Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, February 19, 2016

Chicken Curry Indian Style..Lagi

Assalamualaikum w.b.t..
'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), semoga Allah SWT accept our duas and forgive our sins, Ameen.
Alhamdullah atas segala nikmatNya, bertemu kembali dijumaat yg barakah..sekli lagi menu kari ayam india, dh jatuh cinta la plak dgn cara masakkan india atau pakisatan ni..karinya wangi semerbak dan bnyk guna bawang utk pekatkan kuah, memang sedap la cicah dgn chapti atau roti putih pun bleh..thun ni rsanya xbuat lagi kari yg masuk santan, dlm folder tu ada 3-4x lagi rsanya menu lauk yg xmsuk santan..ni pun buat utk mkn dgn homemade chapati mcm yg updated sblum ni..selamat berhujung minggu, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

aromanya wangi sungguh, resipi chapati maz ada letak link yg buat sblum ni kat resipi bawah tu..

CHICKEN CURRY (INDIAN STYLE) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong saiz sederhana
  • 2 labu bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 tangkai daun kari - option
  • 1 biji tomato - cincang
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari madras
  • 1/2 sudu kecil serbuk garam masala
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 biji cili padi - potong serong
  • 2-3 sudu besar minyak sayur
  • garam, gula secukup rasa
  • sedikit daun ketumbar - cincang
Cara

1. Kisar lumat semua bahan bertanda * dengan sedikit air atau guna pengisar kering.
2. Gaul ayam dengan sedikit bahan kisar, ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumis baki bahan kisar dan daun kari hingga wangi, kemudian masukkan ayam dan masak biar ayam keluar airnya sambil dikacau sekali sekala.
4. Masukkan semua jenis rempah, masak sekejap biar ayam mesra dengan bahan rempah.
5. Masukkan tomato, sedikit daun ketumbar, cili padi, sedikit garam dan sedikit air (dalam 1 cawan ke, agak-agak la ye, jangan banyak sangat, nanti kuah tak pekat).
6. Masak dengan api sederhana biar mendidih lama dan ayam lembut, perasa secukup rasa dan masak hingga kuah jadi pekat.
7. Tabur sedikit daun ketumbar bila nak hidang, boleh hidang bersama nasi putih, maz makan dengan chapati.

sesuai sangat dgn kuahnya yg pekat cicah chapati..serbuk kari tu bleh jgk ganti dengan serbuk kari biasa..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...