Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, July 5, 2010

Kek Marble Trio

Assalamualaikum...antara kek marble yg memang sdppp!! kek ni memang ckup pemes kat myr...bgtu jgk didpur alam maya ni...kita pun dah 3-4x buat kek ni rasanya...kli ni buat sbb nk bgi pada adik ipar kita utk dibwa blik ke kmpungnya...bleh la mkn ramai2 nti kan...1 adunan ni bila diptong2 mcm tu dpt bnyk jgk!! rspi sumbangan dri org sedenak..sapa lgi klu bkn Cik Mat Gebu pemilik tiffinbiru gtuw!! kita dah siap ptong2 utk adik ipar kita...pastu msuk lam tware je...snang kan smpai kmpung xpyah nk cri pisau lagi dah!! bleh trus ngappp aje...kita cma amik 3 ptong je yg lam pic ni la..tu pun utk aiman..aiman suke sngat kek ni...mksih Cik Mat share rspi ni...rspi kita letak skli lgi ye...sblum ni pun dah prnah buat...ada kat lebel kek tu ye...dlu buat loyang bulat...kli ni kita gna loyang 4 sgi...snang nk ptong square mcm tu kan...
kek ni memang lembut dan moist..memang sedap lahhh...

pic bsar tu kek yg dah msk...

ni sblum msuk oben...bru lepas main marble2...pic kcik tu stelah kita tarik gna lidi...ala2 sarang labah2 gtuw....hehe...

Sumber Resipi : CMG (Dapur Tanpa Sempadan)Bahan-bahan
  • 280 g tepung gandum*
  • 300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
  • 1 camca besar susu tepung*
  • 1 camca teh bakingg powder* (*digaul rata dan ayak)
  • 5 biji telur gred A
  • 1 camca besar ovallate
  • 250g gula halus
  • 30g gliserin*
  • 20 ml air* (satukan) - kita ganti dgn susu cair
  • 1 1/2 camca teh coklat emulco
  • 1 camca teh strawberry emulco
  • 1/2 camca teh ros essence

CARA MEMBUATNYA :-

1.Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.

2.Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.

3.Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar) - ada kat blog Cik Mat ye..

4.Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.

5.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.

6.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan. - kita bakar dengan suhu 150 C, oven kita pelik skit..hehe..
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

5 comments:

  1. wah kak maz, cantiknya kek marble trio tu,berseri2 warnanya,rasa macam nak ambik je satu,rasa macam nak buat kek pulak bila tengok kek akak yang cantik ni..

    ReplyDelete
  2. Salam Mas,
    Cantiknya kek ni....tngk pun dah tahu mmng sedap ni....

    ReplyDelete
  3. fuuh..lawo sungguh..saya pun dah try kek ni..mmg mabeles..tapi corak marble nyer tuh..menawan hati sunguh

    ReplyDelete
  4. Fuyoooooo berpinau pinau mata ma tengok belang kek yang cantik jelita tu!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...