Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, September 29, 2014

Beef & Cheese Arayes - Lebanese Stuffed Bread

Assalamualaikum w.b.t...arayes atau stuffed pita bread yg diisi dengan daging kisar...seakan pizza...ni kira pizza versi arab...nak buat pun mudah sngat dan yg penting sedapp dan perut pun happy la kan...rotinya rangup diluar...yg pasti xckup dgn 3 ptong ni...yg ijau tu jeruk timun jepun...org arab memang kuat mkn jeruk2 sayur ni...maz pun suka pickle2 arab ni...ratah gituw pun sedapp...ok semoga bersama lgi dilain waktu...Inysaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan...

terjadinya buat arayes ni sbb ada g mkn kat lebanese restoran...pastu order la arayes ni skli...memula order sbjik je...xckupp...pastu order lgi sbjik...blik rumah apa lgi berdendang la kat dpur buat sdrik plak...semua bahan pun ada...cuma bli roti dia je...lgipun xguna bnyk bahan utk membuatnya...ni maz buat perpndukan pda rasa yg mkn kat restoran tu...

Beef & Cheese Arayes by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan daging kisar segar @ boleh guna isi ayam
  • 1/2 labu bawang besar - dadu/cincang
  • 1 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 1/2 sudu kecil arabic mix masala @ boleh ganti dengan serbuk jintan putih & ketumbar
  • 2-3 keping labenese bread (roti arab)
  • sedikit daun parsly - cincang @ boleh ganti dengan lada bengala hijau
  • sedikit garam
  • cheese keping secukupnya
  • mentega secukupnya
Cara

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang dan masak biar layu. Kemudian masukkan daging, kacau sebati. Masukkan rempah dan parsly serta perasa dengan sedikit garam.

2. Kacau sebati dan masak biar daging masak.

3. Ambil sekeping roti, gunting keliling hujungnya biar terbuka (maknanya jadi 2 keping). Kemudian ratakan inti atasnya sambil ditekan guna belakang sudu biar kemas (inti tu tak perlu letak tebal sangat ye).

4. Susun cheese secukupnya dan tutup dengan 1 lapisan roti yang digunting tadi. Buat sampai habis.

5. Guna kuali leper, (maz guna non stick) cairkan sedikit mentega. Letak roti yang telah siap diisi tadi dan masak biar perang/garing. Kemudian balik dan masak sebelah 1 lagi pulak.

6. Angkat, potong dan sedia untuk dihidang.

selalunya mkn yg turkey stail...yg tu jenis guna dough mentah mcm pizza...isi inti dan bkar dlm clay oven...tpi versi lebanese ni mudah je sbb guna khubus atau lebanese bread yg dh siap dan ada jual kat mna2...xpyah nk menguli tepung bagai...5 keping bru rm1 je...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...