Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, April 2, 2019

Puding Sagu Fruit Coctail

Assalamualaikum w.b.t
'SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, AllahuAkbar 33x, La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa `ala kul'li shai’in qadir 1x', zikir selepas solat fardhu sunnah Rasulullah saw. (Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang membacanya selepas solat fardu, akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih dilautan - Hadith Muslim), sama2 kita amalkan, semoga Allah SWT accept our good deeds, forgive our sins, our parents and bless us with His mercy, Ameen.
agak suram blik mood utk update dpur usang ni..di tmbah plak dgn sdkit sibuk ke sana ke mari sejak dri hjung minggu lepas lgi, bleh kata klu wken tu kluar pgi blik dh lewat ptg..ni pon ptutnya nk kluar jgk tghri nti, tpi call bgthu suami kata tukar schedule ke belah ptg nti..ok lah layan puding sagu ni, sbnarnya dh 2-3x duk buat sagu buah campur ni..puding ni pemanis mulut utk berbuka minggu lepas memandangkan anak2 dan babanya pon berpuasa isnin khmis di bln Rejab ni, jdi tu yg buat dessert skli..klu puasa sorang tu mkn je apa yg ada, sagu ni ilham dari puding vietnam yg pernah buat sblum ni, ada kat sini..cuma yg ni guna susu cair dan sagu tu buat lapis wrna trafik light mcm talam ubi kayu ni bgi berseri gitu, di tmbah plak dgn buah cmpur dan kiwi pasti xckup 2 gelas tu sbgai penyejuk tekak..sedappp!! nk buat pon mudah sngat2, Insha Allah smpai bersama lgi dilain waktu dan mohon maaf atas apa yg tidak sempurna..

Puding Sagu Fruit Coctail by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan biji sagu - cuci bawah air dan toskan
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • 1 tin buah campur
  • 2 biji kiwi - optional
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 tin air (guna tin susu cair)
  • pewarna merah, hijau, kuning
  • gula secukup rasa dan sedikit garam
Cara

1. Masukkan air dalam periuk bersama daun pandan dan masak biar air berbuih kecil sikit kemudian terus masukkan sagu sambil dikacau agar tidak berketul.
2. Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga sagu masak dan pekat (biji sagu bertukar warna jernih/bercahaya), padamkan api.
3. Masukkan sedikit pewarna kuning dan merah dalam 2 mangkuk berasingan, masukkan 1 senduk besar sagu (kira buah 3 bahagian) yang telah masak dalam mangkuk 2 warna tadi dan kacau sebati.
4. Baki sagu dalam periuk tu  masukkan pula sedikit pewarna hijau dan kacau sebati.
5. Tuang lapisan warna merah dalam bekas/loyang, diikuti dengan warna kuning dan ratakan kemudian lapisan hijau. Sejukkan sepenuhnya.
6. Dalam periuk masukkan air dan gula secukup rasa serta garam. Masak hingga gula larut, kemudian masukkan susu cair dan masak sekejap, padamkan api dan sejukkan dalam peti dulu sebelum di hidang.
7. Bila nak hidang, potong sagu yang telah sejuk tadi dan masukkan dalam cawan/mangkuk bersama buah campur dan tuangkan susu cair secukupnya.
Nota ilhamdapur : buah campur tu pon maz sejukkan juga dalam peti sebelum hidang.

utk sagu tu maz kacau je dlu dlm 1 periuk, lepas sagu dh masak bru masukkan dlm 3 bekas dan warnakan..lepas tu lapis dan sejukkan, siappp..mudah kerja, Alhamdulillah semua dgn izinNya.

3 comments:

  1. Replies
    1. Salam kenal dri kak, terima kasih sudi singgah dapur usang ni..Alhamdulillah sedapp penyejuk tekak ni mala

      Delete
  2. numpang share ya min ^^
    bosan tidak tahu harus mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...