Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, December 14, 2011

Rendang Ayam


Assalamualaikum..bru kluar mnu ayamm..rendang ni srpan nga plut kning kukus 2 mngu lepas lgii..skli skala layan mnu mcm ni rsa kemas prutt..hehee..pastu bila prut dh pnuh mula la cri bntall..tmbah nga cuaca dingin2 nii..asik nk lelap je mata ni..rspi xde yg specil..sma cam yg duk buat dedulu..xleh nk tukar2 sngat rspi..nti ada plak yg xmkn..cuma kita klu buat rndang memang buh daun limau prutt..suka sngat nga baunya..kat sini pun ada..tpi versi dging..

plutnya pucat la plakk..xckup knyit..tkpe la janji hbiss kan..tpi klu buat utk mjlis2 wjib kena tgur plut wrna mcm ni..

Rendang Daging by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam saiz kecil - dipotong saiz sederhana
  • 2-3 cawan santan
  • 3 sudu besar cili kisar - rebus cili kering dan kisar @ 6-10 tangkai cili kering, rendam sekejap dalam air panas dan kisar bersama bahan yang bertanda *
  • 2 sudu besar kerisik
  • 5 ulas bawang merah *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 3 biji cili padi merah (boleh kurang atau tambah) *
  • 2 batang serai - dimayang *
  • sedikit gula melaka  - maz guna nesan keping kelantan
  • 1 helai daun kunyit - dimayang halus
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 1 keping asam keping
  • garam dan gula secukup rasa

Cara

1. Kisar hingga lumat bahan yang bertanda * bersama sedikit santan.

2. Dalam periuk, masukkan ayam, bahan yang dikisar, santan, cili kisar dan asam keping. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan kerisik, daun limau purut dan gula keping/gula melaka dan kacau selalu agar tidak berkerak.

3. Perasakan secukup rasa dan masak sehingga kuah tinggal separuh. Kemudian masukkan daun kunyit dan kacau balikkan agar sekata.

5. Masak sehingga kuah hampir kering. Boleh la dihidangkan - maz makan dengan pulut kuning

buat basah2 gituw senang nk sapu nga plutt..hehee..

11 comments:

  1. Salam Maz,
    Waaa minggu ni minggu pulut la yer, tadi baru aja nampak kat rumah Ros pulut dgn ayam goreng, kat sini lak pulut dgn rendang, pergghhhhh sabo aja la..

    ReplyDelete
  2. wahh ada rendang ayam kat sini...sedapnya patutla bau harum jer daun limau purut tu..rupanya ada dlm rendang akak ke? hehe

    Kak Maz, fb dah tak aktif ke?lama tak borak kat fb.:)

    ReplyDelete
  3. salam maz
    aduh sedapnya makan rendang dgn pulut..rasa nak buat je..tengoklah sehari dua ni..kalau rajin nak buat jugak..minggu depan anak2 cuti panjang sempena krismas..menu ni pasti ada atas meja nanti..
    maceh for the idea ya maz..:)

    ReplyDelete
  4. aduiii sedapnya kak maz..saya dari kecik2 memang suka makan pulut dan rendang...rasa nak makan la pulak pulut kuning nih..haisshhhh....

    ReplyDelete
  5. salam kak maz..

    apa khabar? lama tak singgah sini sejak kak maz sunyi sepi seketika....

    ReplyDelete
  6. Weeeeh kejinya mokcik sorang nih...tayang pulut siap dgn rendang...teringat2 makan pulut kuning maz hari tuh....tp kalau dpt rendang ayam ni lg best kan...next round buatkan rendang ayam darooo tuk akak eh...hahahhaa

    ReplyDelete
  7. alamak..sedapnya rendang ayam mkn ngan pulut
    kite mmg dok giler pulut skang ni..heheheheh

    ReplyDelete
  8. Mak oii...rengang kak Maz mengancam...laponyee perut nie..huhu

    ReplyDelete
  9. salam Maz, adushhh enak banget nampak pulut kuning dgn rendang ayam tu....terliur sudah akak, camne ni?

    ReplyDelete
  10. salam Maz, adushhh enak banget nampak pulut kuning dgn rendang ayam tu....terliur sudah akak, camne ni?

    ReplyDelete
  11. maz~my friends..
    mksih atas knjungan semua jnguk rndang ayam kita ni..skli skala mkn mcm ni cdppnyeee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...