Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, August 31, 2016

Marinara Sauce

 Assalamualaikum w.b.t 
'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), semoga Allah SWT guide us to the straight path, Ameen.
lama dh jgk rsanya xde n3 menu italian, ada je dk buat sokmo mcm pasta tu..cuma versi ringkas dan kekdang tu xde masuk sayur apa, jdi tu yg xsnap, sos marinara ni buat mkn dgn roti..smjak akhir2 ni rjin plak duk buat menu italian, terliur la bila tgk program bizarre foods andrew zimmern..mula la mokcik ni dtg semangat nk buat jgk! tpi pilih buat yg mudah je la, sos ni sama je mcm nk buat spagheti bolognese..cuma marinara ni teksture sosnya lagi halus sbb buah tomato tu dikisar dulu dan guna buah tomato tin yg dah lembut dan warnanya merah pekat, tpi klu yg suka jenis chunky sikit tu tekan2 je biar pecah tomato tu..sos ni jgk bleh dipelbagai guna sebagai dip atau nk layan dgn spagheti pastu tabur parmesan cheese pun bleh, memang super yummyy! terima kasih sekli lgi pada yg sudi singgah dapur ni..semoga ada yg dpt dimanafaat bersama dan mana yg tidak sempurna dri maz tu harap dpt dimaafkan, InysaaAllah jumpa lagi..

dh 2x buat sos ni, memula buat 1 tin tomato je..suami kata sedap sangat mkn dgn cheese bread, pastu esknya buat plak 2 tin..maz guna tomato tin yg sbjik2 dlm sirap tu, barang italian mudah sngat nk cri sbb ramainya european kat sni..bleh kata bersepah, prgi mana2 ada je dia org..

MARINARA SAUCE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-Bahan
  • 1 tin peeled tomato - ada jual kat pasaraya
  • 1/2 labu bawang besar bomba - cincang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 2 helai daun bay
  • 1 sudu besar pes tomato - maz guna mcm dlm gambar tu
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu besar daun parsley (italy) cincang - mcm dlm gambar kat bawah 
  • 2 sudu besar gula @ secukup rasa
  • 2 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • sedikit garam jika perlu
ni italian parsely, tak sama dgn english parsely yg daunnya berjambak tu..italian parsely ni rupenya seakan daun ketumbar dan daun sup..tpi baunya lain dan tekstur daunnya sedikit kasar, kat sni ada ditanam sebagai sayur tempatan sbb org arab bnyk guna dlm masakan dan guna buat salad tabouleh..

Cara

1. Masukkan tomato dan jusnya dalam pengisar dan kisar biar hancur.
2. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang, daun bay, daun parsely dan tumis sekejap sekadar bawang layu.
3. Masukkan tomato kisar, pes tomato, sedikit air ( guna tin tomato tu, sekadar cuci tin je), kiub pati dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan gula dan masak biar mendidih lama sikit, suaikan secukup rasa.
5.Padamkan api dan sejukkan sepenuhnya, boleh lah dihidangkan bersama cheese bread/stick/calzone/spaghetti dan seumpamanya.

dh terhasil 2 menu dgn marinara sos ni, wpun ringkas je tpi sedapnyaa! klu mkn kat restoran mau kena caj 3-4 dinar 1 set, buat sdrik amat berbaloi..senang ada sos ni dlm peti, bleh jgk guna sbgai sos lagsana atau baked pasta yg lain..klu time xde idea utk alas perut mlm atau nk cepat, rebus pasta dan gaul je dgn sos ni..

2 comments:

  1. Assalamualikum..Salam kemerdekaan. Lamanya tak blogwalking.
    Hari ni nak jalan2 selak2 dapo sini. Mood cuci mata on (^__^)

    ReplyDelete
  2. Waalaikummusalalam, terima kasih sudi singgah dapur kecik ni..kita pun dh lama pencen blogwalking ni, berblog skrang skdar update dapur ni je..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...