Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, March 25, 2016

Szechuan Fish Fillet

Assalamualaikum w.b.t
 'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10), Ameen.
biasa fillet ikan ni duk buat masam manis atau fish n chips, tukar slera dgn chinese stail plak..lauk mudah yg sedap! boleh terjadinya lauk ni sbb sblum ni ada mkn kat Abraj restoran, anak oder chicken sizzling mkn dgn steam rice..kuahnya memang rasa sos tiram dan minyak bijan, mcm selalunya maz akan tnya anak2 dan suami esk nk msak apa..any idea? pastu yg bongsu ckp..mommy buat lauk mcm yg dia mkn kat Abraj tu, terus la dtg ilham nk guna fillet ikan dlm peti tu..tercipta la lauk ala Abraj ni, anak kata sedap! tapi nape bukan ayam mommy! adoii, ayam jgk yg ditanya..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala silap yg ada...

kat rumah ni klu lauk jenis kuah pekat gini, ada rasa sos tiram atau manis2 memang pabret anak2..suami pun mkn penuh semangat, sedap sangat meratah katanya..dgn isi ikan yg lembut dan sosnya cukup beraroma..

SZECHUAN FISH FILLET by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g fillet ikan (maz guna hammour fillet/kerapu)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur - kocok dengan garfu
  • 1/2 sudu kecil kicap ikan/nampla
  • tepung serba guna secukupnya @ tepung gandum
  • minyak untuk menggoreng secukupnya
Sos
  • 1/2 sudu besar bawang besar cincang *
  • 1 ulas bawang putih - cincang *
  • 3 hiris halia - cincang *
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 1/8 sudu kecil minyak bijan 
  • 1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan 1 cawan air
  • 1 biji lada benggala merah - dadu kasar
  • 1 biji lada benggala hijau - dadu kasar
  • 1/2 labu abwang besar holland - dadu kasar
  • 3 kuntum cendawan shitake - rendam air panas hingga lembut
  • sedikit gula, aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Potong ikan biar nipis saiz dalam 1 inci, sebatikan ikan dengan telur, kicap ikan dan tepung jagung.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng secukupnya, masukkan tepung serbaguna dalam plastik bersih, masukkan ikan 2-3 keping sekali masuk, goncang plastik biar tepung salut sepenuhnya.
3. Goreng biar sedikit perang dikedua bahagian, angkat dan ketepikan, buat sampai habis.
4. Untuk sos, sebatikan bancuhan tepung jagung dengan sos tiram, kicap manis, sedikit gula, minyak bijan dan aji jika guna.
5. Panaskan 2-3 sudu besar minyak sayur, tumis sekejap bahan bertanda * biar naik bau, kemudian masukkan lada benggala, cendawan dan bawang dadu, kacau balik biar layu sikit.
6. Masukkan bahan sos, kacau selalu agar tidak berketul, kuah jadi pekat dan berkilat, kemudian masukkan ikan, suai secukup rasa apa yang kurang, balik perlahan-lahan agar ikan sebati dengan sos.
7. Padamkan api, boleh la dihidang bersama nasi putih.

lauk yg pasti anak2 suka, klu xde idea utk masak nti..bleh try masakan Szechuan ni, memang sedap dpt dgn nasi panas..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...