Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, November 11, 2015

Sirloin Tips Ala IHOP

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah), apa khbar semua..semoga dipermudahkan segala urusan kita yg membawa kebaikan hri ini, doa mommy jgk buat anakanda kak long semoga mendapat kejayaan yg cemerlang dlm exam hri ni..lama dh jgk xkluar menu steak ni deh, kli ni buat versi kiub..idea ni pun kes mkn kat luar la, masa pergi City Centre bru ni ada mkn kat IHOP restoran, maz order sirloin tips steaknya yg dihidang bersama karamel mushroom dan onion sbgai gravy dan ada jgk hash brown sbgai sbgai snack..bleh la tahan rasanya, jdi mcm biasa la mokcik ni klu benda yg dia rasa bleh buat sdrik tu, mesti nk cubak jgk kat ilhamdapur ni..dan ni la hasilnya, ckup memuaskan..memang sedapp, dgn juicynya, daging pun lembut..pasni xmsuk dh ihop rasanya..sikit je pun steaknya dh dekat 7 dinar sepingan @ rm75, suami kata sedap yg buat ni lgi..Alhamdulillah semua dgn izinNya jgk..anak pun siap oder sruh buat plak..terima kasih skli lgi pada yg sudi menjadi penyeri dapur sepi maz ni, harap segala kekurangan yg ada dpt dimaafkan, Inysaa Allah semoga jumpa lagi..

masak pun sekejap je sbb guna sirloin meat..memang part utk steak la kan..daging maz beli kat pasar je..ckp nk sirloin part, suami memang dh biasa dgn org jual tu, masa pergi wken hritu beli ekor lembut 1 batang..pastu dh siap ckp kat dia sruh simpan gearbox plak, Inysaa Allah hjung minggu ni pergi amik la..klu beli ikan atau daging kami beli dgn 1-2 org peniaga je..senang mereka pun kenal kita kan..

SIRLOIN TIPS ALA IHOP by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 400g sirloin meat - potong kiub saiz 2 inci
  • 1 sudu kecil extra virgin minyak zaitun
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil cuka epal
  • 1-2 cubit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • brokoli celur dan thousand island sos
Cara

1. Pastikan daging tu kering sepenuhnya, maz tak cuci pun daging tu sbb memang dah bersih.
2. Gaul daging dengan semua bahan diatas kecuali bahan terakhir, perap selama 4-5 jam.
3. Panaskan minyak zaitun dalam 1 sudu besar ke dalam kuali non steak, susun daging dan masak sekejap dalam 1-2 minit di kedua bahagian biar sedikit perang, masa proses ni kena buat dengan segera agar daging yang dah dimasak tidak dibiar lama diluar, nanti airnya keluar, steak jadi keras dan kering, jadi kalau boleh sekali buat jangan buat banyak-banyak agar dapat sekali masak serentak semua dalam kuali dan terus masuk oven, bahan perap tu boleh tambah apa yang kurang, maz tak sukat pun sebenarnya, main tuang gitu je.
4. Dalam loyang, tuang minyak zaitun dalam 1 sudu besar, masukkan daging yang dimasak tadi dan masukkan dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 dan masak selama 8-10 minit.
5. Boleh la dihidang bersama brokoli dan thousand island sos atau salad kegemaran.

yg mkn kat ihop tu dagingnya rasa simple je, tak diperap dgn bnyk bahan..maz pun cuba buat gitu jgk, jdi kita dpt rasa manis daging..memang sedapp dan xperlu sos dh sbb air daging dengan ada sedikit rasa dari marinate tu dh ckup..thousand island tu utk cicah dgn brokoli..kat rumah ni semua peminat daging gini.

2 comments:

  1. terima kasih kak Maz sudi kongsikan semua resepi2 yg menarik...gambar2 pun semuanya memikat selera...terliur saya tgk..minta izin amik resepi ya..terima kasih skali lg ^_^

    ReplyDelete
  2. sedikit perkongsian yg xseberapa yg kmaz masak utk keluarga sbgai kenangan dan rujukan akan dtg..kmaz pun masih belajar jgk..salam ukhuwah dan terima kasih Syida sudi singgah dapur kecik kmaz ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...