Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, August 24, 2016

Sotong Sambal Tomato

Assalamualaikum w.b.t
'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit selagi bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni 3x pagi dan 3x petang, sunnah Rasulullah saw..semoga Allah swt protect us, our families and always keep us safe, Ameen.
masa ada kerajinan ni update la sekerap yg bleh deh, biar surut skit folder tu..stun ni pun lauk dh berbln jgk, kejadian sblum pindah rumah lgi..biasa duk buat sambal cili kering..kli ni cuba buat sambal tomato plak, dri guna cili kering tukar pda pes tomato, rsanya antara masam manis dgn sos sardin gituw sikit..sbb maz masuk jgk sos cili dan sos tiram sikit nk bgi balen rsa tomato, pastu kacau je dlm kuali..stun tomato ni xde la rsa berminyak sangat mcm masak sambal biasa tu, sbb xguna minyak bnyk utk menumis..rsa pun bleh tahan jgk, nk mkn dgn nasi putih atau nasi tomato pun ok..semoga jumpa lagi, InysaaAllah dan maaf atas segala silap yg ada..may Allah show mercy upon the man who shows me my faults - Umar Al Khattab, antara 10 sahabat Rasulullah saw yg telah dijanjikan syurga..

ni ler tomato paste yg duk guna selama ni, pes ni xmasam sangat dan ada sedikit rsa manis..pastu pekat, maz guna pes ni jgk utk buat sos piza, atau spagheti dan dlm masakan arab..pastu cuba buat masak sambal sotong ni plak, org arab bnyk guna tomato dlm masakan..

SOTONG SAMBAL TOMATO by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g sotong 
  • 1 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 sudu besar pes tomato - maz guna pes mcm dlm gambar kat bawah 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos manis thai @ sos pencicah
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
  • 2 biji cili hijau - hiris nipis
  • sedikit garam dan gula, aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Cuci sotong, kerat dan toskan biar kering (maz guna sotong agak besar juga, kalau sotong kecik tak perlu potong).
2. Tumbuk lumat bahan bertanda *, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk biar naik bau.
3. Masukkan pes tomato dan tumis seketika, kemudian masukkan sotong, masak biar bertukar warna dan keluar airnya.
4. Masukkan semua sos, sedikit air dan perasa secukup rasa, akhir sekali masukkan bawang, cili dan masak seketika lagi biar sos pekat sikit.

kbtulan stun pun besar jgk, stun atau cfood ni klu msak simple pun sodap aje kan! dpt plak dgn nasi panas, xde lauk lain pun tkpe dh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...