Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, May 18, 2010

Laksa Penang

Assalamualaikum...duk tgk brsntai brsama klrga smbil tgk tv ke tu!! ni menu tghri smlm..belah mlmnya plak p layan menu kat pakcik kenny rogers..hehe...laksa penang ni memang kgemaran suami kita...smbil duk mkn laksa ni siap ckp dah kna buat skli lgi sblum dia terbang balik bahrain mgu dpn...ni pun kita msk cara kita je..ok kita dan taip rspinya...

Sumber Resipi : Ilhamdapur
Bahan-bahan

  • 1 bungkus laksa - rendam dulu 10 min dan rebus sehingga lembut, toskan (maz guna brand twinty) - jgn guna brand IKA, laksanya kurang elok dan kena rebus berjam-jam
  • 5 ekor ikan sardin saiz sederhana - cuci bersih-bersih
  • 1 tin kecil sardin - buang sosnya
  • 3-4 ulas bawang merah
  • sedikit belacan
  • 1 senduk cili mesin @ 4-5 sudu besar (cili kering direbus dulu dan dibland)
  • 2-3 kuntum bunga kantan - dibelah
  • 1 ikat kecik daun kesum - amik bahagian yang lembut je
  • garam, gula dan pak aji - sebagai perasa
  • 3-4 keping asam keping
  • 3-4 cawan air
  • 4 biji telur rebus
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis-nipis
  • 2 batang timun - dihiris nipis ( maz guna timun jepun yang hijau tu)
  • 3 biji cili merah @ cili padi - dipotong nipis-nipis

Cara-cara

1. Masukkan ikan yang telah dicuci bersih tadi ke dalam periuk, rebus bersama 1 cawan air, 3 keping asam keping, 1 sudu besar gula, 1/2 sudu kecil garam, sedikit pak aji dan sedikit nesan sebesar ibu kaki (gula melaka). Rebus sampai ikan masak, sejukkan dulu dan bolehkan dibuang tulangnya. Air rebusan ikan ni jangan dibuang, simpan. Ketepikan

2. Bland ikan rebus yang telah dibuang tulang tadi bersama dengan 1 cawan air, ikan sardin, bawang merah dan belacan sampai hancur .

3. Dalam periuk masukkan bahan yang telah dibland tadi, asam keping, bunga kantan, daun kesum dan air rebusan ikan tadi serta 3-4 cawan air lagi. Masak sampai mendidih. Kemudian masukkan garam, gula, pak aji dan perasakan secukup rasa. Biar ada rasa masam yang sedikit menyerlah dan rasa masin yang seimbang dengan rasa manis. Masak dengan api perlahan buat seketika lagi agar kuah menjadi sedikit pekat. Padamkan api.

4. Masukkan laksa dalam mangkuk dan boleh lah dihidang bersama dengan timun, telur rebus, bawang besar dan cili padi. Sedapppppp...

5 comments:

  1. aduhaiiii... kak Maz, feberet hubby kita juge ni..

    ReplyDelete
  2. akak... mahu la sepinggan... leh x?

    ReplyDelete
  3. kak maz..janji letak resepi tau..cam senang je tu

    ReplyDelete
  4. salam kak maz,
    huwwa...! tertinggal menu laksa yang sungguh lazat ini. adus, bestnya kalu dapat laksa penang ni.. :)

    ReplyDelete
  5. Nasib baik baru jer buat dua tiga hari lepas.....Maz sihat ke???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...