Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, April 28, 2019

Mee Rebus

Assalamualaikum w.b.t
'Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adzaaban-nar' (Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka) Al Baqarah - 201, doa indah yg penuh dgn makna dan disukai oleh Rasulullah saw (Bukhari & Muslim) dan yg selalu kita amal baca selepas solat atau boleh baca bila-bila masa, semoga Allah SWT give us His mercy and forgiveness on the day we will need, Ameen.
sbnarnya blur sngat ni utk menulis, tpi digagahi jgk semangat ni demi dapur usang utk di abadikan sebagai kenangan dan rujukan di masa akn dtg..sbnarnya dh kerap sngat duk buat mee rebus ni, tpi sbb dh berthun blog ni sepi tanya N3 maka tiada lah cerita msak..mee rebus ni pon simple je, xde masuk bnyk rempah ratus..hnya guna serbuk kari dan cili kisar, Alhamdulillah menepati selera umat kat rumah ni..sedapp! Insha Allah smpai bersama lgi dan mohon maaf andai ada kekurangan..

mee kuning tu pon stok bwa dri Msia, pastu maz frozen kan..bila nk guna keluarkan awal2 dan celur sekejap, hsilnya sama mcm mee yg bru beli dri kedai..dh lama pencen dri buat mee kuning sendiri ni, kue teow dan laksa pon frozen jgk..

MEE REBUS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg daging
  • 1-2 ketol ubi keledek
  • 1 inci lengkuas - hiris nipis
  • 4 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 gengam kecilr udang kering *
  • 1 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
  • 1 senduk cili kisar - rebus cili kering, kisar
  • 1 keping asam gelugur
  • Minyak untuk menumis secukupnya
  • Gula, garam secukup rasa dan aji jika suka
  • Mee kuning - celur sekejap
  • Telur rebus, taugeh dan sawi celur, daun sup/bawang, cili merah, bawang goreng
Cara

1. Potong daging saiz besar.
2. Keledek buang kulit, potong kasar dan cuci bersih.
3. Dalam periuk masukkan lengkuas, daging dan keledek bersama 2 liter air dan rebus hingga daging lembut (maz rebus keledek bersama daging terus, terpulang kalau nak rebus asing).
4. Asingkan daging, kisar keledek bersama sedikit air rebusan daging, ketepikan.
5. Kisar lumat bahan bertanda * dengan pengisar kering.
6. Dalam periuk panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar hingga masak.
7. Masukkan cili kisar, tumis biar pecah minyak kemudian masukkan serbuk kari.
8. Masukkan air rebusan daging bersama sekali dengan lengkuas, keledek kisar dan air secukupnya jika perlu.
9. Masukkan asam gelugur, masak hingga mendidih, perasakan secukup rasa dan suaikan kepekatan kuah ikut selera.
10. Masak biar mendidih lama sikit, kemudian padamkan api dan boleh lah dihidang bersama daging rebus yang di potong kecil dan bahan sampingan yang lain.

xgemar sngat klu kuah yg terlalu pekat dan berempah..suka yg light2 gitu skit, bleh hirup licin skli dgn kuah bila mkn tu..tauhu tu pon frozen bwa dri Msia jgk, kat Bahrain ni xde jual..gini la adat merantau kan, sbb tu la peti 2 bijik tu asik obesiti je memanjang..

Saturday, April 27, 2019

Bomboloni

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma inni as'aluka ‘ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan' (Ya Allah aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima)
 sama2 kita amal baca sebaik bagi salam selepas solat subuh, Sunnah RAsulullah saw..semoga permulaan hri kita diberkati dan Allah swt guid us to what's best and keep us steadfast on His straight path, Ameen.
sbnarnya dh lama duk pendam rasa nk buat donat berfilling ni..sblum yg ni dh ada buat jgk, ni kejadian minggu lepas..pastu bila dh start buat mcm biasa lah pasti akan ulang buat berturut2, gitu lah slalunya tukang masak ni klu time rajin tu dtg..Alhamdulillah bomboloni lembut bab kapas, tpi jujurnya bgi tekak ni lebih suka donat yg kosong tnpa filling..tpi klu yg inti strawberi bleh la jgk, sbb ada rasa masam manis jdi xde la muak..klu mcm nutella tu kurang gemar, anak2 lah yg suka filling coklat gitu kan..akhir kata mohon maaf atas apa yg tidak sempurna dan sampai bersama lgi, Insha Allah..

buat 250g tepung je..tu pon dpt bnyk bijik jgk, sruh stand mixer yg uli..malas nk keluarkan bread maker, utk filling tu bleh letak ikut citarasa..

BOMBOLONI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 200gm tepung high protein 
  • 50g tepung gandum @ kalau nak guna tepung high protein jgk pon boleh
  • 1 sb susu tepung
  • 1 sk bread improve - optional 
  • 1/2 sb yis kering
  • 1 sk gula
  • 150ml susu segar suam
  • 1 biji telur - kocok sikit dgn garfu
  • 40g mentega suhu bilik - maz guna unsalted
  • 1 sk garam - kurangkan jika guna mentega biasa (salted)
  • inti - maz guna nutella, strawberry compote dan italian meringue buttercream @ ikut citarasa
  • minyak untuk menggoreng secukupnya
  • gula aising secukupnya
Cara

1. Satukan yis, gula bersama susu suam dan biar 5-7 minit.
2. Dalam mangkuk pemutar (guna blade untuk doh), satukan semua bahan kering dan putar sekadar sebati.
3. Masukkan campuran yis sambil terus putar kelajuan rendah, masukkan telur dan putar selama 3-4 minit hingga doh sebati.
4. Masuk garam dan mentega, putar dengan kelajuan rendah dulu, kemudian kelajuan tinggi selama 8-10 minit atau hingga doh nampak berkilat.
6. Rehatkan adunan selama 30 minit (tutup mangkuk dengan plastik wrap dan tuala bersih biar naik 1x ganda).
7. Tumbuk doh sikit buang angin dan bentuk bulat seberat 30g, rehat doh selama 15-20 minit.
8. Panaskan minyak sekadar sedikit hangat, goreng biar sedikit perang di satu bahagian kemudian baru terbalikkan, angkat dan toskan.
9. Biar sejuk sikit, golek dalam gula aising dan buat lubang sikit untuk isi inti (masukkan inti dalam paiping bag dulu).

skrang ni cuaca dh mula panas, bleh la buat kue yg kena proofing ni..letak kat dpur sblah peti sbb suhu bilik masih xckup panas, ishhh! tgk yg ni terasa nk mkn donat la plak..

Friday, April 19, 2019

Pisang Karamel Gula Melaka

Assalamualaikum w.b.t 
Dari Aisyah ra : 'Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat sunnat Fajr samada semasa di rumah atau ketika bermusafir' "Sabda Rasulullah saw, 2 rakaat sunnat Fajr (sebelum solat subuh) adalah lebih baik dari segala isi dunia, Sahih Muslim", semoga kita istiqomah dan Allah swt bless us, guide us to the right path dan grant us, all our parents ultimately Jannah, Ameen.
ilham dri keria gula melaka..kuih yg viral satu masa dlu, tidak salah mencari kelainan kan..ternyata tidak menghampakan, pasti xckup spingan tu nikmati bersama kopi O..pisang tu maz guna pisang dri india sperti rspi pisang goreng sblum ni, xthu la plak pisang apa..memang sesuai untuk di goreng, cuma utk pisang karamel ni guna pisang yg bru msak..maksudnya jgn yg ranum sbb nk gaul gula melaka plak kan, jdi xde la lembik sngat..Insha Allah bersama lgi dan maaf atas khilaf yg ada..

bgi yg suka mencuba bleh try dgn pisang gula melaka ni, biasanya goreng pisang bercheese kan..

Pisang Karamel Gula Melaka by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • pisang baru masak yang sesuai untuk digoreng, belah 2@3 - ni tak tahu nama pisang apa, memang sedap goreng dan buat pengat, pisang dari india, besar buahnya, 2 biji pun dah boleh dapat sepinggan
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam
  • air sejuk peti secukupnya
  • sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit jika perlu
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
Cara

1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, masukkan air secukupnya dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair atau pekat sangat, kira letak bila celup pisang).
2. Panaskan minyak untuk menggoreng, masukkan pisang dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian,  angkat dan toskan.

Karamel
  • 1/2 cawan gula melaka yang diracik 
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 3-4 sudu besar air @ anggaran
Cara

1. Satukan semua bahan, masak sambil dikacau hingga semua larut dan berbuih.
2. Masukkan pisang goreng, kacau balik biar bersalut semua dan kering, padamkan api.

klu ayah mak xgemar pisang goreng cheese, bleh try dgn versi ni..agak kena dan sinonim dgn selera orang tua kita gula melaka ni..

Wednesday, April 17, 2019

Lemak Putih Kale & Petola

Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10) sunnah Rasulullah saw baca surah Al-Kahfi pada malam atau hari jumaat, setidaknya 10 ayat pertama, sama2 kita amalkan selalu..semoga kita dijauhi dari segala fitnah dunia dan sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
memaksa diri utk update blog usang ni, makin hari mood makin jauh..sayur putih kale atau raja sayur, sblum ni dh ada n3 pasal sayur ni..bleh tgk kat sini klu nk tgk rupe sayur ni, kale ni masak apa pon sedap dan nak masaknya skjap sngat wpun daunnya npak mcm keras..tpi cepat lembut, lemak putih ni buat stail kelantan mcm bonda duk masak selalu msuk ikan rebus skit sbgai rencah..memang sedap! Insha Allah smpai jumpa lagi dan maaf andai ada yg tidak menyenangkan..

Lemak Putih Kale & Petola by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 batang daun kale - amik daun saja 
  • 1 biji petola
  • 1/2 biji lada benggala merah/cili merah - optional
  • 3 cawan santan - maz guna santan tin+air sikit
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 sudu besar isi ikan rebus *
  • 1/2 sudu kecil lada hitam *
  • 1/2 labu bawang besar bombay 
  • sedikit gula, garam dan aji jika suka
Cara

1. Tumbuk bahan bertanda *.
2. Dalam periuk satukan santan, petola dan bahan tumbu, masak hingga santan mendidih sambil dikacau selalu agar tidak berketul dan petola sedikit lembut.
3. Masukkan bahan lain, perasa secukup rasa dan masak sekejap lagi dalam 3-4 minit atau sayur lembut sikit.

layan dgn ikan masin ni memang kena sngat..meratah pon sedap, maz xsuka kuah pekat sngat..tu yg buat cair, terpulang pada citarasa masing2 la kan..

Monday, April 15, 2019

Choco & Cheese Mini Cakes

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nabi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga Allah swt always protect us, our loved and keep us safe, Ameen.
bertemu kembali, sbnarnya duk terbayang nk mkn donat mcm big apple tu yg ada mcm2 topping cheese..kat ni big apple xde la plak, nk buat donat xberapa rjin plus rsa mcm bnyk kerja klu nk mendonat ni, ditmbah plak dgn mood yg xberapa rjin mula lah rsa berat..maka nk dijdikan cerita dtg lah ilham kek versi mini gini dgn toping keju dan coklat se akn toping donat, wpun dlmnya bkn donat..tpi sedap yg amat! serius..gadungan kek coklat span yg moist dan lembut dgn 2 jenis toping ni pasti xmengecewakan, mesti xckup klu mkn 3 bijik, Alhamdulillah semua dgn izinNya..sedikit kelainan dlm memvariasikan hidangan kek, Insha Allah semoga jumpa lgi dilain waktu dan maaf atas segala kekurangan yg ada..

mulanya plan nk tekap dgn donat cutter tu, tpi bila pkir sayang plak nti trbuang baki kek2 potong tu maka xjdi buat bentuk bulat..potong gini pon ok jgk dri membazir lebihan kek tu kan..

buat sbgai buah tngan pon bleh ni kan klu ada gathering rumah kwn atau sdara mara..

Choco & Cheese Mini Cakes by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 70g tepung kek *
  • 80g gula kastor
  • 2 sudu besar serbuk koko *
  • 1/2 sudu kecil baking powder *
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 1/2 sudu besar ovelette
  • 1/2 sudu besar coklat emulco
  • 2 biji telur
  • 40ml susu kotak coklat @ susu segar
  • 40ml minyak canoli/jagung/sayur
Topping
  • 200g cream cheese - suhu bilik *
  • 3 sudu besar susu pekat manis/gula halus @ secukupnya *
  • 4 sudu besar susu segar/plain yogurt @ secukupnya *
  • cheddar cheese parut secukupnya
  • 100g coklat masakan - potong kecil
  • 30g mentega
  • sedikit susu segar - jika perlu
Cara

1. Panaskan oven suhu 160 C, alas loyang 6x7 dengan kertas baking.
2. Ayak semua bahan bertanda *.
3. Satukan semua bahan dan bahan ayak dalam bekas pengadun, kecuali air dan minyak.
4. Putar dengan kelajuan rendah sekejap biar sebati, kemudian kelajuan tinggi selama 4-5 minit hingga adunan kembang (maz guna stand mixer).
5. Masukkan susu coklat dan putar lagi, akhir sekali masukkan minyak dan kaup balik biar sebati guna spatula saja.
6. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30-35 minit atau bergantung pada oven, sejukkan atas redai kek.
7. Potong saiz kek lebih kurang 2x2 inci, susun atas pinggan atau bekas yang sesuai dan tuang toping secukupnya atas setiap kepingan kek dan hias ikut citarasa.
8. Untuk topping cheese, sebatikan semua bahan bertanda *, dan suaikan kepekatan dan rasa manis ikut citarasa (kalau rasa pekat boleh tambah susu segar).
9. Untuk topping coklat, satukan coklat masakan dan mentega, panaskan dalam microwave selama 5-7 saat, kacau biar coklat cair sepenuhnya atau boleh guna kaedah double boil.
10. Jika terlalu pekat tambah sedikit susu segar dan sebatikan.

ok jgk buat mini gini senang nk mkn, klu buat utk sebarang majlis pon amat sesuai dan pasti menjdi tumpuan anak2..

kek comey yg sedap! utk toping tu bleh pelbagaikan ikut citarasa, Insha Allah akn buat lgi dgn toping lain plak..

Friday, April 12, 2019

Strawberry Compote

Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma innaka afuwwun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yang Rasulullah saw ajar pada Aisyah ra jika bertemu malam Lailatulqadar..sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah SWT forgive us, our parents and accept our doa, Ameen.
betapa beratnya nk update blog ni, tpi bila mengenangkan nk simpan sbgai rujukan di msa akn dtg..gagahi la jgk, mcm tahun2 sblumnya..dri hjung tahun haritu memang musim strawberi murah kat sni, wpun buah import tpi hrga yg dijual murah sngat..klu kat pasar 3 paket baru 1 dinar=rm11, pasaraya jual mahal skit sekitar rm4-5..tahun ni je xbrong buah merah ni sbb mood nk buat itu ini xberapa rajin, duk beli 1-2 paket utk mkn gitu je sbb manis dan buah pon besar, merah cantik..ni proses buat compote utk prjek kek, Insha Allah n3 kek tu akn menyusul nti..stawberi compote dan kek tu dh buat berminggu2, mood nk menaip xberapa rjin tu yg delay slalu..Insha Allah semoga bersam algi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

sepekat xmpai rm5 beli kat Lulu hypermarket, ni pon proses sbb tkut rosak duk peram dlm peti..

letak gula atas buah gini tujuannya tak nak bagi gula hangus klu letak di dasar periuk sbb tak masuk air..buat compote ni pon senang sangat, mcm nk buat jam jgk..maz xletak air pon sbb nti jus dri buah ni akn keluar, jdi masa cuci tu xperlu tos kering sngat..

Strawberry Compote by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 paket strawberi segar - cuci dan belah 6
  • 1/4 cawan gula @ ikut tahap kemanisan strawberi
  • 1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan 2 sudu besar air
  • sedikit pewarna merah jika perlu
Cara

1. Masukkan buah strawberi dalam periuk, masukkan gula atasnya dan masak dengan api kecil sambil di tutup periuk.
2. Kacau sekali sekala bila strawberi dah mula lembut/lembik, rasa agar manis secukupnya dan jika perlu boleh tambah gula dan 3-4 sb air.
3. Bila strawberi dah lembik sepenuhnya, masukkan air tepung jagung dan kacau agar tidak berketul hingga pekat dan berkilat (masa ni boleh masukkan pewarna merah jika perlu).
4. Padamkan api, boleh saja kalau nak tekan-tekan dengan senduk bagi buah strawberi hancur atau kisar separuh hancur (maz guna hand mixer)).
5. Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam bekas kedap udara, simpan dalam peti boleh tahan selama 2-3 minggu, boleh juga di nikmati bersama ais krim, roti, scone dan seumpamanya.

done, bila buah strawberi tu lembik bleh lah padamkan api..

mkn dgn eskrim pon bleh..walalaa sedap sngat! layan dgn pancake, scone atau roti pon sesuai selain dri utk buat kek..

Thursday, April 11, 2019

Almond Pretzel With Caramel Sauce ala Auntie Anne's

Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10) sunnah Rasulullah saw baca surah Al-Kahfi pada malam atau hari jumaat, setidaknya 10 ayat pertama, sama2 kita amalkan selalu..semoga kita dijauhi dari segala fitnah dunia dan sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
maap la ye ni pon pic lama dh, tpi memang dh ada dlm draft..biasanya memang gitu akn terus tulis rspi lepas buat tu kat draf siap2 tkut terlupa klu dh lama, jdi sbb dh ada pic dan rspi yg buat ni dlu maz update lah jgk sbgai rujukkan dan kenangan..sbnarnya bkn susah pn nk buat pretzel ni, cuma malas tu yg lebih..ni main uli tngan je sbb buat pon skit sngat, pretzel auntie anne tu memang pabret kami sklrga..klu blik blik harus beli sokmo org kata, selain pretzel almond ni..cheese nuget bite auntie anne tu pon suka sngat dgn rasa lemak masinnya tu, dh lama duk pendam rasa nk try buat..tpi tu la bila mood dan kerajinan tidak bersatu, maka tidak ada hasil lah jwbnya..Insha Allah semga jumpa lagi dan mhn maaf andai ada salah dan silap..

Almond Pretzel Ala Auntie Anne's by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (6-7 biji)
  • 1 1/2 cawan tepung serbaguna @ tepung high protien (tepung roti)
  • 1 sudu besar yis kering - mauripan dll
  • 1 cawan susu suam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar mentega lembut - maz guna unsalted
  • almond nib secukupnya - optional
Bahan B
  • 1 cawan air suam + 1 sudu besar soda baikarbonat (sediakan bila doh dah dibentuk)
  • 1/2 cawan metega cair panas - maz guna unsalted (sediakan bila pretzel dah keluar dari oven)
Karamel
  • 1 cawan gula kastor @ bleh guna gula perang
  • 130ml whipping cream UHT
  • 6 sudu besar mentega susu bilik
  • secubit garam (abaikan jika guna mentega biasa)
Cara

1. Satukan 1/2 cawan susu, yis dan gula, biar sekejap dalam 5 minit.
2. Masukkan tepung sambil dikacau dengan garfu buat bulatan jam, masukkan baki 1/2 cawan susu (ikut keperluan bergantung pada jenis tepung yang digunakan).
3. Masukkan garam dan mentega,  uli 8-10 minit hingga jadi doh yang lembut (boleh guna stand mixer/bread maker, maz uli dgn tangan sbb buat pon sikit je), sapu sedikit mentega pada dasar mangkuk, letakkan doh yang telah siap diuli dan rehatkan selama 30-40 minit atau biar doh naik sekali ganda.
4. Tumbuk doh sikit buang angin, bahagi kepada 10 (maz timbag 30g setiap satu), gentel panjang dalam 2 jengkal sebesar jari telunjuk, buat sampai habis.
5. Pegang ke dua hujungnya dan celup dalam air soda bikarbonat, letak atas dulang dan simpul bentuk pretzel (bagi maz buat macam ni lagi mudah dari bentuk dulu baru celup, kalau tak tahu cara nak simpul pretzel tu boleh tengak kat youtube), jarakkan 1 1/2 inci setiap pretzel.
6. Tabur almond nib sambil tekan sikit biar lekat dan bakar selama 12-15 minit atau hingga perang dengan suhu 180 C dalam oven yang telah dipanaskan dulu selama 10 minit.
7. Bila dah masak, celup pretzel dalam mentega cair (dari bahan B) ketika masih panas.
8. Sedia untuk dihidang bersama karamel sos.
9. Untuk buat karamel sos, satukan gula dan mentega, guna api perlahan masak hingga gula larut bertukar warna dan berbuih. Kemudian masukkan whip cream sambil dikacau selalu hingga pekat.

tgk pic ni meronta2 la plak terasa nk mkn..karamel sos tu bleh suaikan kepekatannya, tmbah susu segar atau whip cream klu pekat sngat..

wpun xsama dgn original auntie anne, tpi utk hilang teliur tu org kelantan kata bleh la deh..puas hati jgk la dgn hasil sendiri dan anak2 pon suka..

kat sni xde auntie anne ni..semoga dtg blik mood rajin ni, bleh la berpretzel lgi..tekstur pretzel ni xlembut mcm roti atau bun biasa, sedikit padat gitu tpi sedapp! bila sejuk kena panaskan dlm mv bgi lembut balik..

Monday, April 8, 2019

Lontong Udang

Assalamualaikum w.b.t
'Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku', sebahagian dri khutbah terakhir Khalil Allah, junjungan yg amat kita kasihi Rasulullah saw pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah, di ARAFAH, semoga Allah swt guide us to the straight path, Ameen.
amik peluang tgh free ni update la dlu mna deh, lontong ni pon sbnarnya selalu jgk duk buat..stok nasi impit tu memang slalu ada, bwak dri Msia..biasanya guna udang saiz sederhana, kli ni letak udg gedebok la plak..anak2 pun suka klu buat lontong klu yg buat sdrik ni, kena dgn selera umat kat rumah ni..cuma yg lucunya dri dia kecik smpai lah dh nk msuk 15 thun ank bongsu tu pnggil lontong ni nasi kuib, mungkin sbb nsi impit tu diptong bntuk gitu..Insha Allah ada msa smpai jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak menyenangkan..

Lontong Udang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 4 cawan santan 
  • 2 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • segengam udang kering *
  • 1/2 inci kunyit hidup @ serbuk kunyit *
  • 8 ekor udang saiz XXL @ udang biasa pon boleh
  • sayuran secukupnya - kubis, kacang panjang, lobak merah, tauhu, tempe, cili merah 
  • udang secukupnya - buang semua kecuali ekor
  • garam, gula secukup rasa dan aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
  • nasi impit dan sambal cili kering 
Cara

1. Kisar atau tumbak lumat bahan bertanda *
2. Panaskkan sedikit minyak (sikit je buat syarat) dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan santan, lobak merah dan masak hingga mendidih sambil dikacau selalu, kemudian masukkan semua sayuran lain dan udang. 
4. Masak biar sayur lembut sikit dan udang masak, perasa secukup rasa.
5. Padamkan api dan boleh la dihidang dengan nasi impit dan sambal (sambal tu maz buat mcm sambal nasi lemak biasa je).

biasanya xletak udg kering, kli ni sbb dh ada stok kisar skali dgn bawang..lgi terasa kuah udangnya tu, sedapp..sayur tu main buh je apa stok yg ada, terpulang lah pada citarasa masing2 kan..

Sunday, April 7, 2019

Puyuh Goreng Tepung

 Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma inni as'aluka ‘ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan' (Ya Allah aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima)
 sama2 kita amal baca sebelum bagi salam selepas solat subuh, Sunnah RAsulullah saw..semoga permulaan hri kita diberkati dan Allah swt guid us to what's best and keep us steadfast on His straight path, Ameen.
sbnarnya lauk lama dh ni, dapur ni mcm dlu la jgk..berbln2 peram gmbar, tkpe lah update lah jgk sbgai rujukan..senang sngat nk buat ni pon, lebih kurang mcm goreng kunyit biasa je cuma salut tepung skit mcm ayam goreng kunyit rangup ni..sedap layan dgn nsi panas, klu ada plak sambal belacan atau smbal tomat indon/sambal nasi nasi ayam penyek bleh berpeluh2..Insha Allah jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf yg ada..

Puyuh Goreng Tepung by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 ekor burung puyuh - cuci bersih dan kelar sikit bahagian dada, tak perlu toskan (maz tak potong)
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit serbuk pati ayam/garam
  • minyak untuk mengoreng secukupnya
Cara

1. Lumur puyuh dengan sedikit serbuk kunyit dan serbuk pati @ garam.
2. Satukan dua jenis tepung dan golek puyuh biar bersalut tepung sepenuhnya.
2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng seperti biasa di kedua bahagian hingga masak.
3. Boleh lah dihidang ketika masih panas bersama nasi putih, sambal belacan dan sebagainya.

klu nak bagi rasa rempah skit..bleh jgk masukkan sedikit serbuk ketumbar, serbuk kari dan jgk serbuk jintan manis dlm bancuhan tepung tu..meratah pon sedapp klu yg masih panas tu..

Saturday, April 6, 2019

Kuih Bijan aka Kuih Bom

Assalamualaikum w.b.t 
Dari Aisyah ra : 'Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat sunnat Fajr samada semasa di rumah atau ketika musafir' "Sadba Rasulullah saw, 2 rakaat sunnat Fajr (sebelum solat subuh) adalah lebih baik dari segala isi dunia, Sahih Muslim", semoga kita istiqomah dan Allah swt bless us, guide us to the right path dan grant us, all our parents ultimately Jannah, Ameen.
kerap jgk duk buat kuih bijan aka kuih bom atau klu kelantan di sebut kuih 'lengo' (xthu lah ejaan ni betul ke tak)..Alhamdulillah stakat duk buat ni kuih ni jdi bom yg xaktif dlm kuali, xpernah meletup lgi..maz goreng dengan api kecil sambil di balik selalu, kulit pun garing elok dan smpai ptg pon masih lembut..bleh buat awal2 dan simpan dlm peti, bila nak goreng biar di sihu bilik 1-2 jam agar kuih lembut dulu..respi kli ni guna air gula dlm doh tu sbb nk ada rasa manis gitu, jdi xde lah tawar je kan kulitnya tu..akhir kata maaf andai ada yg tidak menyenangkan dan Insha Allah semoga ketemu lagi..

elok je bersauna bersama, gentel sebesar bola ping pong je..nati bila goreng ia akn mengembang..

Kuih Bijan aka Kuih Bom by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3-4 sb gula pasir *
  • 1/2 cawan air *
  • 1 1/2 cwn tepung pulut @ secukupnya
  • 2 sb tepung gandum
  • 1/2 sk garam
  • air secukupnya
  • inti kacang hijau - rebus dgn daun pandan hingga lembut dan air kering, masukkan gula secukupnya dan sedikit garam, kacau sebati dan sejukkan sepenuhnya atau boleh buat awal dan simpan dalam peti.
  • bijan
  • minyak masak untuk menggoreng secukupnya
Cara

1. Masak bahan bertanda * dgn api sederhana hingga gula larut (atau boleh guna air suam/panas saja untuk larutkan gula), sejukkan sepenuhnya.
2. Dalam mangkuk masukkan air gula tadi, garam, 2 jenis tepung dan gaul sebati biar jadi doh, tambah air sikit jika perlu (kira boleh bentuk dan tak lembik).
3. Ambil doh sebesar bola ping pong, leperkan atas tapak tangan biar nipis.
4. Letak inti secukupnya, cantumkan dan tutup biar kemas sambil dibentuk biar jadi bulat.
5. Golek dalam biji bijan, buat sampai habis.
6. Panaskan minyak masak secukupnya, goreng dengan api kecil sambil dibalik selalu.

Nota ilhamdapur : Boleh juga buat awal atau malam kuih ni, simpan dalam bekas tertutup dan letak dlm peti, bila nak goreng keluarkan biar di suhu bilik dulu biar kuih lembut baru goreng macam yang maz buat ni.

utk kuih ni maz suka inti kacang, klu inti kelapa tu xgemor la plak..senang sngat nk buat kuih ni asal ada inti dlm peti, abangngah dgn babanya suka sngat kue ni..

Thursday, April 4, 2019

Lemak Cili Padi Ikan Pari Dengan Labu Kuning Dan Bayam

Assalamualaikum w.b.t 
'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), semoga Allah SWT guide us to the straight path, Ameen.
skli sekala bru muncul menu ikan kat dpur ni, mcm dulu2 la jgk..agak jarang msak ikan kat rumah ni sbb anak2 xgemar, tpi kadang2 tu teringin jgk nk beli klu tgk ikan segar2..sedap dpt lauk mcm ni skali skala, mula la mkn nsi bertmbah2..mcm msak cili padi biasa je, cuma maz suka klu letak sayur gini..nak2 plak labu kuning dan bayam tu memang sayur kegemaran, ank2 pn mkn klu bayam ni..Insya Allah jumpa lgi dan maaf atas apa yg tidak menyenangkan..

Lemak Cili Padi Ikan Pari Dengan Labu Kuning Dan Bayam by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g ikan pari
  • 300g labu kuning
  • 1 ikat bayam hijau
  • 2 cawan santan pekat
  • 5 biji cili padi merah *
  • 4 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci kunyit
  • gula, garam dan sedikit aji jika suka
Cara

1. Kisar atau tumbuk semua bahan bertanda *.
2. Dalam periuk masukkan labu, bahan kisar dan air dalam 1 cawan, masak biar labu separuh lembut.
3. Masukkan santan dan ikan, masak seketika lagi biar mendidih dan ikan lembut, perasa secukup rasa.
4. Masukkan bayam, masak seketika lagi biar bayam layu, padamkan api.

ckup dgn 1 lauk ni, sayur pn dh ada skli..senang kerja msak 2 in 1 gini deh, ada plak sambal belacan jdi dh..

Tuesday, April 2, 2019

Puding Sagu Fruit Coctail

Assalamualaikum w.b.t
'SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, AllahuAkbar 33x, La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa `ala kul'li shai’in qadir 1x', zikir selepas solat fardhu sunnah Rasulullah saw. (Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang membacanya selepas solat fardu, akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih dilautan - Hadith Muslim), sama2 kita amalkan, semoga Allah SWT accept our good deeds, forgive our sins, our parents and bless us with His mercy, Ameen.
agak suram blik mood utk update dpur usang ni..di tmbah plak dgn sdkit sibuk ke sana ke mari sejak dri hjung minggu lepas lgi, bleh kata klu wken tu kluar pgi blik dh lewat ptg..ni pon ptutnya nk kluar jgk tghri nti, tpi call bgthu suami kata tukar schedule ke belah ptg nti..ok lah layan puding sagu ni, sbnarnya dh 2-3x duk buat sagu buah campur ni..puding ni pemanis mulut utk berbuka minggu lepas memandangkan anak2 dan babanya pon berpuasa isnin khmis di bln Rejab ni, jdi tu yg buat dessert skli..klu puasa sorang tu mkn je apa yg ada, sagu ni ilham dari puding vietnam yg pernah buat sblum ni, ada kat sini..cuma yg ni guna susu cair dan sagu tu buat lapis wrna trafik light mcm talam ubi kayu ni bgi berseri gitu, di tmbah plak dgn buah cmpur dan kiwi pasti xckup 2 gelas tu sbgai penyejuk tekak..sedappp!! nk buat pon mudah sngat2, Insha Allah smpai bersama lgi dilain waktu dan mohon maaf atas apa yg tidak sempurna..

Puding Sagu Fruit Coctail by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan biji sagu - cuci bawah air dan toskan
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • 1 tin buah campur
  • 2 biji kiwi - optional
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 tin air (guna tin susu cair)
  • pewarna merah, hijau, kuning
  • gula secukup rasa dan sedikit garam
Cara

1. Masukkan air dalam periuk bersama daun pandan dan masak biar air berbuih kecil sikit kemudian terus masukkan sagu sambil dikacau agar tidak berketul.
2. Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga sagu masak dan pekat (biji sagu bertukar warna jernih/bercahaya), padamkan api.
3. Masukkan sedikit pewarna kuning dan merah dalam 2 mangkuk berasingan, masukkan 1 senduk besar sagu (kira buah 3 bahagian) yang telah masak dalam mangkuk 2 warna tadi dan kacau sebati.
4. Baki sagu dalam periuk tu  masukkan pula sedikit pewarna hijau dan kacau sebati.
5. Tuang lapisan warna merah dalam bekas/loyang, diikuti dengan warna kuning dan ratakan kemudian lapisan hijau. Sejukkan sepenuhnya.
6. Dalam periuk masukkan air dan gula secukup rasa serta garam. Masak hingga gula larut, kemudian masukkan susu cair dan masak sekejap, padamkan api dan sejukkan dalam peti dulu sebelum di hidang.
7. Bila nak hidang, potong sagu yang telah sejuk tadi dan masukkan dalam cawan/mangkuk bersama buah campur dan tuangkan susu cair secukupnya.
Nota ilhamdapur : buah campur tu pon maz sejukkan juga dalam peti sebelum hidang.

utk sagu tu maz kacau je dlu dlm 1 periuk, lepas sagu dh masak bru masukkan dlm 3 bekas dan warnakan..lepas tu lapis dan sejukkan, siappp..mudah kerja, Alhamdulillah semua dgn izinNya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...