Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, July 20, 2014

Kuih Lopat Tikam Kelantan

Assalamualaikum w.b.t..."Allah hummainnaka afuwwun karimun tuhibbu afwa fa'fu anni"...(ertinya..Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku)...Siti Aisyah r.a bertanya kepada Baginda Muhammad saw...apakan yg patut diminta jika bertemu malam Lailatu Qadar...Rasulullah saw menjawab, bacalah doa itu...
 
bertemu skli lgi semoga sentiasa dlm rahmatNya...dah mkin hmpir penghjung Ramadhan...skjap sngat sbln tu kan...lama sngat dh buat kuih lopat tikam...awal bln 5 lgi...takpe la bru turnnya nk kluar kat sni...bln puasa ni dah buat jgk msa awal ramadhan hritu...dah 4-5x jgk rsanya thun ni buat lopat tikam ni...kami 3 beranak semua suke kcuali yg bongsu je yg xmkn kuih2 ni...mood pun xbrapa nk rajin mana ni...tpi paksa la jgk cari masa skjap update dapur maya ni...pic pun makin bertimbun2 dlm folder tu...ada yg dah xingat rspi pun...huhuu...ok la mohon diri dlu dan mohon maaf atas segala kekurangan...semoga jumpa lagi...Insyaa Allah...

Kuih Lopat Tikam by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 1/2 cawan air
  • pandan paste/pewarna hijau
  • secubit garam

Cara

1. Satukan semua bahan dalam periuk (guna periuk non-stick) dan masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu dengan senduk kayu hingga adunan masak (dalam 30-35 minit).
 
2. Tuang dalam loyang dan sejukkan sepenuhnya.

Air Gula Merah
  • 250g nisan/gula melaka
  • 2-3 sudu besar gula pasir
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • secubit garam

Cara

1. Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih. Sejukkan sepenuhnya.

Pulut Merah
  • 1 cawan beras pulut - rendam pulut+sedikit pewarna merah 10 minit dan toskan
  • 1/3 cawan santan cair+secubit garam
  • 1 helai daun pandan

Cara

1. Didihkan air dalam pengukus, ratakan pulut dalam pengukus dan masukkan daun pandan. Kukus pulut selama 8-10 minit dan kacau balik biar sekata.

2. Kemudian angkat pulut dan gaulkan dengan santan. Kukus balik sekejap lagi (5-6 minit). Bila dah masak masukkan dalam bekas yg ada penutup agar pulut kekal lembut.

Santan
  • 2 cawan santan
  • 2-3 sudu besar tepung beras
  • sedikit garam
  • sehelai daun pandan

Cara

1. Satukan semua bahan dan masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu hingga pekat. Perasakan dengan garam agar rasa masin sedikit menyerlah. Kalau tak pekat boleh tambahkan sikit lagi tepung beras (bancuh dulu dengan sedikit air, baru masukkan dalam santan) atau kalau pekat sangat tambahkan air panas sikit dan kacau sebati.

2. Bila nak hidang, letak lapisan hijau dalam pingan, tuang santan kemudian tuang air gula melaka dan baru letak pulut.

apa2 pun klu buat sdri ni memang puas hti kan...pulut pun lembut je..klu yg beli pulut mesti xmkn...sbb dah keras...aiman suka mkn pulut...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...