Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, February 23, 2015

Microwave Caramel Popcorn Lagi..

Assalamualaikum w.b.t...'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..tghri ni menu simple sangat...buat ayam msak kicap je utk anak...tukang msak tgk berdiet, mkn sayur je...sesambil duk masak tu kunyah lobak merah...suami pun sma xnk mkn nsi buat sementara ni...bakar la dlu spruh lemak kat badan ni deh...pop corn ni buat awal bln 1 hritu...yg buat sblum ni ada kat sini...klu xde idea nk buat apa utk anak2 kunyah...bleh cuba buat bertih jagung versi mudah ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Microwave Caramel Popcorn by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/4 cawan jagung kering
  • 1 bag kertas - maz guna bag burger makanan segera @ boleh guna apa bag kertas yang sesuai
  • 1/4 cawan gula perang (maz guna dark soft brown sugar)
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam
  • 1-2 cubit garam - abaikan jika guna mentega biasa
Cara

1. Masukkan 1 sudu dulu jagung kering (tujuannya agar ada ruang yg cukup bila jagung tu meletup, sebab bag kertas tak besar dan ruang dalam microwave yang kecik). Maksudnya 3x buat.
2. Lipat kemas sikit bahagian atas bag kertas dan masukkan dalam microwave. Masak selama 1 minit 30 saat. Kemudian keluarkan dan masuk dalam bekas.
3. Masukkan separuh lagi jagung tadi dalam bag keras dan buat sama macam yang memula tadi.
4. Dalam mangkuk besar dan boleh masuk microwave, masukkan mentega, gula dan garam (jika guna). Masukkan dalam microwave dan masak selama 2 minit. Keluarkan dan kacau sikit. Masuk balik dalam microwave dan masak lagi selama 2 minit.
5. Kacau sikit dan masukkan jagung tadi, gaul biar sebati. Kemudian ratakan atas loyang dan biar sejuk sekejap. Sedia untuk dinikmati.
Nota ilhamdapur : boleh juga buat karamel tu atas dapur, satukan semua bahan dan masak biar berbuih/gula larut. Sediakan bertih jagung dulu sebab kena gaul terus bila karamel dh siap.

snak anak smbil tgk tv...kita yg tua ni pun tumpang skaki...ralik plak, rngup dan manisnya...nk buat pun mudah sngat...

2 comments:

  1. Salam

    Kak, kalau guna microwave biasa boleh ke? atau kena guna microwave oven?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...Iera, microwave biasa je...kna gna bag kertas...nti tgk link yg kmaz buat dlu tu ada kmaz tnjuk bag tu...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...