Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, July 26, 2010

Ayam Butter Berempah

Assalamualaikum..ni lauk ayam butter berempah yg kita msk utk mkn nga nasi lemak daun limau purut hari tu..lama benar ye bru tringat nk letak kat sni..

Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan

  • 5 ketul ayam - kita guna paha semuanya dicuci kan ditoskan
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai - dimayang nipis-nipis
  • 1 inci halia muda
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam - kita guna alagapas
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar butter lembut
  • 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam - knorr @ maggie sebagai perasa
  • minyak untuk mengoreng secukupnya

Cara-cara

1. Ayam yang telah dicuci kan ditoskan tadi dilumur dengan butter keseleruhannya. Ketepikan

2. Kisar atau tumbuk halus (kita tumbuk dgn batu lesung je) bahan-bahan lain kecuali daun kari dan serbuk kari. Bila sudah dikisar kemudian campurkan dengan rempah kari dan serbuk pati ayam.

3. Lumurkan ayam tadi dengan bahan kisar. Taburkan daun kari dan perap seketika sebelum digoreng dalam minyak yang telah dipanaskan. Kalau diperap lagi lama lagi sedap dan terasa rempah2nya tu

4. Goreng sehingga keperangan dikedua belah dengan api sederhana. Siap....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...