Assalamualaikum w.b.t..'Allahuma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..apa kbar semua...Alhamdulillah masih diberi peluang sekli lagi utk bertemu dgn jumaat yg barakah...semoga dipermudahkan urusan kita hri ni yg membawa kebaikan...Inysaa Allah dan sama-sama kita sentiasa banyak memperingati yg Maha Esa...pgi ni meh layan creampuff plak...kerana xtahan godaan puff ni sana sni kat fb...maka buat la jgk...kli ni guna specil filling...klu buat sblum ni afiq tak mkn...tpi bila letak filling ni pas sbjik2 ilang...siap dia mtak sruh buat lgik...sbnarnya dh 3x buat puff filling cream ni dlm msa 2 mnggu...sedappp sangat komen dari abangngah, afiq dan babanya...memang sedapp la...bila mkn rasa xnak stopp...Inysaa Allah semoga bersama lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...
sejukkan dulu sementara menanti filling...puff ni rspi asalnya dri seorang kakak yg baik hati...cuma maz ejus sikit2...jazakillahukhairan kak...filling tu maz buat sdrik...
Cream Puff With Custard Cream Filling by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
- 95g tepung gandum berkualiti
- 2 1/4 sudu kecil baking powder
- 2 biji telur - suhu bilik
- 75g mentega tanpa garam
- 1 sudu kecil gula
- 188ml air
- 1/2 sudu kecil essen vanilla
- sedikit garam - abaikan jika guna mentega biasa
Cara
1. Sebatikan tepung, baking powder dan garam.
2. Dalam periuk (kalau boleh guna periuk non-stick) satukan air, mentega dan gula, masak hingga mendidih.
3. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sampai jadi doh yang licin dan tidak melekat diperiuk, teruskan kacau dengan api perlahan selama 2-3 minit.
4. Padamkan api, masukkan dalam mangkuk yang sesuai dan sejukkan dulu.
5. Kemudian masukkan vanilla dan telur satu persatu sambil diputar biar sebati.
6. Masukkan nozel besar bentuk bintang dalam paiping bag, masukkan adunan tadi, paip pusing 2x atas loyang yang telah dialas dengan kertas baking, jarakkan 1 inci.
7. Sembur dengan sedikit air dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu selama 10 minit dengan suhu 200 C selama 20-25 minit atau hingga masak/perang.
8. Sejukkan sepenuhnya dan gunting ditengahnya, boleh la diisi dengan filling kastard cream.
Kastard Cream
- 200ml whipping cream Non Diary - yang dah manis tu
- 1 cawan susu segar *
- 3 sudu besar tepung kastard *
- 3 sudu besar gula *
- secubit garam *
Cara
1. Sebatikan semua bahan bertanda *, kemudian masak atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga pekat, sejukkan sepenuhnya.
2. Dalam bekas yang kering, putar whip cream+secubit garam+sedikit vanilla hingga kental. Kemudian masukkan kastard yang dah sejuk tadi dan sebatikan.
3. Masukkan dalam paiping bag dan sedia untuk digunakan.
suami bagi pada kwnnya sikit...dh 2x jgk la puff ni sampai ke pejabat tu...siap ada sorang staf pinoy tu mintak sruh suami bawa lagik...
ishhh! tgk yg ni terasa nk mkn plak...terbayang2 keenakannya...memang puas hati dpt buat sdri ni...tambah keluarga sukaa plak...itulah yg paling berharga bila anak2 dan suami senyum lebar saat menikmatinya...Alhamdulillah semua dgn izinNya...
sy pon nak buat lagi...family suka...sy lg suka...mkn aje kerjanya....
ReplyDeletecantik elok cream puff akak...
Sedapnya Maz
ReplyDelete