Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, October 15, 2014

Chicken Mandhi ala Lebanese Restoran

Assalamualaikum w.b.t...nasi mandhi...antara nasi yg popular dikalangan masyarakat tempatan kat sni selain dri nasi2 arab yg lain...nasi mandhi kat sni jgk ada mcm2 stail...semuanya berbeza setiap restoran atau kedai dari segi rasa dan rupa mengikut gaya penyedian dan rempah yg digunakan...klu makan kat lebanese restoran...nasi mandhinya very light...klu kat restoran arab pun ada bnyk versi jgk...klu jamu selera kat turkish restoran nasi mandhinya gaya lain plak...jdi terpulang la pada kita nk buat yg mcmana...asalkan kena dgn selera...tidak semestinya hanya 1 versi saja...sma jgk la kan mcm dgn nasi kerabu kita...ada org guna taugeh sebagai ulam...ada yg guna kubis dan sebagainya...sambal kelapa pun tidak sama...ada yg letak budu...ada jgk yg hnya masin dengan air cili je...tapi tetap nasi kerabu deh...semuanya terpulang pada kita...kli ni cuba tiru nsi mandhi yg mkn kat lebanese rostoran plak...nasi ni pun dh sbln lebih dlm folder...ada 1 lgi tu menunggu...nasi biryani cairo stail...ada skli mkn kat cairo restoran...jdi maz cuba buat biryani versi restoran tu jgk...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan dan semoga jumpa lagi...Insyaa Allah...

Bahan-bahan

Ayam
  • 1kg ayam - cuci bersih & kerat 4
  • 1 labu bawang besar - kerat 8
  • 1 biji dry lime
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • sedikit garam dan 1-2 cubit serbuk kunyit
Cara

1. Masukkan semua bahan periuk, masukkan air secukupnya (agak-agak la ye) dan masak biar mendidih lama sikit dengan api sederhana.

2. Bila dan masak, keluarkan ayam dan simpan air rebusan.

3. Masukkan ayam dalam oven dan bakar sekejap biar perang atau boleh guna kuali je (panaskan 3-4 sudu besar minyak sayur, letak ayam. Biar sedikit garing/perang dikedua bahagian.

Nasi
  • 2 cawan beras basmathi - rendam 20 minit & toskan
  • 1/2 labu bawang besar - kerat 6 *
  • 9 biji buah pelage *
  • 2 batang kulit kayu manis *
  • 7 kuntum bunga cengkih *
  • 1 biji tomato - kerat 8
  • 1/2 sudu kecil rempah mix Arabic
  • 1 kiub pati ayam @ garam secukup rasa
  • 5-6 sudu besar minyak sayur
  • sedikit pewarna oren (warna kuning+setitik warna merah)
  • 2 sudu besar minyak sayur - masuk bila nasi dah kering
Cara

1. Panaskan minyak (maz terus guna periuk nasi letrik), masukkan bahan bertanda *. Tumis hingga wangi. Kemudian masukkan tomato, tumis lagi. Masuk mix arabic,tumis sekejap.

2. Masukkan separuh dari air rebusan ayam dan air secukupnya (agak la ye, suaikan dengan beras masing-masing, pastikan sukatan air secukupnya, jangan lebih nanti nasi tidak berderai elok, maz letak dalam anggaran 1 cm air atas beras).

3. Masukkan kiub pati @ garam dan biar air mendidih. Kemudian masukkan beras, kacau sebati dan rasa jika perlu tambah garam, biar rasa masin lebih sikit agar bila masak nasi berasa. Tutup periuk seperti biasa.

4. Bila nasi dah kering, tuang 2 sudu besar minyak sayur dan titiskan 3-4 tompok pewarna oren (jangan kacau). Tutup periuk dan biar nasi masak sepenuhnya.

5. Bila nasi dah masak, biarkan dulu dalam 5 minit. Kemudian baru gemburkan nasi guna garfu.

Air Tomato
  • 2 biji tomato
  • 1 biji cili hijau
  • 1/2 labu bawang besar
  • sedikit garam
Cara : Kisar semua bahan dengan sedikit air.

ni la nasi mandhi yg lebanese restoran punya yg maz cuba masak ni...arayes haritu pun maz cuba buat mcm yg mkn kat sni la jgk...abai je la ye tangan montel anak bongsu tu...nasi tu order utk dia la...mesti kena mkn nasi...maz dgn suami suka mkn yg cicah2 tu...mix mezza layan dgn flat bread...
klu mkn kat luar maz akan amati dan rasa betul2 mknan tu sebab nk thu apa bahan yg digunakan...snang nk buat jgk...kihkih...wpun xsama 100%...tpi boleh la utk mkn kluarga tu kan...juri kat rumah ni pun kata sama mcm yg restoran hritu...

Beef Chili Nachos with Guacamole

Assalamualaikum w.b.t...nachos lagi...tpi ni pun yg buat berbulan sudah...makanan yg sangat cepat nak sedia dan yg pasti sedapp...bleh kata terlalu kerap sangat dah buat sdrik nachos ala Chillis ni...asalnya memula mkn kat chillis bangsar berbelas thun yg lalu...yg teruk sngatnya msa mengandung aiman...suka sngat mkn nachos ni...klu prgi chillis tu mesti kena tapau lgi utk mkn kat rumah plak...patut la aiman minat sangat Mexican food ni...pastu bila dtg duk sni msa memula dlu thun 2007...rupenya mudah sngat nk cri Mexican food kat sni...bahan2 pun semua ada kat pasaraya...jdi dri stu la maz cuba buat sdrik...ni sma je mcm yg update hritu...ada kat sini...cuma yg ni tambah guacamole...Insyaa Allah semoga jumpa lagi...mohon maaf atas segala yg terkurang...

Beef Chili Nachos by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil daging dadu/cincang - guna daging bahagian lembut @ boleh guna daging kisar segar
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1 labu bawang besar bombay - dadu
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sudu besar cili hijau yang dicincang
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1 sudu besar pes tomato
  • 1/4 sudu kecil serbuk koko/coklat sirap @ 1/2 inci coklat masakan - jangan skip ye
  • 1/2 ketul kiub pati daging/ayam @ secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 1 helai daun bay
  • sedikit gula
  • plain tortilla chip secukupnya
  • mozzarella cheese secukupnya/cheese keping
  • jalapeno (cili jeruk Mexican)
Cara

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang besar, daun bay dan bawang putih. masak sekejap. Kemudian masukkan daging dan masak biar daging keluar airnya.

2. Masukkan semua jenis rempah, kacau sebati. Masukkan buah tomato, cili hijau dan tomato pes serta sedikit air (dalam 1 cawan).

3. Masukkan kuib pati, serbuk koko dan gula. Masak biar mendidih sambil dikacau sekali sekala hingga kering. Sejukkan dulu - beef chili ni boleh buat awal, kalau bermalam dalam peti pun boleh.

4. Bila dah sejuk, ratakan tortilla chip atas pingan/casserole yang tahan panas, kemudian taburkan daging tadi dan letak sedikit cheese. Kemudian ratakan 1 lapis lagi tortilla chip dan taburkan daging serta cheese.

5. Bakar dengan suhu 170 C selama 5-6 minit @ cheese cair.

6. Keluarkan dari oven, tabor salsa dan letak guacamole. Sedia untuk dihidang panas.

Salsa
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1/2 labu bawang besar bombay - dadu
  • sedikit daun ketumbar - cincang
  • 1-2 cubit garam
Cara - Sebatikan semua bahan - boleh buat awal dan simpan dalam peti dulu.

Guacamole
  • 1 biji buah avocado masak
  • sedikit daun ketumbar (3-4 batang)
  • secubit garam
  • 1-2 sudu besar extra virgin minyak zaitun
Cara : Tumbuk biar hancur daun ketumbur, kemudian masukkan buah avocado dan tumbuk. Bila dan lumat masukkan garam dan minyak zaitun, kacau sebati. Bila dah letak nachos dalam oven boleh la buat guacamole ni, jangan buat terlalu awal kerana buah ni akan bertukar warna.

skli beli 10 peket trus buat stok tortilla chip ni...memang snak yg cepat dan kenyang...stkat ni buat utk alas perut belah malam...kdang2 cicang gitu dgn salsa mcm yg kat sini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...