Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, August 8, 2014

Beef Chili Nachos

Assalamualaikum w.b.t...Alhamdulillah hri ni bertemu jumaat sekali lgi...semoga kita tidak lupa akan surah Al-Kahfi setiap mlm atau hari jumaat sebagaimana sunnah Rasulullah saw...mlm tdi tetiba je kepala ni terasa berat...kena selsema sikit...Alhamdulillah pgi ni dah ok...lepas solat jumaat nti nk kluar merayau cri brang2 dpur skit...nachos ni menu dlm puasa jgk...rsanya klu tak salah 5-6x buat nachos ni utk berbuka...semua suka klu nachos ni dan menu yg terlalu kerap dibuat kat rumah ni dri dedulu lgi...cuma xbrapa rjin nk update kat sni...ye la kan...menda ni kluar oben tu kena trus mkn dh...kan nk posing2 lgi sejuk la plak...ni pun snap yg atas meja nk santap dh...smjak lepas raya ni pun dh 2x buat...slalunya buat utk mkn mlm ganti nasi...yg buat sblum ni ada kat sini dan sini...yg penting cepat dimasak dan sedap dimkan...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan dan semoga jumpa lagi...Insyaa Allah...

Beef Chili Nachos by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil daging dadu - guna daging bahagian lembut @ boleh guna daging kisar segar
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1 labu bawang besar purple - dadu
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sudu besar cili hijau yang dicincang
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1/2 sudu besar pes tomato
  • 1/2 sudu kecil serbuk koko/coklat sirap/coklat masakan - jangan skip ye
  • 1/2 ketul kiub pati daging/ayam
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 1 helai daun bay
  • sedikit gula
  • plain tortilla chip secukupnya
  • mozzarella cheese secukupnya/cheese keeping
Cara

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang besar, daun bay dan bawang putih. masak sekejap. Kemudian masukkan daging dan masak biar daging keluar airnya.

2. Masukkan semua jenis rempah, kacau sebati. Masukkan buah tomato, cili hijau dan tomato pes serta sedikit air (dalam 1/2-1 cawan).

3. Masukkan kuib pati, serbuk koko dan gula. Masak biar mendidih sambil dikacau sekali sekala hingga kering. Sejukkan dulu.

4. Bila dah sejuk, ratakan tortilla chip atas pingan yang tahan panas, kemudian taburkan daging tadi dan letak sedikit cheese. Kemudian ratakan 1 lapis lagi tortilla chip dan taburkan daging serta cheese.

5. Bakar dengan suhu 170 C selama 5-6 minit api atas saja dan rak paling atas. Sekadar utk cairkan cheese dan rangupkan chip.

6. Keluarkan dari oven, taburkan salsa dan buah avocado. Sedia untuk dihidang panas.

Salsa
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1/2 labu bawang besar purple - dadu
  • sedikit daun ketumbar - cincang
  • 1-2 cubit garam
Cara - Sebatikan semua bahan - boleh buat awal dan simpan dalam peti dulu.

kat rumah ni memang peminat tegar mexican food...nak2 nachos ni...smlm pun dh buat keluar dging sktol nk buat chili nachos ni...tpi sbb badan xberapa sihat msuk peti blik dging tu...stok tortilla chip pun jarang ptus la org kata...skli beli 5-6 peket terus...sbb kadang2 tu time nk beli xde plak kat pasaraya...maz beli nachos brand amigos...made by suadi...memang berbaloi buat sdri ni...klu mkn kat chillis spngan ni dkat 4 dinar...thun ni xmsuk lgi chillis pun smjak duk buat sdri ni...pastu ada 1 lgi mexican restoran pun ada nachos ni...ada jgk duk beli skli skala sblum ni...pastu tak order dh...lgi sdpp yg homemade ni...memangg sedapp...npak je mcm susah nk buat...tpi smbil greng ikan je bleh buat menda ni...asalkan bhn2nya ada...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...