Sumber Resipi : Zaliana Myresipi
Bahan-bahan ( 25 biji )
- 1/2 cawan tepung beras - guna cawan penyukat (update: bersamaan 75 gm) jika guna cawan minum lebih kurang 3/4 cawan - kita guna lebih,sbb cair sangat, rasanya dlm 1 cawan
- 125 ml air
- 2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
- 1/2 sudu teh kapur makan
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu besar gula halus - ni kita tambah sendiri
- Acuan pai tee
- 1 biji bawang besar
- 30 gram udang kering-rendam dan tumbuk halus
- 1/2 sudu teh garam
- Sayuran potong memanjang /parut:
- 1 batang lobak merah
- 1 biji sengkuang
- 1 batang timun - 1/4 cawan kacang tanah (bakar dlm oven)
- Sos pencicah
UNTUK KULIT PAI
1.Satukan semua bahan-bahan -tepung beras,air,kapur,telur dan garam, gaul hingga sebati.
2.Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai. Panaskan juga acuan pai dalam minyak. (kita guna periuk kecik untyk mengoreng kulit pai tee ni..bru senang, kalau guna kuali agak susah nak tengelamkan acuan tu dlm minyak sbb kuali sedikit leper dan jangan letak rapat acuan tu ke dasar periuk semasa mengoreng agar senang nk tolak kulit pai tee kluar dari acuan setelah sedikit garing)
3.Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai.Jangan sampai penuh,tinggalkan sedikit ruang di atasnya.-lihat gambar (ada kat myresipi)
4.Masukkan ke dalam minyak panas. Pastikan api sederhana kecil.
5.Biarkan seketika.Jangan keluarkan sampai ia agak masak,jika tidak kulit pai akan terlipat. Bila sudah keras sedikit tolakkan keluar dari acuan menggunakan garfu. Balikkan sekali-sekala hingga kekuningan barulah diangkat. Biar sampai kekuningan supaya kulitnya garing. (Dlm gambar ni tak nampak kuning pula).Toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.
1.Tumis bawang putih dan bawang besar..Bila garing masukkan udang kering dan garam. Tutup api.
2.Masukkan lobak merah,sengkuang dan timun.Gaul rata. Kemudian isikan inti ke dalam pai tadi.
3.Tabur sedikit kacang tanah keatasnya dan tuangkan sos pencicah. Makan segera.
macam susah jer nak buat kulit tu..bila la mas nak buat..makan kat sini jer la...
ReplyDeleteDah lama tak buat..sebab makas nak bertenggek tepi kuali hehehe & dah nak jadi pusaka acuan tu dok tidur dalam laci!!!hehehe! memang Akak pun guna resepi ni kalau buat!salin dari MYR...buat dulu zaman belum buka blog!!
ReplyDeletefavourite akak tu.
ReplyDeleteSalam kak maz,
ReplyDeletebagusnya! saya nak tau sgt camana orang goreng menda pai tee ni. penah tgok acuannya, tapi takut dia lekat2. Thanks a lot, kak. baru ada keyakinan nak beli acuan tu.:D