Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, December 23, 2014

Taco Lasagna (Beef)

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..apa kbar semua semoga kwn2 yg dilanda banjir tabah menghadapi ujianNya...agar teruk jgk bah thun ni...tukang masak ni pun sejak akhir2 ni mood tu berat sngat nk update blog ni...ditmbah plak dgn msa yg xmengizinkan...mlm ni paksa jgk diri utk menghadap dapur maya ni skejap...ni pun dah berzaman dlm folder...buat guna torilla bread yg buat dlu...ilham taco lasagna ni dtg skelip mata...xde plan langsung nk buat menda ni...Alhamdulillah semua dgn izinNya...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

kat rumah ni memang selalu duk buat mexican foods ni...semua suka...versi lasagna ni pestima la kejadiannya...memang sedappp...thun ni memang xmasuk lgi la restoran mexicannya smjak duk buat sdrik ni...

Beef Taco Lasagna by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • roti tortilla (tortilla bread) secukupnya - resipi kat sini
  • bebola daging (meatballs) secukupnya, hancurkan - resipi kat sini @ boleh guna daging kisar/isi ayam
  • tomato salsa secukupnya (tomato dadu+bawang besar dadu+sedikit daun ketumbar+secubit garam, sebatikan)
  • mozarella cheese secukupnya
  • guacamole secukupnya - resipi kat sini
  • 2-3 sudu besar pes tomato
  • 2 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 1/4 cawan bawang besar yang didadu
Cara

1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar dan masak sekejap sekadar bawang layu. Kemudian masukkan bebola daging dan kacau sebati.
2. Masukkan pes tomato dan sedikit air, sebatikan (tak perlu masak lama sebab bebola daging dah masak). Maz tak letak bahan perasa dah sebab meatballs dan bahan lain dah ada rasa.
3. Ambil sekeping tortilla bread, sapu rata guacamole, letak atas loyang kemudian ratakan isi daging atasnya, tabur sedikit salsa dan mozarella cheese secukupnya.
4. Terus melapis seperti no 3 hingga 4-5 lapis. Kemudian bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 10-12 minit atau hingga cheese cair/sedikit perang.
5. Keluarkan dari oven, picitkan guacamole serta sedikit sour cream dan terus hidang masa panas.

pasti akan buat lgi...Insyaa Allah...sebenarnya hidangan mcm ni npak je mcm susah...tpi klu stok bahan dah ada...skjap sngat...ni pun buat utk alas perut malam...

2 comments:

  1. Nampak sedap... saya memang suka mexican food

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kena dgn slera kami anak branak...ooo en.rosdi pun peminat mknan mexican jgk ye...masakan mereka ni mudah dan simple je sbnranya kan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...