Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, July 15, 2014

Ayam Masak Merah & Nasi Tomato

Assalamualaikum w.b.t..."Allah hummainnaka afuwwun karimun tuhibbu afwa fa'fu anni"...(ertinya..Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku)...Siti Aisyah r.a bertanya kepada Baginda Muhammad saw...apakan yg patut diminta jika bertemu malam Lailatu Qadar...Rasulullah saw menjawab, bacalah doa itu...sama2 kita amalkan doa ni semoga Allah swt mengampuni dosa2 kita...hri ni mood rjin lgi...jdi update dulu la menu berbuka ptg kelmarin ni sblum kena peram...ayam ni gandingan dgn nasi tomato...kat rumah ni baru 3-4x masak nasi utk berbuka sbb suami xmkn nasi...Alhamdulillah atas nikmatNya...semoga bertemu lagi dan mohon maaf andai terkurang dimana-mana....

Ayam Masak Merah by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 500g ayam - potong saiz sederhana, cuci bersih dan toskan
  • 8-10 ulas bawang merah@1 labu bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 batang serai - hiris *
  • 2 inci halia muda *
  • 1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering & kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • garam dan gula secukup rasa
  • cili hijau dan daun ketumbar
 
Cara
 
1. Lumur ayam dengan garam kunyit dan goreng hingga masak, tapi bukan garing ye. Angkat dan toskan, masak sampai habis.
 
2. Kisar semua bahan bertanda * dengan sedikit air hingga lumat.
 
3. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar hingga wangi.
 
4. Masukkan cili kisar dan masak dengan api sederhana hingga pecah minyak. Kemudian tambah air sikit dan tumis hingga cili masak.
 
5. Masukkan sos cili, sos tiram, bawang besar dan dan tambah air sikit lagi.
 
6. Perasakan secukup rasa dan masukkan ayam goreng tadi. Kacau biar sebati dan masak biar ayam sebati dengan cili dan kuah jadi pekat.
 
7. Akhir sekali masukkan cili hijau dan daun ketumbar, maz buat makan dengan nasi tomato.
 

nasi tomato mudah2 je...xde masuk gajus dan sbgainya...kat rmah ni klu nsi mcm ni memang semua suka...tukang masak lgi la suka sbb xlama duk kat dpur...1 lauk je...pastu buat jgk acar timun mentah...baru cukup pasangannya...

Nasi Tomato by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 2 cawan beras basmati - cuci dan rendam 30 minit
  • 2 cawan air @ ikut sukatan air beras masing-masing - pastikan air tidak terlebih utk dapatkan nasi yg berderai
  • 1/4 cawan susu cair
  • 8-10 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar minyak masak - maz guna minyak sunflower
  • 1 helai daun pandan
  • 3 kuntum bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan 1 kulit kayu manis (4 sekawan)
  • 1 biji buah tomato - belah 6
  • 2 sudu besar pes tomato/tomato puri
  • 1 kiub pati ayam/daging/garam secukup rasa
  • gajus/kismis jika ada - maz xletak pun, takde stok

Cara

1. Panaskan minyak dan minyak sapi (maz guna periuk nasi terus). Masukkan bawang hiris dan masak hingga bawang perang. Bila dah perang keluarkan separuh darinya dan ketepikan.

2. Kemudian terus masukkan rempah 4 sekawan.

3. Masukkan tomato, daun pandan dan pes tomato.

4. Masukkan air secukupnya (jangan terlebih air nanti nasi tidak berderai elok) dan kiub pati dan biar air mendidih.

5. Masukkan susu cair, gajus/kismis jika ada dan beras. Kacau sebati dan tutup periuk biar nasi masak sepenuhnya. Bila dah masak gemburkan nasi dengan garfu.

6. Bila nak hidang taburkan baki bawang goreng tadi.
 
menu berbuka 2 hari lepas...xde plan pun nk masak nasi tomato ni...ilham last minit org kata...bila tnya any idea utk menu berbuka...suami ckp ayam masak merah...terus dtg ilham nak buat nasi tomato sbgai pelengkapnya...kbetulan smua bahan ada...Alhamdulillah...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...