Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, November 27, 2014

Koci Labu

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..kuih koci labu atau pulut hitam memang antara kuih pabret tukang masak ni..klu duk merantau ni rajin plak usaha buat sdrik bila nk mkn tu deh..msa kat msia dlu beli je..ye la yg mkn pun cuma  2 org je...org kata buat penat nk buat sdrik stakat 5-6 bjik tu..lgipun dkat rumah tu pagi ada kedai mkn yg jual koci labu dan pulut hitam...comel je bungkusnya..kecik molek..sedapp plak tu..org yg buat tu tukar2 antara koci labu dgn koci pulut hitam...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

tgk yg ni terus terasa nk mkn plak...masalah daun pisang je skrang ni...susah nk dpt yg elok...semua jenis daun kecik dan muda...koci ni pun dah 2-3 bulan dlm folder...buat koci labu ni dlu sblum koci pandan hritu...

Koci Labu by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Inti
  • 200g nisan/gula melaka
  • 2 cawan kelapa parut
  • 1 helai daun pandan
  • 2-3 sudu besar gula
  • 1-2 cubit garam
  • air secukupnya
Cara
1. Dalam periuk satukan semua bahan kecuali kelapa (air tu agak-agak la ye, jangan banyak) dan masak hingga mendidih, nisan larut.
2. Masukkan kelapa dan masak hingga kering sambil dikacau sekali sekala. Sejukkan sepenuhnya.

Pasti Santan
  • 2 cawan santan
  • 3-4 sudu besar tepung beras
  • 1 helai daun pandan
  • garam secukup rasa
Cara : Satukan semua bahan dan masak atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga pekat (boleh tambah tepung beras sikit lagi jika perlu)

Doh
  • 300g labu - kukus
  • tepung pulut secukupnya
  • secubit garam
  • sedikit air
  • daun pisang layu dan potong saiz kecik secukupnya
Cara

1. Didihkan air dalam pengukus
1. Satukan semua bahan doh kecuali air, gaul sebati sambil masuk air sikit-sikit hingga jadi doh yang lembut.
2. Ambil segempal kecik, leperkan atas tapak tangan, masukkan inti dan tutup biar kemas.
3. Kemudian sapu sedikit minyak pada daun pisang besar, lapik pada dasar pengukus, susun kuih yang dah siap bulat tadi dan kukus selama 12-15 minit atau hingga masak.
4. Angkat dan terus masukkan dalam pati santan. Kemudian sudukan dan letak atas daun pisang dan bungkus kemas.
5. Bila dah siap bungkus, keluarkan daun pisang dari pengukus tadi dan kukus pula kuih yang dah siap bungkus selama 2-4 minit sekadar nak layukan daun pisang (kalau tak nak kukus pun takpe dah)

Nota ilhamdapur : maz kukus dulu kuih tu sebelum balut sebab tak pandai bungkus, takut pati santan akan keluar time kukus tu, tapi kalau yang pandai bungkus, boleh aje kukus sekali dengan pasti santan, maksudnya kuih tu tak perlu dikukus terlebih dahulu atau kalau tak nak buat pati santan, boleh terus balut dan kukus je.

sebenarnya bukan susah mana nk buat koci ni deh...asalkan inti dah sedia terus boleh buat...inti plak boleh buat awal dan simpan je dlm peti...tukang masak ni memang minatk kuih2 gini...

2 comments:

  1. Maz, kalau kat Malaysia ko buat segala maknika jenis benda dalam blog ni, kan ke kenyang mama. Ni dah jauh baru ko nak buat memacam. Buat orang kecur je tengok!

    ReplyDelete
  2. kat msia ada jual Mama..tu yg malasss memanjanggg...ni dah terpaksa la buat sdrik semua...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...