Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, March 21, 2016

Ikan Sambal Daun Limau Purut

Assalamualaikum w.b.t
 'Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adzaaban-nar' (Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka) Al Baqarah - 201, doa indah yg penuh dgn makna dan disukai oleh Rasulullah saw (Bukhari & Muslim) dan yg selalu kita amal baca selepas solat atau boleh baca bila-bila masa, semoga Allah SWT give us His mercy and forgiveness on the day we will need, Ameen. 
apa kbar semua, skrang ni main update je..xde dh nk pilih2, misi nk clearkan folder..ikan ni pun jenis sos sedikit kering, skli lgi cuba berekspiremen dgn ikan, dan ternyata tidak mengecewakan, ikan yg digoreng garing dan sosnya pedas manja sikit dgn aroma daun limau purut dan serai yg bleh menggugat selera..cari kelainan sikit dri ikan masak sambal biasa atau masak kicap, ikan ni sama mcm ikan yg guna masak sambal hijau tu, lauk kering gini sdpp kan! terima kasih pada yg sudi singgah dpur kecik ni, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada..

IKAN SAMBAL DAUN LIMAU PURUT by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan, maz guna ikan ni, tak tahu nama @ boleh guna ikan lain
  • 1/2 labu bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 2 hiris halia *
  • 4-5 biji cili merah *
  • 3 biji cili padi * - jika suka pedas boleh tambah
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 batang serai - ketuk
  • 2 batang kacang panjang
  • 1/2 biji lada benggala merah 
  • sedikit garam, gula dan aji jika suka
Cara

1. Dengan pengisar kering, kisar semua bahan bertanda *.
2. Lumur ikan dengan garam kunyit, goreng hingga garing dikedua bahagian, ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar, serai dan daun limau biar naik bau dan bahan rencah masak sikit.
4. Masukkan sedikit air, sayuran dan perasa secukup rasa, masak seketika lagi sekadar sayur layu.
5. Tuang atas ikan dan boleh la hidang bersama nasi putih.

sayur tu bleh guna sayur lain jgk, maz pun masuk apa stok yg ada je..klu nk guna terung pun bleh, memang terlayan la dgn nasi panas2..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...