Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, January 6, 2016

Churros

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Mizan, sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian..
pestime buat churros ni, tpi pernah mkn..beli msa kat Universal Studio Singapore hritu, jenis versi panjang 1/2 kaki kut..tpi pastu xde la plak dtg keinginan utk cuba buat, trpangil utk join sama menchurros ni sbb fenomena kat fb sblum ni..kira dh lama la jgk cuma baru turnnya nk tepek kat sni..kejdian hjung bln 11 thun lepas lgik, biasa la dapur ni deh..jarang kluar menu yg masih panas, churros ni maz cuba rspi dri Aunty Martha Stewart..tpi rspi asalnya masuk 3 biji telur, maz cuma guna 1 biji je utk 1 rspi penuh tu..Alhamdulillah jadi elok, yg versi xmasuk telur pun dh buat jgk esknya tu, yg tu bila la plak nk upadate xthu la tu..kat bawah ni maz letak rspi yg maz buat dgn 1 biji telur, klu nk rspi asal klik je kat link nama Martha tu ye..Inysaa Allah semoga ketemu lgi dan harap dpt dimaafkan segala kekurangan yg ada..

ni utk anak, layan dgn coklat..maz suka mkn yg tabur gula+cinnamon lgi..semua suka la plak kue cakoi omputih ni, nk buat pun mudah sangat..acuannya maz guna nozel besar bentuk bintang..

CHURROS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan mentega tanpa garam (unsalted)
  • 1 sudu besar gula
  • 1/4 sudu kecil garam - abaikan jika guna mentega biasa
  • 1 cawan allpurpose flour
  • 1 biji telur gred A
  • minyak untuk mengoreng secukupnya
  • gula aising+serbuk kayu manis secukupnya
  • coklat cair/sirap 
Cara

1. Dalam periuk masukkan air, mentega, gula dan garam, masak biar mendidih kemudian masukkan tepung dan terus kacau dengan senduk kayu selama 1-2 minit biar sekata dan jadi doh yang licin.
2. Padamkan api, masukkan telur dan kacau biar sebati, kalau nak guna hand mixer pun boleh, maz guna tangan je sebab telur sebijik.
3. Panaskan minyak untuk mengoreng secukupnya.
4. Masukkan nozel besar bentuk bintang dalam paiping bag, gunting sikit hujung plastik, kemudian masukkan doh dan picit dalam minyak panas angaran 2 inci, guna gunting untuk potong dan masak hingga perang sambil dibalik selalu, angkat dan toskan.
5. Ayak gula+serbuk kayu manis secukupnya atau biar kosong jika nak cicah coklat cair/sirap
6. Untuk coklat tu boleh cairkan sedikit coklat masakan (maz masuk dalam microwave je dalam 1 minit) atau secara double boil, kemudian sebatikan dengan 1-2 sudu besar susu segar atau whipping cream atau boleh guna coklat sirap.

memang ralik jgk dibuatnya, skjap je licin pingan tu..ada plak kopi O panas deh..snak yg sesuai utk dinikmati bila2 masa..

klu abangngah tgk ni sure suruh buat plak, sejuk2 ni memang asik lapar je..klu xde menda utk alas perut mlm ni bleh la menchurros plak..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...