Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, December 15, 2011

Shrimp Scampi Pasta

Assalamualikum..ni btul2 mnu last minit..memula rsa mcm xnk msk..ingat nk mkn kat luar je sbb dh thu hri tu nk kluar p bli brang dpur lepas isyak nti..sni skrang isyak pkul 6.20 ptg..tpi rsa xsmpai ati la plak bila suami blik keje xde benda nk mkn..sni gomen ofis hbis pkul 3..jdi msuk la dpur jgk..udg skjap je lembut..rndam air sat dh bleh guna kan..apa lagi brtukang la kat dpur..elok2 je suami msuk umah..kita pun dh siap posing cik udg nga pasta ni..hehee..dlm msa 30 minit siappp pasta scampi ni..lgipun pasta memang cpat dan senang nk buat kan..

skali skala buat sos bolognese..sedapp weiii..

Shrimp Scampi Pasta by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-banan

  • 1/2 bungkus spaghetti @ boleg guna pasta jenis lain
  • 20 ekor udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggalkan ekor - belah belakang (scampi)
  • 1 biji buah tomato - didadu
  • 1/2 biji bawang besar - didadu
  • 1 ulas bawang putih - dicincang
  • 1/2 cawan sos spaghetti - maz guna jenama kimball @ boleh guna tomato paste/puri
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit daun parsley - dicincang
  • 2-3 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 1-2 cawan air rebusan udang - maz rebus je kulit udang
  • sedikit kiub/serbuk pati ayam/daging sebagai perasa
  • sedikit gula (nak bagi imbang rasa masam) - jika suka
Cara

1. Dalam periuk, didihkan air kemudian masukkan sedikit garam dan minyak. Masukkan spaghetti/pasta dan rebus sehingga spaghetti lembut (dalam 20 minit), kemudian toskan.

2. Disamping tu, sediakan sos shrimp scampi pula. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang besar dan bawang putih, masak sehingga bawang sedikit layu. Kemudian masukkan buah tomato dan masak seketika.

3. Masukkan sos spaghetti dan air rebusan kulit udang secukupnya (agak-agak la ye), kacau sebati. Masukkan daun parsley dan udang. Balik-balikkan agar udang masak sekata. Masukkan sedikit serbuk lada hitam, kemudian perasakan secukup rasa dengan sedikit gula, kiub pati daging/ayam. Masak seketika biar semua sebati dan sos sedikit pekat.

4. Boleh la dihidang dengan spaghetti yang telah siap direbus tadi.

mcm biasa xde yg membazirr..org kat sni mkn xmemilih..apa yg ada boleh ajee..suami la tukang habiss kan..tu yg best nk msk2 kat sni ni..suami la food tester kita...

13 comments:

  1. Salam Maz

    kalo masak tak bazir...suka kita..esp kalo ada food tester..apa2 kita masak sumer licin :) anyway, this looks good..tgk tu cik udang berposing sakan:)

    ReplyDelete
  2. Hem...no doubt about pasta & shrimp scampi memang a good combinations

    ReplyDelete
  3. waduh! cukup enak banget nih! seksi udang tu berposing ye Maz.

    ReplyDelete
  4. Assalam maz, wah!! akak tengok udang tu melengkar tunggang terbalik rasa nak capai aje sepinggan tau..boleh masuk list ni maz..thanks dear for sharing..

    ReplyDelete
  5. salam maz...mmg mnyelerakan sungguh....ada lg tak? hihihi

    ReplyDelete
  6. salam kak...

    dari tadi dok tengok je....

    ReplyDelete
  7. rosesleo09 aka hanim

    tak tahannya tengok udang tu duk posing atas pasta. emmm ... yummy yummy ........

    ReplyDelete
  8. SALAM MAZ..UMAH K.ATIE XPERNAH NAIK PASTA/SPAGETHI NIH :D...Bkn apa kang beli takut xmkn lak..tp nk cuba gak lar...
    terima kasih atas wish besday tuk k.atie yer.muahhhhh

    ReplyDelete
  9. Salam singgah. Wah menarik resepi disini esp photoshot makanan yg diambil. Jemput singgah ke blog chef k.... http://studiomasakanchefhussin.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Salam kak Maz,
    Saya pun suka buat pasta ni kalau nak cepat. Memang sekejap je boleh siap. hehe

    ReplyDelete
  11. Salam Maz,
    Sedapnya nampak shrimp pasta tu, nak rasa sikit boleh

    ReplyDelete
  12. maz~my friends..
    mksih ye sdi sngah n tngalkan sweet komen utk pasta kita ni..tpi memang cdppp...nk buat pun skjap jee..

    ReplyDelete
  13. Assalam sis maz. We dont know each other. But as if i ve known you by all yr marvelous cooking. dah cuba beberapa resepi and wow sedap. Akak Mohon izin share resepi sis di page koleksi masakan akak. Mohon diberi keizinan dan halalkan ye.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...