Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, March 24, 2019

Thai Prawn Salad (Kerabu Udang Thai)

Assalamualaikum w.b.t..
'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah)
antara pabret en.suami kerabu2 versi thai gini, dia suka mkn gitu je..sama je mcm buat kerabu mknan laut yg sblum ni, cuma kli ni tukar buat udang je, rasa seimbang masam manis dgn aroma daun ketumbar, serai dan bawang putih ckup membangkitkan selera..nk buat pon org kata semudah ACB je, Insha Allah jumpa lgi dilain waktu dan mohon maaf atas apa yg tidak menyenangkan..

Thai Prawn Salad (Kerabu Udang Thai) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g udang segar saiz sederhana
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
  • 2 batang serai - hiris nipis
  • 3 biji cili padi hijau - potong kecil
  • 4 biji cili padi merah - potong kecil
  • 1 biji tomato - hiris nipis
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji asam limau - amik jusnya
  • 2 sudu besar nisan putih thai @ secukup rasa - bleh tgk kat sini
  • kicap ikan/fish sos secukupnya
  • sedikit aji
  • daun ketumbar cincang secukupnya
Cara

1. Udang di buang kulit tinggal ekor saja dan belah belakang sikit buang urat hitam.
2. Celur udang dalam air panas selama 1 minit, toskan dan rendam dalam air sejuk peti/ais agar tidak kecut.
3. Dalam lesung, masukkan nisan putih, jus limau, kicap ikan ,bawang putih, aji dan gesek-gesek biar nisan larut dan bawang putih pecah sikit. Perasa secukup rasa biar ada rasa sedikit manis dan masam yang seimbang.
4. Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan dan gaul sebati.
5. Sedia untuk dihidang dengan tomyam, nasi putih atau makan begitu saja.

sptutnya sdikit berkuah dri jus limau dan air tmato tpi sbb mangkuk tu dlm npak mcm kering skit, kerabu ni dgn telur dadar je pn dh ckup utk menambat selera..

3 comments:

  1. Kerabu udang bertambah2 la kesedapan dia Maz.. kalau nk banding dgn kerabu daun3 tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu kak,hihikk..meratah je pon sdppp, bleh berair2 hidung klu buat pedas gak

      Delete
  2. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...