Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, March 13, 2014

Tandoori Chicken

Assalamualaikum w.b.t...Allahuakbar..Allahukabar...Allahuakbar..Subhaanallah Wabihamdihi... Subhaanallahhil 'azhiim...Ya Allah ampunilah dosa kami...dosa ayah dan ibu...dosa adik beradik kami...dosa saudara mara...dosa sahabat kami dan umat islam seluruhnya samada yg telah mati ataupun yg masih hidup...Ya Allah jauhilah kami dri kemungkaran dan kurniakan lah kami hidayahMu yg berpanjangan...prmudahkan urusan kami utk MH370...Amiin Ya Rabbil Alamin...brtemu skli lgi dan selamat berpuasa pada yg mengerjakan puasa sunat hri ni...Alhamdulillah atas segala nikmatNya...sekli lgi trima kasih pada yg sdi singgah dpur yg xseberapa ni...mohon maaf atas segala kekurangan...sesungguhnya yg sempurna itu adalah dariNya...semoga jumpa lagi...insyaa Allah...selamat memasak utk semua dan samalah kita mulakan dgn kalimah Bismillah dgn niat kerana Allah s.w.t...semoga penat lelah kita mendapat ganjaran driNya...
slalu jgk la duk bli ayam tandoori ni klu hri mnggu tu...ada 2 jnis...klu bli kat restoran arab namanya grill chicken...klu restoren india tu bru dipangil tandoori...tpi yg biasa duk bli kat kedai arab mohd bukhary yg memang pemes la kat sni...memang sdppp...kononnya nk tiru yg bukhary la ni...adoiii...pantang mkn je..msti nk try buat sdrii...tpi memang kan...kdang2 tu dtg keinginan mcm tu...nk cuba cabar dri ni...wpun xsama 100% tpi ada lah jgk rasa ayam bakar tu...dan yg best ayam grill kat sni smuanya kecik2...bwah 1kg...yg maz guna ni pun ayamnya berat 800g je...sbb memang banyk ayam mentah yg dijual tu saiz kecik2...sedapp mknn...

Tandoori Chicken by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (resipi anggaran)
  • 1 ekor ayam - dikerat 4 dan buang semua kulit (maz guna ayam kecik 800g)
  • 2 sudu besar yogurt asli
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk garam masala
  • sedikit garam dan gula (maz guna gula perang)
  • sedikit pewarna merah
  • sedikit daun ketumbar, bawang besar dan lemon/limau nipis
Cara

1. Ayam yang telah dibersihkan dikelar sikit dan toskan.
2. Satukan semua bahan kecuali bahan terakhir, kacau sebati. Kemudian lumurkan pada seluruh ayam dan perap selama semalaman (maz perap malam tghari esok bakar).
3. Panaskan oven suhu 200 C dan bakar selama 30 minit, kemudian balikkan ayam dan bakar lagi selama 10-15 minit lagi.(maz guna penyucuk besi utk bakar, senang nak balik ayam, pusing je besi tu).
4. Bolehlah dihidang dengan roti naan dan sebagainya ikut selera dan hias sikit dengan daun ketumbar, bawang besar dan limau perah masa nak makan.
5. Maz juga buat cucumber salad (timun,tomato,bawang besar - dadu sama saiz dan gaul dengan yogurt asli, perasa dengan sedikit garam...sedapp layan dengan ayam tandoori).

rspi ni main hentam je amik dri program Guy Fieri yg host Diners, Drive-Ins & Dives (3D) yg dia g mkn kat restoran2 tu...program 3D ni tukang masak restoran yg dia pergi tu akan tnjuk cara nk sdiakan utk stiap mknan yg popular kat kedai tu...jdi dri stu lah maz amik rspi ni...cuma ubah skit2 je ikut apa bhn yg ada...pastu mkn bersama cucumber salad...jdi xde la rsa kering sngat kan...Alhamdulillah semua dgn izinNya...

2 comments:

  1. Salam dek maz.. apa khbr dinda.. dah ada di sana yee..semoga sihat dinegeri org, fulamak mmg terancam laa merah cantik ayam tuuu maz...

    ReplyDelete
  2. Wsalam kakkk...Alhamdulillah sihat smua adinda kat sni...jazakillahukhairan kak sdi singah tnya kbar maz kat sni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...