Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, April 7, 2014

Grilled Lamb Chop

Assalamualaikum w.b.t...Bismillahirrahmanirrahim...Ya Allah Kami memohon daripada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalam yang diterima...amiin...brtemu skli lgi semoga sntiasa dlm rahmatNya...mkin trasa beratnya nk update dpur ni...bila dh xbrapa rjin tu idea pun xde nk tlis apa...pgi ni kamben lah ye...dh brbulan dlm folder tu...hri2 masak...update 2-3 je smggu...tu yg brsusun gambar2 lama...Alhamdulillah atas segala nikmatNya...hri minggu je bru mkn luar...hri2 nk mkn nasi arab pun xde slera jgk...skli lgi trima kasih pada yg sudi singgah dapur yg tak seberapa ni...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan yg ada dan semoga jumpa lagi...Insyaa Allah...

Grilled Lamb Chop by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 5-7 ketol lamb chop - kikis sikit buang daging keliling tulang
  • sedikit lada hitam - tumbuk sedikit halus
  • sedikit garam
  • sedikit sos tiram
  • minyak zaitun secukupnya

Cara

1. Pastikan lamb chop betul-betul kering (maz tak cuci pun sebab daging tu dijual yang bersih).
 
2. Lumur lamb chop dengan sedikit garam, kemudian salut dengan sedikit sos tiram dan serbuk lada hitam. Perap 5-6 jam atau semalaman dalam peti.
 
3. Panaskan 2 sudu besar minyak zaitun dalam kuali leper (bukan non-stick) dan susun lamb chop. Masak dengan api sederhana selama 3-4 minit disetiap bahagian.
 
4. Kalau minyak dah kering tambah sedikit lagi dan masak sampai habis. Angkat dan terus tutup yang dah masak tadi dengan aluminium foil (agar daging tidak kering dan berjus).
 
5. Kuali tadi jangan dicuci, guna untuk buat sedikit brown sos, dengan api perlahan masukkan 1 sudu besar mentega. Kemudian masukkan 1/4 cawan beef stock atau air dan kikis kesan masak daging tadi yang melekat dikuali. Perasakan dengan sedikit kuib pati daging (jika guna air) dan akhir sekali masukkan 3-4 sudu besar whip cream. Masukkan 2-3 titik kicap manis (agar warna sos jadi gelap). Kacau sebati dan sos jadi sedikit pekat. Boleh dihidang dengan kentang putar/salad dan sebagainya ikut selera. (gambar ni sebelum dituang brown sos, sebab maz buat makan dengan pasta, jadi sos letak asing).

kamben ni sbnarnya buat mkn dgn pasta...tpi xsmpat nk posing skli nga pasta...masak ikut cara kat tv...cepat dan simple je...main perap je tu ikut apa yg ada kat dpur...pastu kuali yg masak kamben tu gna masak brown sos skit...maz guna ni  kamben segar...klu yg frozen xthu la boleh masak tak dengan cara mcm ni...kat sni lamb chopnya saiz kecik2 je...cma dlm gambar je npak besar lamb chop ni...

4 comments:

  1. Assalam Maz,
    grilled kambing ni kalau mR hubby akak suka makan..
    akak tak berapa makan kambing..nanti kepala ting tong..walaupun tak ada darah tinggi..
    hehe..Maz sihat ke tu?..

    ReplyDelete
  2. Salam tuan rumah.
    Sedapnye kamben grill. Dulu kita pun tk mkn kamben mcm ayu bkn apa kononnye ada bau. Tp skrg dh bole mkn. Sedap lak esp bila grill.

    ReplyDelete
  3. nampak cam sedap jer....resepi pun mudah sangat2....

    ReplyDelete
  4. Assallamualaikum Maz..
    Ermm..masak lamb yer.. Teringat lak Nadz masa duduk merantau di Perth dulu. Hubby suka sgt dgn lamb chop ni. Nk dapatkan daging kambing yg cam maz masak ni pun senang. Dah siap potong cantik. Just masak je.. Nadz masukkan link blog Maz ke blog Nadz yer.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...