Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, May 5, 2016

Sup Ayam Istimewa..Menu Plan Diet Cara Atkins

Assalamualaikum w.b.t 
'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), semoga kita sentiasa dlm lindunganNya, Ameen. 
meneruskan dgn menu masa tgh berdiet hritu..dh seminggu lebih la karam ke laut hindi segala dietnya, adoii! semangat diet masih betul kental..yg senang hati tu sbb kain pun dh longgar skit, tu yg mkn mcm2..minggu depan kna nk start diet balik la, Inysaa Allah..msa berdiet maz memang bnyk buat menu jenis berkuah gini sbb suami dan anak2 suka hirup, lagi pun bila air bnyk terasa kenyang la kan! sup ni lain skit dri gaya sup yg biasa duk buat, bahan tumisnya tu mcm rempah masakan india atau pakistan yg duk buat sblum ni atau resepi behoon sup..wangi semerbak, memang sedapp sungguh! sup ni warna kuning sikit sbb tumis sekli kunyit hidup dgn bahan lain..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf  apa yg tidak sempurna..

SUP AYAM ISTIMEWA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong saiz sederhana
  • 1 labu bawang besar bombay, kalau kecik guna 2 *
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin) *
  • 1 kayu manis, 3 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga cengkih, 2 bunga lawang (rempah 4 sekawan)
  • garam, gula dan aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Kisar lumat semua bahan bertanda *, panaskan minyak untuk menumis secukupnya.
2. Masukkan rempah 4 sekawan, tumis sekejap, kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi dan masak, masukkan rempah serbuk, tumis sekejap.
3. Masukkan air secukupnya, masak biar mendidih, kemudian masukkan ayam dan perasa secukup rasa, masak biar mendidih lama sikit dan ayam lembut.

nk buh nasi impit pun bleh ni, jadi la soto deh! klu buat lauk mkn nasi dgn sambal belacan pun serasi sangat..menu ringkas yg enak..klu nk tukar selera dri sup guna rempah bunjut tu, bleh la try sup ni..

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...