Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, March 26, 2016

Chapati Homemade Lagi

Assalamualaikum w.b.t
'SubhaanAllahi wabihamdihi subhaanAllah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Al Mizan (Bukhari & Muslim), sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian..semoga Allah SWT make us among those who remember Him much, Ameen. 
skli lagi berchapti masa mood menu bollywood tgk tinggi hritu, sbnarnya dh lama la jgk peram chapati ni, buat mkn dgn kari ayam yg kat sini, dpur ni gitu la deh! dh lama basi bru turnnya nk tepek kat sni..mudah sangat buat chapati ni, sedap dpt mkn yg panas2 tu..canai tu biar senipis yg bleh dan guna kuali non stick yg tebak skit agar chapati dpt masak dgn elok..resipi sama mcm yg buat sblum ni, ada kat sini serta sedikit panduan cara maz buat chapati ni..semoga dpt dimanafaat bersama, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada..

smjak diet ni xde menebar lagi la, roti gini pun kena kurangkan jgk sbb karbohidrat wpun mkn dgn kari tanpa santan..

CHAPATI HOMEMADE LAGI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 cawan allpurpose flour *
  • 1/2 sudu kecil baking powder *
  • 1/4 sudu kecil garam *
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1 sudu besar minyak sayur
  • air secukupnya
  • tepung untuk tabur masa canai secukupnya
Cara

1. Dalam mangkuk sebatikan bahan bertanda *, kemudian buat lubang sikit kat tengah dan masukkan susu segar, minyak dan air sikit-sikit sambil diuli biar jadi doh yang lembut, tak perlu uli lama macam nak buat donat, cukup sekadar sebati je.
2. Tutup mangkuk dengan pinggan atau plastik dan rehatkan selama 30-40 minit.
3. Bulatkan ikut saiz yang dikehendaki, tabur tepung secukupnya dan canai nipis sambil ditabur tepung sikit-sikit agar tidak melekat dipapan canai, canai bentuk bulat biar nipis gituw.
4. Tabur sikit tepung atas doh yang dicanai agar tidak melekat bila letak doh bertindih atau boleh terus masak sembil canai doh yang seterusnya.
5. Panaskan kuali non-stick yang tebal sikit dan guna api sederhana, letak sekeping dan tunggu biar mengelembung macam dalam gambar diatas, kemudian baru balik dan masak biar sedikit kekuningan atau perang.
6. Angkat dan bungkus dalam tuala tebal atau bekas tahan panas agar chapati tidak keras dan kekal segar.
7. Sedia untuk dinikmati dengan kari atau lauk pilihan.

anak2 dgn suami pun suka sangat mkn chapati dgn kari ni, mungkin sbb dh biasa duk mkn kat kedai..skli skala time rajin tu kita buat sdrik la deh! biasanya menu gini buat utk alas perut mlm atau ptg..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...