Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, July 31, 2010

Roti John

Assalamualaikum...kuih ptg anak2 hri khamis yg lalu...kbtulan stok minced chicken pun ada skit lgi dlm pti...jdi kita buat la inti utk rti john ni..sblum ni pun dah prnah buat..memang puah ati la kan klu buat sdri ni...bleh buh ikut slera..cma kita buat xletak syur..sbb anak2 duk kutip buang...ni auto publish ye..kita pgi2 lgi dah kluar umah bwa anak2 bekpes kat kdai smbil nk jejln smblum mnjelang Ramadhan..insyaallah nti jmpa lgi...mksih pda yg sdi sngah dpur kita ni..

aiman la yg pling minat dgn rti john yg mumy dia buat ni..bleh hbis 1 bjik ni abangngah mkn sorang..klu yg beli tu abangngah xmkn la plak..

Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan (4 - 5 biji)
  • 1 cawan daging yang dikisar - kali ni kita guna daging ayam
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 labu bawang besar dan 1 ulas bwang putih - didadu kecik-kecik
  • 1-2 sudu besar serbuk kari
  • 1 mangkuk kecil daun sup yang dihiris kecik-kecik
  • 3 helai daun kari
  • 1 biji ubi kentang (saiz kecik) - didadu kecik-kecik
  • sedikit garam dan gula sebagai perasa
  • sedikit air
  • 3-4 biji telur
  • bun hot dog secukupnya - dibelah 2
  • mayonis, sos cili dan mustard secukupnya
  • sedikit butter - untuk disapu pada roti dan pan
Cara-cara

1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan bawang besar, masak sampai layu. Masukkan daun kari dan serbuk kari, masak sampi pecah minyak. Kemudian masukkan daging dan kacau sebati dan boleh lah ditambah sedikit air jika perlu.

2. Masukkan ubi kentang, kacau sekata. Tambah air sedikit lagi jika teralau kering. Perasakan dengan garam dan gula (ikut citarasa). Masukkan daun sup dan biar daging dan ubi kentang tadi masak/empuk. Masak sampai ianya sedikit kering. Ketepikan..

3. Sapu sedikit butter pada roti yang telah dibelah tadi. Panaskan non-stick pan dan bakar dulu sekejap roti yang telah disapu dengan butter sehingga keperangan. Angkat dan buat sampai habis.

4. Masukkan 2 biji telur dalam mangkuk, pukul sedikit. Kemudian masukkan 1 senduk inti daging tadi dan kacau sekata. Dengan menggunakan kuali yang sama (bakar roti tadi) tuang 1 senduk besar campuran telur tadi atas pan, buat bentuk bujur, letakkan roti tadi diatasnya dan masak sekitar 2 min dengan api yang perlahan. Angkat dan lipat masuk kedalam lebihan telur tadi.

5. Picitkan cili sos, mayonis dan mustard. Boleh juga diletak kobis dan bawang besar yang dihiris nipis. Siap...

4 comments:

  1. salam kak maz....
    Waaa ni tak boleh jadi, mcm dah musim roti john, kena buat jugak nihh...

    ReplyDelete
  2. Itu hari tengok kat blog Kak Ummi, ni kat blog Kak Maz pulak. Menggoda sungguh.

    ReplyDelete
  3. Salam kak maz,
    Aduh... saya teringin roti John la, kak... huhu. Nak beli jugakla. Nak bubuh daging kisar jugak. :D
    Selamat jalan2... :)

    ReplyDelete
  4. salam kak....
    roti john kalau kita buat sendiri mmg puas hati kak. saya pun selalu buat sendiri, ikut selera kita sendiri. kalau beli yg kat pasar tu, mcm tak berbaloi jer, pastu tak yakin telur basuh ke idak. sbb kdg2 dorg amik terus dr bekas telur tu je. kalau basuh ok la...kalau tak basuh, naya je,kan kak kan...hehe. sedap la tgk roti john akak tu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...