Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, May 15, 2010

Ikan Patin Masak Tempoyak

lgi menu lauk...jika ada kelapangan insyaallah nti kita taip smula rspi ye...skrang ni cma nak update gmbar2 je dlu..tkut nti bnyk plak dlm folder tu...hehe...

Sumber Resipi : Ilhamdapur
Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan patin segar - potong kecik dan cuci bersih-bersih dengan asam keping - untuk buang bau hanyir ikan
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 1-2 sudu besar tempoyak
  • 2-3 biji cili padi merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2-3 cawan air
  • sedikit gula, garam dan pak aji - sebagai perasa
  • 1 keping asam keping - jika perlu

Cara-cara

1. Tumbuk lumat bawang merah, kunyit hidup dan tempoyak

2. Dalam periuk masukkan air dan bahan yang ditumbuk tadi. Masak sampai mendidih, kemudian masukkan ikan yang telah ditoskan dan perasakan dengan sedikit garam ,gula serta pak aji secukup rasa. Rasa masam masakan ni terbit dari rasa tempoyak (kalau tak cukup masam, boleh la letak 1/2 keping asam keping)

3. Masak seketika alagi sehingga ikan lembut/masak. Jangan masak lama sebab ikan patin isinya lembut saja dan tidak perlu dimasak lama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...