringkas yg sedap dan kenyang! sbnarnya dh 3x buat roti berinti ni, anak2 suka! lgipun mudah sangat..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...