Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, December 22, 2011

Fruit Pizza

Assalamualaikum..pestime buat pza versi buah ni..tpi 1 je leh ckpp..sdppp weii..pnuh2 mulut mkn pza buah ni..tmbah ada cheese nga honey plak..lgi la dapppp..sbnarnya trjdinya pza ni kes nk ngabiskan buah..jdi buat pza je la..guna spruh dri doh utk fresh cream tuu..memang bncuh lebih utk pza ni..senang dan cpatt..kita ni bknnya rjin sngat sbnarnya..hahaa..hbis rspi pau dibelasah wak mcm2 la plak..

dah ngap pun nk posing jgkk..tkpe la ye..ni kira pza seimbang..body leh dpt lemak tepu dri cheese dan vtamin dri buahan..hehee..

Fruit Pizza by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan ( 2 biji pizza )

  • 1 1/4 tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok
  • 110ml air sedikit suam
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • cheese utk sapu pada roti secukupnya, suhu bilik (spreadable cheese)- maz guna La Vache qui rit
  • buahan segar secukupnya - maz guna strawberi dan kiwi
  • madu secukupnya

Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.

2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.

3. Satukan tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.

4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.

5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.

6. Tumbuk-tumbuk sikit bagi keluar angin. Canai nipis dan masukkan dalam loyang. Rehatkan dalam 10-15 minit dan boleh la dibakar dengan suhu 170 C dengan oven yang telah dipanaskan dahulu selama 10 minit. Bakar selama 18-20 minit atau sehingga berwarna keperangan.

7. Keluarkan dari loyang, sapu cheese secukupnya, kemudian tuang madu atas cheese dan taburkan buahan. Akhir sekali letak madu lagi atas buahan. Sedia untuk dinikmati. Boleh juga makan dengan ais krim.

sblum letak buah..kita sapu cheese dlu atas piza tu..pastu tuang honey dan bru tabur buah..jdi xde la trasa masam buah sngat..memang enakk sklii..

8 comments:

  1. salam kak maz..amboi sekang enjin laju yer...mcm2 update..tak dan nk kejarrr

    ReplyDelete
  2. Salam Maz,
    Kat sini tengah mendung, kalau dapat sepotong pizza ni kan ke best

    ReplyDelete
  3. As Salam Maz, aduhhhh jelitanya pizza buah2an mu itu...tergoda akak, cam terasa2 je kat ujung lidah nih....kecur ayaq liur ni haaaaaa, camno ni

    ReplyDelete
  4. Assalam kak maz,adeiiii byk nyer buah2 segar,terliurnyer nengok piza buah akak,sure sedap nih,ngan cis bagai..Adeiii kak maz,da lagi x tu..

    ReplyDelete
  5. wah..nampak sangat cantik & menyelerakan..huhu

    ReplyDelete
  6. aslmkum maz.. trlmbt sampai ni.. ada lagi ke.. sedapnya dapat mengunyah buah2an yg segar ..

    ReplyDelete
  7. maz~my friends..
    mksih pda kwn2 sdi luangkan msa dtg jauh2 jnguk pza buah kita ni..tpi wpun pstime mrasa pza jnis ni..kita suke la plak..sdpppp..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...