Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, May 19, 2016

Daging Sos Tiram Ala Hot Wok Kitchen BCC

Assalamualaikum w.b.t 
'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), semoga kita sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
ni cerita tghri kelmarin, kira lauk yg masih panas lagi la..bleh terbuat daging ni sbb msa prgi bahrain city centre wken lepas, anak oder set nasi kat Hot Wok Kitchen..dlm set tu ada nasi goreng cina yg dihidang bersama 2 side dish, bleh pilih nk 1 lauk dgn 1 sayur atau amik lauk 2..anak amik lauk smua sbb xmkn sayur! amik daging masak mcm ni dan jgk ayam sweet sour, maz rasa la smulut daging tu..ada bau minyak bijan dan rasa halia, apa lagi tukang masak ni terus la dpt ilham nk buat jgk! kebtulan stok daging pun ada, maka ni la hasilnya..memang sesuai sangat dgn steam rice atau nasi putih, ringkas dan sedap! terima kasih skli lagi pada yg sudi singgah dapur kecik ni dan maaf atas apa yg tidak sempurna, Inysaa Allah semoga jumpa lagi..

DAGING SOS TIRAM ALA HOT WOK KITCHEN BCC by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g daging batang pinang
  • 1/2 inci halia - tumbuk 
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 batang lobak merah - potong kasar
  • 1 biji kecil lada benggala kuning - potong kasar
  • 1 biji kecil lada benggala hijau - potong kasar
  • 1/2 labu bawang besar - potong kasar
  • 4 kuntum cendawan shitake - rendam air panas biar lembut
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan air
  • sedikit kicap - untuk gelapkan kuah
  • sedikit gula, garam dan aji jika suka/serbuk perasa
  • sedikit minyak bijan
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Panaskan sedikit minyak sayur, tumis bahan tumbuk biar naik bau, masukkan daging dan masak biar daging bertukar warna.
2. Masukkan air secukupnya, lobak merah dan masak hingga daging lembut (dalam 15 minit atau bergantung pada jenis daging).
3. Masukkan sos tiram, sedikit kicap, semua sayur dan air bancuhan tepung jagung, kacau biar sebati dan perasa secukup rasa, masak biar kuah pekat dan berkilat, kalau rasa pekat sangat tambah air sikit lagi.
4. Bila sayur dan layu sikit, titikkan sedikit minyak bijan, padamkan api.

Nota ilhamdapur : daging tu kalau nak rebus biar lembut dulu pon boleh, cuma skip cara no 2, lepas tumis masukkan lobak merah dan air sikit, bila dah lembut masukkan semua bahan lain.

sayur tu bleh jgk guna sayur lain seperti jagung muda atau brokoli, sni bnyk guna capsikum dalam masakan..noodle goreng pun letak lada besar ni, maz suka mkn cendawan shitake tu..dedulu susah nk jumpa cendawan ni, skrang dh ada jual kat asian store..

2 comments:

  1. Assalamualikum Maz
    Nampk menarik sngt daging tu lah
    Gambar pun cantik
    Dah tentu sedap je bila mkn ni kan Maz

    ReplyDelete
  2. Assalamualikum Maz
    Nampk menarik sngt daging tu lah
    Gambar pun cantik
    Dah tentu sedap je bila mkn ni kan Maz

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...