Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, July 19, 2012

Talam Tokyo

Assalamualaikum..bersua kembali smoga sihat dan gembira bersama keluarga semua..dah ada yg duk pkir2 nk msk apa utk sahur malam esk ye..biasanya memula puasa tu ok lagi kan..bila dh dkat nk hjung2 tu mcm xde idea dah..boleh pening jgk kan..semoga kita semua dipanjangkan usia agar dpt bersama Ramadhan kali ini..InsyaAllah..talam tokyo..xthu la mcmana kuih ni dpt nama..rsanya org jepun xkenal pun kuih ni..tpi tokyo plak yg dpt nama ye..kuih talam ni rsanya agak unik skit sbb lapisan bawahnya tu biji sagu dan campuran kelapa parut bersama sedikit su'un..tapi sedappp..mcm sbiasa la buat utk mkn bersama kakak2..

 msih lagi guna rspi yang pernah buat dlu..klu nk tgk ada kat sini..

Talam Tokyo by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Lapisan Bawah

  • 30g suu'un - rendam selama 10-13 minit - gunting kecik-kecik
  • 125g sagu kecil - cuci dan rendam 10-13 minit dan toskan
  • 50g kelapa parut -amik yang putih je
  • 1 sudu kecil garam
  • 200ml santan

Cara-cara

1. Satukan semua bahan-bahan dan kukus selama 15 minit,bila dah masak tekan-tekan sikit dengan sudu (pastikan tutup pengukus ditutup dengan kain/towel)

Lapisan Atas

  • 150g gula pasir
  • 50g tepung kastard
  • 400ml santan
  • 1 biji telur (gred A)
  • 1/8 sudu kecil air abu
  • 1/4 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau
  • sedkit paste pandan 

Cara-cara

1. Satukan semua bahan-bahan kecuali gula. Kacau sebati dan tapiskan dalam periuk

2.Masukkan gula dan masak atas api sehingga naik wap (jadi pekat sikit macam susu pekat gitu)

3. Tuang ke atas lapisan sagu tadi dan kukus lagi selama 30 minit. Siap dan buka tutup pengukus dan sejukkan dulu sebelum dipotong.

bln puasa klu mls nk buat kuih2 ni xrisau la kan..bleh main tunjuk2 je kat bazar ramadhan..mcm2 yg ada..yg xprah mkn pun adaa..semoga tidak ada pembaziran dlm kita berbelanja..

7 comments:

  1. Salam kenal.
    Cantik rupa talam tokyo ni.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum kak maz...sedapnya kuih talam..saya tak pernah makan yg versi tokyo ni..macam2 ada kat dlm dia ye....

    dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak buat kak maz sekeluarga...:)

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah Maz,
    sedapnya talam tokyo tu kalau buat berbuka yer...

    ReplyDelete
  4. salam Ramadan kak Maz..

    sedap tu kalau buat buka esok...
    cantik tekstur kuih tu...

    ReplyDelete
  5. selamat berpuasa maz...
    dh lama usha resepi ni..tp tak terbuat lagi sbb ada suun tu...tak leh nk imagine camne rasanye..tp akakn cuba juga nnti..

    ReplyDelete
  6. Salam, mohon share resepi ni di blog saya ya.

    ReplyDelete
  7. DEPOSIT PULSA TANPA POTONGAN
    BONUS SPECIAL SABUNG AYAM WIN 8X .

    s128agen.club

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...