Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, May 10, 2016

Chocolate Chip Cookies & Nutella Ice Cream Cake..Semudah ABC

Assalamualaikum w.b.t
'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit selagi bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni 3x pagi dan 3x petang, sunnah Rasulullah saw..semoga Allah swt protect us, our families and always keep us safe, Ameen.
beratnya mood nk update blog mlm ni, dh sbln lebih jgk kejdian eskrim kek ni..nk buat kek yg canggih2 xde kerajinan mana, buat kek versi kacau gini je la deh! cepat dan senang, anak2 memang suka eskrim, npak je rmah pakcik Robbins yg pink tu mesti nk msuk..sni baskin robbins bersepah, kat food court pon ada..jdi tu yg rsa nk buat kek eskrim ni, mata pun dh layu..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

CHOCOLATE CHIP COOKIES & NUTELLA ICE CREAM CAKE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 bekas aiskrim vanilla
  • biskut coklat chips secukupnya
  • sedikit susu segar
  • sedikit nutella 
  • coklat sirap/coklat chip/coklat cincang
Cara

1. Biar aiskrim kat suhu bilik sekejap agar lembut sikit,  sediakan loyang jenis loose base (loyang cheese kek).
2. Celup biskut sekejap dalam susu segar, susun dalam loyang biar kemas, patah-patah pun takpe.
3. Bila aiskrim dah lembut, masukkan nutella, biskut (celup dulu sekejap dalam susu segar, patahkan), sebatikan.
4. Tuang dalam loyang, tabur biskut yang dihancurkan dan coklat chip, simpan dalam sejuk beku selama 4-5 jam atau hingga sedia untuk dihidang
5. Boleh la hias ikut citarasa, maz tabur juga coklat bulat yang dicincang dan coklat sirap

kononnya nk tiru mcm eskrim pakcik robbins la, tu yg msuk nutella dan biskut coklat chip..pastu tabur je la apa yg ada bgi meriah skit, memang xckup spotong ni..

2 comments:

  1. Adoi..melting tgk dizet ni fren...so yummyyyyy..
    lama x buat dizet2 ni cam takde ms nk godek..aoa yg di bz kan pun xtau la hihi

    ReplyDelete
  2. Assalam Maz,
    waduh dari jauh nampak aje dah terliur..
    kat rumah ada ice cream vanilla..dah lama tersadai..
    boleh cuba ni...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...