Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, July 22, 2014

Tomyam Seafood

 Assalamualaikum w.b.t..."Allah hummainnaka afuwwun karimun tuhibbu afwa fa'fu anni"...(ertinya..Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku)...Siti Aisyah r.a bertanya kepada Baginda Muhammad saw...apakan yg patut diminta jika bertemu malam Lailatu Qadar...Rasulullah saw menjawab, bacalah doa itu...jgn lupa perbanyakkan doa ni dihari2 terakhir Ramadhan...

mlm ni update saki baki pic lama dlm folder tu...xingat dh bila buat tomyam ni...rasanya 2-3 sudah...mungkin lebih lgi pun ada...bln puasa ni xmasak lagi tomyam ni sbbnya bila tanya semua ckp xnak...mask guna pes segera yg dlm tin tu je...cuma klu buat tomyam maz biasa masukkan santan cair sikit...lagi sdpp tomyam tu...ok la nk mtak undur diri dlu la...mohon maaf atas segala kekurangan dan semoga jumpa lagi...Insyaa Allah...

Tomyam Seafood by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 ekor ketam
  • 4 ekor sotong
  • 8-10 ekor udang
  • 1 ekor ikan jenis isi putih (kerapu/merah/tenggiri - amik isi je (maz guna ikan shery)
  • 3-4 sudu besar pes tomyam - maz guna thai pes dalam tin beli kat sini
  • 1 cawan santan cair - klu santan pekat adjust la sikit
  • 2 biji tomato
  • 2 batang serai - ketuk
  • 2 inci lengkuas - hiris
  • 3-4 biji cili padi  - ketuk
  • 1 labu bawang besar
  • 5-6 helai daun limau purut
  • 1 biji limau nipis - amik jusnya
  • daun ketumbar
  • garam dan gula secukup rasa
Cara

1. Dalam periuk masukkan pes tomyam, serai, lengkuas, santan dan air secukupnya (agak2 la ye, jgn banyak sangat). Masak biar mendidih sambil dikacau.
2. Kemudian masukkan semua bahan lain kecuali daun ketumbar dan perasakan secukup rasa biar ada rasa masam sikit.
3. Masak seketika biar semua makanan lauk masak. Bila nak hidang taburkan daun ketumbar.

pasangannya buat telur bungkus...pastu sambal belacan nga ulam timun...ckup ala kedai tomyam gituw...kat sni pun ada jual masakan thai ni...mkn skli dua tu bleh la...xleh nk mkn slalu..xbrapa kna dgn selera...

2 comments:

  1. Salam Maz...... Tomyam mmg sesuai utk org puasa, tambah selera sikit.

    ReplyDelete
  2. Pertama kali dapat resepi tomyam buh santan, menarik! kena cuba ni :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...