Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, March 18, 2019

Vietnamese Beef Noodle Soup (Vietnamese Pho)

 Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga Allah SWT always protect us, our loved and keep us safe, Ameen
sementara ada kelapangan dan mood rajin ni, update la skli lgi apa yg dh ada dlm folder ni..noodle vietnam atau disebut Pho dlm bahasa tempatan dikira sbgai mknan harian masyarakatnya, seakn thai boat noodle jgk rsanya, light gitu dan guna rice noodle vietnam..gambar ada kat link thai boat noodle atas tu..sni ada jual noodle ni kat hypermarket, sedap lah hirup sejuk2 sup panas gini..Insha Allah semoga ketemu lgi dilain waktu dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

Vietnamese Beef Noodle Soup (Vietnamese Pho) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg daging - potong saiz sederhana
  • 3 ulas bawang putih - ketuk sekali dengan kulit *
  • 1 labu bawang besar bombay - belah 4 *
  • 2-3 pokok akar daun ketumbar *
  • 1 kayu manis *
  • 3 bunga cengkih *
  • 3 kuntum bunga lawang *
  • 1 sudu kecil biji lada putih (white pepper corn) *
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 1 sudu kecil kicap ikan (fish sos)
  • sedikit cuka
  • sedikit gula, garam dan aji
  • mee beras (rice stick noodle)-rebus biar lembut, toskan
Cara

1. Dalam periuk tekanan (presure cooker), masukkan air secukupnya (agak-agak lah ye), semua bahan bertanda * dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan daging, sos tiram, semua jenis kicap dan perasa secukup rasa dengan sedikit garam, kicap sotong/ikan, gula dan aji, tutup periuk tekanan dengan sempurna dan masak dengan api perlahan selama 40 minit atau hingga daging lembut.
3. Bila dah masak, suaikan secukup rasa dengan sedikit cuka, keluarkan daging dan hiris nipis,
4. Boleh la dihidang bersama rice noodle dan taugeh (maz xde stok, guna daun ketumbar je) dan thai cili flakes

Nota ilhamdapur : kicap manis tu boleh tambah jika warna sup kurang gelap, sukatan ni kecik je, tu yang air untuk sup pun tak banyak, kira padan dengan daging dan bahan rempah, boleh juga guna kuew teow jika takde noodle tu.

skli skala bertukar selera dgn sup negara jiran ok jgk kan..cara penyediannya lebih kurang dgn bihon sup kita, cuma lgi sedap bihon sup kita rsanya..

2 comments:

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete
  2. numpang share ya min ^^
    bosan tidak tahu harus mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...