Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, November 6, 2014

Microwave Caramel Popcorn

Assalamualaikum w.b.t...'Allahumma innaka ‘afuwwun karimun, tuhibbull afwa fa fu‘anni'...doa yg diajar oleh Rasulullah saw kepada Aisyah dan doa ni dibaca dalam solat terawih...sama2 kita amalkan sepanjang masa semoga Allah mengasahi dan ampunkan dosa kita semua...pagi ni updated menu express...buat dalam microwave je...2x berturut-turut buat popcorn versi mudah ni...skjap je licin balang...semua sukaa mkn klu popcorn...apatah lgi yg ckup manisnya dan rangupp ni...memang sedapp...rspi asal maz amik dri food.com...tpi buat ni xikut 100% rspi tu...sebab ada bahan yg xde kat dpur...jdi rspi kat bawah ni letak cara yg maz buat sebagai rujukan akan datang...kalau nak rspi asal klik je kat link tu ye...semoga jumpa lagi...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Microwave Caramel Popcorn by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/4 cawan jagung kering
  • 1 bag kertas - maz guna bag burger makanan segera @ boleh guna apa bag kertas yang sesuai
  • 1/4 cawan gula perang (maz guna dark soft brown sugar)
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam
  • 1-2 cubit garam - abaikan jika guna mentega biasa
Cara

1. Masukkan separuh dari jagung kering (tujuannya agar ada ruang yg cukup bila jagung tu meletup, sebab bag kertas tak besar dan ruang dalam microwave yang kecik). Maksudnya 2x buat.
2. Lipat kemas sikit bahagian atas bag kertas dan masukkan dalam microwave. Masak selama 1 minit 30 saat. Kemudian keluarkan dan masuk dalam bekas.
3. Masukkan separuh lagi jagung tadi dalam bag keras dan buat sama macam yang memula tadi.
4. Dalam mangkuk besar dan boleh masuk microwave, masukkan mentega, gula dan garam (jika guna). Masukkan dalam microwave dan masak selama 2 minit. Keluarkan dan kacau sikit. Masuk balik dalam microwave dan masak lagi selama 2 minit.
5. Kacau sikit dan masukkan jagung tadi, gaul biar sebati. Kemudian ratakan atas loyang dan biar sejuk sekejap. Sedia untuk dinikmati.
Nota ilhamdapur : boleh juga buat karamel tu atas dapur, satukan semua bahan dan masak biar berbuih/gula larut. Sediakan popcorn dulu, sebab kena masukkan terus bertih jagung tu bila karamel dah siap.

popcorn yg bru siap meletup...sblum disalut dgn karamel dan bawah tu paper bag yg maz guna dlm microwave utk buat popcorn ni...bag burger...kat sni smua fastfood guna paper bag gini...duk simpan la bag ni utk buat popcorn...

masa buat yg memula tu ckp kat aiman dgn afiq mummy masak dlm mv je...apa lagi excited la 2 beradik tu nk tgk jgk mcmana cra buat popcorn yg dia org suka ni...siap pesan klu nk buat bgithu...tu yg buat plak mlmnya...seronok 2 beradik tu dengar jagung duk meletupp...

3 comments:

  1. Bila tengok pop corn bertulisan arab tetiba rasa teruja...biasa tulisan omputih hihii..
    Apapun yg home made mmg terbaek

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun bkas ciken pop corn lina...tkpe la wak posing jgung tu deh...a ahh kan..klu yg beli wrna je kuning...tpi xmnis mana...guna pewarna lebih...buat sdrik ni ckupp dgn mnis n rangup tuu...

      Delete
  2. kat mana ye nk beli jagung kering? kat kedai2 runcit ade ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...