Saturday, April 30, 2016

Chicken Salad..Menu Plan Diet Cara Atkins

Assalamualaikum w.b.t.
'SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, AllahuAkbar 33x, La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa `ala kul'li shai’in qadir 1x', zikir selepas solat fardhu (Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang membacanya selepas solat fardu, akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih dilautan - Hadith Muslim), sama2 kita amalkan, semoga Allah SWT accept our good deeds, forgive our sins, our parents and bless us with His mercy, Ameen.
bru ada kelapangan nk duk depan lappy, klu hri minggu biasanya gitu la..memang xlekat kat rmah, ye la nk jgk amik angin luar kan! klu hri keje tu xde org nk bawa jln la plak, ok la layan menu diet lgi..salad ni sbnarnya time xberdiet pun selalu buat..memlm biasanya mkn salad gini la dgn suami, ada fews lgi menu diet dlm folder tu..tinggal menu diet je la, tuannya dh terbabas hbis segala diet..dugaan jgk nk berdiet ni deh! selamat bercuti 1 Mei, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

CHICKEN SALAD by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 keping isi ayam
  • sedikit mayonis
  • sedikit susu segar
  • lettuce secukupnya
  • lobak merah - sagat kasar
  • tomato ceri
  • lada benggala hijau
  • timun jepun
  • buah zaitun hitam
  • sedikit garam
  • sedikit extra virgin minyak zaitun
Cara

1. Lumur ayam dengan sedikit garam dan secubit gula, panaskan kuali non-stick.
2. Letak ayam, masak biar sedikit perang dikedua bahagian, angkat dan koyak-koyak dagingnya.
3. Gaul daging ayam dengan mayonis, secubit garam dan susu segar.
4. Satukan semua jenis sayur, gaul bersama daging ayam tadi dan tuang sedikit minyak zaitun, sedia untuk dihidang.
Nota ilhamdapur : semua sayuran tu biar dari peti, baru dapat menikmati salad segar.

biasa tuang thousand island je, ni letak isi ayam yg dicampur dgn mayonis..nk bgi kemas sikit perut, sedap salad segar gini..rangup.. 

Thursday, April 28, 2016

Sotong Masak Daun Ketumbar

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah, pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca 7x selepas solat subuh sebaik saja bagi salam..semoga Allah Almighty terima all our doa and shower His mercy, Ameen
kembali dgn lauk yg dh sbln lebih jgk ni kejdiannya, utk tghri ni xde plan lgi nk msak apa..sni masih awal lgi, bru pkul 8..bekpes satni mkn sosej 1 dgn air nescafe sikit, masih berdiet lgi la wpun diet xikut peraturan yg betul..kontrol jgk la mkn klu kat rmah tu, ok la selain daun limau purut..maz suka jgk dgn daun ketumbar, kira fanatik jgk la dgn daun ketumbar ni..suka baunya, buat ulam mkn nasi pun sedap tau..biasanya klu sotong ni duk buat masak sambal, ubah selera la skit dri gaya msak yg biasa..goreng dgn daun ketumbar plak, ala2 masakan siam..lauk ringkas yg sedap! sotong pun besar2 jgk, klu bakar pun sedap kan sotong besar ni..beli kat pasaraya yg dh siap dlm paket, tapi sotong frozen la..dh berbln jgk xpergi pasar basah, duk beli kat pasaraya je..terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik ni, semoga ada yg dpt dimanafaat bersama dan mohon maaf atas kekurangan yg ada, Inysaa Allah jmpa lagi..

SOTONG MASAK DAUN KETUMBAR by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g sotong
  • 1/2 labu bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 2 cm hiris halia *
  • 1/2 labu bawang besar - hiris 
  • 2 biji cili padi - ketuk
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2-3 pokok daun ketumbar - cincang kasar
  • sedikit kicap ikan/nampla
  • sedikit kicap manis
  • sedikit gula, aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Cuci sotong dan buang semua kulit, potong saiz sederhana (maz guna sotong agak besar jugak), toskan.
2. Tumbuk lumat semua bahan bertanda *, panaskan minyak secukupnya, masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan sotong dan cili padi, kacau balik biar sotong bertukar warna, masukkan sos tiram, sedikit kicap manis (untuk gelapkan kuah), kicap ikan, sedikit air, gula dan aji.
4. Masukkan bawang besar dan daun ketumbar cincang, masak sekejap lagi.

sedap bila kunyah daun ketumbar tu, wanginya semerbak..layan dgn nasi panas2 memang sedap! klu ada plak sambal belacan lgi la kan..bleh jgk klu nk masuk sayur jagung muda atau lobak merah ke..

Wednesday, April 27, 2016

Bersama SAJI Edisi Mei Dengan Tema Fusion

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah diberi peluang skli lagi oleh pihak majalah SAJI utk ilhamdapur berkongsi resipi bersama pembacanya, 10 resipi semuanya utk tema Fusion kli ni..terima kasih pada Editornya, Along sudi lamar blog yg xseberapa ni utk menghiasi sebahagian dri ruangan resipi SAJI bln Mei, antara resipi yg menarik adalah Akok Roti, tpi rsanya seakan akok biasa, Mee Kari Daun Limau Purut dan beberapa menu baru lain yg belum pernah letak kat blog..dptkan senaskah Saji Mei ni ye sbb bnyk resepi2 menarik, fusion ni menu gabungan 2 budaya..masakan melayu yg dimasukkan unsur2 barat atau dgn kata lain menu melayu yg diomputikan..

salah 1 resipi yg dimuat dlm SAJI Mei ni..simple dan sedap, salad segar yg rangup diganding dgn udang dan serunding kelapa yg lemak, abangngah dgn babanya mkn berebut2..sedap katanya..

ni bingka roti, tpi rsanya seakn cheese cake pun ada sbb masuk putih telur yang dipukul hingga kental dan dibakar secara steambath, 1 lagi hasil bereksperimen dgn roti..

eskrim nostalgia masa zaman skolah rendah dlu, blik skolah slalu la beli eskrim ni kat warung makcik tu..memang sedap sungguh! aiskrim santan bersama roti, kacang tanah dan pulut..ni pun dh lama la kejdiannya, sbb 2 bln sblum keluar dalam majalah dh kena hntar resipi2 kat editornya..

Sup Kambing (Indian Style)..Menu Plan Diet Cara Atkins

Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' (Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat yang telah dijanjikan syurga. 
apa kbar semua, balik dgn menu diet..sup pun kerap jgk la duk buat sbb suami memang suka hirup jenis kuah2 gini..kli ni try buat lain skit dri sup yg biasa duk msak, sup kambing ala india..masuk rempah serbuk dan xguna rempah sup bunjut, wangi semerbak..terasa rempahnya, sedapp la! klu nk mkn dgn nasi pun bleh..jenis berdiet on wdays je, klu hri minggu tu memang sah terbabasnya, sbb xlekat kat rmah..dgn donat la, eskrimnya, fastdood..adoiii! tu yg lambat nk dpt archive target..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada..

SUP KAMBING (INDIAN STYLE) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing dengan tulang
  • 1 labu bawang besar bombay - cincang
  • 1 ulas bawang putih  - tumbuk lumat
  • 1/2 inci halia - tumbuk lumat
  • 1 biji tomato - cincang
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu kecil jintan manis (fennel seed)
  • 2 helai daun bay
  • 2 biji cili hijau - potong
  • 1 biji lada benggala (capsikum)
  • 1 kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • garam dan gula
  • sedikit minyak sayur untuk menumis
Cara

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk tekanan (kalau nak guna periuk biasa pun boleh), masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan daun bay, tumis sekejap.
2. Masukkan bawang besar, masak biar bawang lembut dan naik bau, kemudian masukkan halia dan bawang putih, masuk serbuk ketumbar dan jintan manis, tumis sekejap.
3. Masukkan kambing, tomato dan cili, masak sekejap biar daging sebati dengan bahan rempah dan keluar air.
4. Masukkan air secukupnya (ikut selera la ye nak sup cair atau pekat sikit), garam dan gula, tutup periuk dengan sempurna dan masak dengan api perlahan selama 30 minit.
5. Padamkan api, buka periuk tekanan dan masukkan lada benggala, masak sekejap lagi dalam 5 minit biar sayur lembut.

sayur tu main buh je apa stok yg ada, sedap plak letak lada benggala hirup skli dgn kuah..pastu saja masak biar lembik skit sayur tu..

Tuesday, April 26, 2016

Fish N Chips

Assalamualaikum w.b.t
'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), semoga Allah SWT guide us to the straight path, Ameen. 
bertemu skli lgi, tuan dapur ni rsa berat je mood plak pgi ni nk buat keje..cuci mata dgn fish n chips ni a dlu deh! xde idea plak nk mengarang panjang2, ni pun kejadian sblum berdiet..snak yg bleh kata kerap jgk duk buat, mudah dan sedap..maz guna hamour fillet atau filet ikan kerapu..sni ikan kerapu yg besar2 pun bnyk, klu kat pasar memang dijual yg dh siap potong atau fillet..klu ikan dorry yg jual frozen kat pasaraya tu tekak ni xbleh nk terima la plak, pernah la masa kat Msia dlu beli skli..pas dh defrost lembik dan bau semcm je, terus jdi rezeki tong sampah..kat sni pun ada ikan dorry frozen, tpi xpernah beli lgi la stakat ni..utk batter tu masih setia dgn rspi yg duk guna sblum, susu segar klu xnak masuk pun takpe..guna air sejuk peti je smua, tetap rangup..semoga jumpa lagi dan maaf atas silap yg ada..

FISH N CHIPS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 4 keping hammour fillet/isi ikan kerapu (gambar ikan kat sini)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan allpurpose flour
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 50ml susu segar - option
  • 1/4 sudu kecil yis kering, mauripan dll - bancuh dengan 1 sudu besar sir suam
  • sedikit onion powder - option
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna kuning
  • air sejuk peti secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
  • sos pilihan - maz buat mayo garlic sos - bancuh mayonis+sedikit susu segar, mentega cair+1 ulas bawang putih, tumbuk lumat dan secubit garam.
Cara

1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, masukkan susu segar, yis, air dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair, biar boleh salut ikan), kalau tak masuk susu segar, guna air sejuk peti semua.
2. Tabur sedikit serbuk lada hitam pada ikan.
3. Panaskan minyak secukupnya, celupkan ikan dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian, angkat dan toskan, sedia untuk dinikmati bersama, kentang goreng dan sos pilihan.

yg buat sdrik lgi puas hati, dgn sangup dan terasa ikan fresh..prnah la beli skli kat restoran yg specialtynya fish n chips, kira pemes la kedai tu..tpi frustnya dia guna breadcrumbs utk salut ikan, xguna batter..pastu ikan pun nipisnya..

Monday, April 25, 2016

Telur Puyuh Masak Rebung

Assalamualaikum w.b.t
'Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku', sebahagian dri khutbah terakhir Khalil Allah, junjungan yg amat kita kasihi Rasulullah saw pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah, di ARAFAH, semoga Allah swt guide us to the straight path, Ameen. 
pgi ni bkn menu diet la, selang seli deh! ada lgi menu diet dlm folder tu, nti sambung blik..ni lauk sblum diet lgi, cuma baru nk update..biasa la dapur ni peram2 tu, satu hritu tetiba rsa teringin nk mkn telur puyuh, jenuh jgk la mencrinya sbb sni telur puyuh payah..klu burung puyuh senang plak, biasanya klu telur puyuh ni buat sambal nasi lomak je..tukar selera msak dgn rebung la plak, pastu gulai masuk daun limau purut..semerbak aromanya, rebung tu maz guna rebung tin je..lgi senang la sbb xde bau busuk mcm rebung jeruk tu..suami pun kata sedap rebung tin ni, pestime beli rebung tin..maz memang jarang sangat2 msak rebung ni sbb xtahan dgn baunya tu, klu rebung jeruk la..rebung segar msa kat kmpung dulu bonda selalu jgk msak lemak putih dgn pucuk midin atau pucuk belalai gajah yg org buat ubat tu..memang sedapp! dlu buluh bnyk jgk belakang rmah bonda, skrang ni susah dh la..dh xde hutan, Inysaa Allah jmpa lagi dan maaf atas yg tidak sempurna..

TELUR PUYUH MASAK REBUNG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 20 biji telur puyuh rebus
  • 3 cawan santan
  • 4 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 2 biji cili merah *
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 biji cili padi
  • 1 mangkuk rebung - maz guna rebus tin
  • garam, gula dan aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Tumbuk lumat atau kisar kering semua bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar biar naik bau, kemudian masukkan cili kisar, tumis lagi.
3. Masukkan santan, asam keping, cili padi, daun limau purut dan masak hingga mendidih sambil dikacau selalu.
4. Masukkan rebung, telur puyuh dan perasa secukup rasa, masak seketika lagi biar sebati dengan kuah.

ada plak ikan masin atau ikan goreng deh! tu la yg dh kena berdiet ni, memang bahaya la klu msak lauk2 gini..terbabas habis, kuah tu agak terpekat skit..

Friday, April 22, 2016

Bening Kunyit Ayam & Kangkung..Menu Plan Diet Cara Atkins

 Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10), Ameen.
bertemu skli lgi dipagi jumaat yg barakah, skrang ni pkul 5 tu dh terbit matahari..nak masuk musim panas ni siang panjang, dlm puasa nati pkul 3 tu dh masuk waktu subuh..ok la lagi dgn menu diet, mungkin bleh bagi idea pada yg ada plan xnk mkn nasi utk 2 minggu..selain dri ayam dan ikan goreng..kerap jgk duk buat sayur rebus gini, memang sedap la hirup yg panas2 tu..masa mkn tu ckp kat suami, klu ada ikan masin dgn nasi putih ni, sedapnya! tpi diet punya pasal, no nasi..kena meratah je la..tu yg maz letak kangkung skli, tapi serius sedap la! menu kampung gini mkn hri2 pun tkpe deh! xmuak, selamat berhujung minggu..maaf atas segala kekurangan yg ada dan Inysaa Allah jumpa lagi..

BENING KUNYIT AYAM & KANGKUNG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2kg ayam - potong saiz sederhana
  • 1 ikat kangkung 
  • 2 ulas bawang merah *
  • 3cm kunyit hidup *
  • 1/2 biji cili merah *
  • 3 biji cili padi merah
  • garam, gula dan sedikit aji jika suka @ serbuk pati
Cara
1. Tumbuk lumat bahan bertanda *.
2. Dalam periuk, masukkan air secukupnya, bahan tumbuk, cili padi dan ayam, masak biar mendidih lama sikit hingga ayam lembut, perasa secukup rasa.
3. Masukkan kangkung, masak sekejap je sekadar sayur layu, padamkan api.

nostalgia klu kat kampung dulu, bonda biasa masak betik muda gini..sedapnya dgn betik lembut dan ada rasa manis2 sikit, pasangannya ikan masin atau ikan goreng..walaa, sedap sungguh mkn nasi...

Thursday, April 21, 2016

Bawal Bawang Goreng..Menu Plan Diet Cara Atkins

Assalamualaikum w.b.t
'Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku', sebahagian dri khutbah terakhir Khalil Allah, junjungan yg amat kita kasihi Rasulullah saw pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah, di ARAFAH, semoga Allah swt guide us to the straight path, Ameen.
apa kbar semua, mendung je cuaca pagi ni..menu diet la plak! sbnarnya dh sbln lebih jgk duk berdiet 1 klrga..cuma diet xmkn nasi je masa tu, menda lain semua mkn, pastu la bru nk cuba diet cara Atkins ni..tu pun diet on wdays je, klu hri minggu tu terbang ke laut hindi la segala diet sbb xlekat kat rmah..mna tahan dgn bau dan makanan depan mata kan! memang tergugat sungguh..bawal ni mknan utk diet cara Atkins, ratah je la sbb diet Atkins NO carbo dan gula..xbleh amik nasi, roti, bihoon atau semua jenis yg bertepung termasuk kuih muih dan seangkatannya selama 2 MINGGU saja..xlama pun kan, tu pun kami xleh nk disiplin jgk..diet suka suki je la, tpi tetap bergerak jgk la weight scale tu wpun skit2..memang kena kuat semangat klu nk diet ni, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas silap yg ada..

BAWAL BAWANG GORENG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan bawal - kerat 2
  • 5 ulas bawang puith - hiris nipis
  • 6 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 1 biji cili hijau/cili padi
  • 1 sudu besar cili kisar
  • secubit gula
Cara

1. Lumur ikan dengan sedikit garam kunyit, goreng seperti biasa biar garing sikit.
2. Dengan kuali lain, panaskan minyak secukupnya, goreng 2 jenis bawang hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Dengan kuali yang sama, tinggal minyak dalam 1 sudu besar, tumis cili kisar sekejap, masukkan gula dan cili hijau.
4. Masukkan bawang goreng, padamkan api, tuang atas ikan goreng tadi.

menu diet yg paling kerap duk mkn ayam goreng, atau sup ayam..jdi ikan ni saja buat lain skit dri goreng kunyit biasa, nk ada rsa sedap jgk wpun diet! tpi klu dpt dgn nasi panas lgi la sdp, dgn bawang yg garing ala2 sambal gitu..

Wednesday, April 20, 2016

Swedish Meatballs Ala Ikea Lagi Dengan Sos Cara Mudah

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah, pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca selepas solat subuh sebaik saja bagi salam..semoga Allah Almighty terima all our doa and shower His mercy, Ameen.
lama jgk dh xupdate meatball pabret anak2 ni, ada jgk duk buat 3-4x dh cuma xsnap je..klu lama xbuat mesti yg bongsu tnya, biasanya klu beli daging kisar tu memang utk buat meatball atau pasta..kli ni maz buat versi mudah je utk gravy tu, hanya guna serbuk mushroom sup yg dlm paket tu..pastu bancuh dgn susu segar, masuk sos tiram sikit, kicap..tpi rasanya seakan sos ikea dh, sedap! ptg2 klu dpt sepinggan sedapnya deh, meatball ni pun kejadian dh sbln..biasa la kena peram dulu dlm folder tu, Insyaa Allah sampai jumpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada..

SWEDISH MEATBALLS ALA IKEA LAGI & SOS CARA MUDAH  by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g daging kisar segar - bukan yg sejuk beku ye
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/2 labu bawang besar bombay - cincang
  • 1/4 cawan serbuk roti - maz buat sendiri, buh roti keping dlm oven pastu kisar @ guna toaster
  • 1/4 susu segar
  • 1/2 sudu besar serbuk sup cendawan - vono, maggie dll - option @ serbuk pati 
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nugmeg)
  • 1/2 sudu kecil serbuka lada hitam
  • sedikit garam
Cara

1. Panaskan mentega, masukkan bawang dan goreng seketika hingga bawang sedikit lembut (2-3 minit), padamkan api.
2. Dalam mangkuk, masukkan bawang goreng, susu segar dan semua bahan lain kecuali daging, kacau sebati, kemudian masukkan daging dan gaul, ramas biar sebati (maz guna tangan).
3. Perap dalam peti selama 2 jam atau lebih, bulatkan dan susun dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega.
4. Masukkan dalam oven selama 18-20 minit dengan suhu 170 C, panaskan dulu oven 10 minit sebelum guna.

Sos (gravy) - boleh buat awal
  • 200ml susu segar
  • 1-2 sudu besar serbuk cendawan dalam pekat - maz guna maggie
  • 1/2 sudu besar sos tiram @ secukupnya
  • secubit gula
  • sedikit kicap manis - utk gelapkan warna sos & pewarna coklat
Cara

1. Dalam periuk, satukan susu segar dan serbuk cendawan, kacau sebati agar tidak berketul.
2. Masak sambil dikacau selalu dengan api sederhana, masukkan semua bahan lain dan perasa secukup rasa biar ada rasa seakan sos meatball ikea, boleh tambah apa yang kurang (sebenarnya maz tak sukat pun, main tuang gituw je), masak biar sos jadi sedikit pekat, kalau rasa pekat sangat boleh tambah susu segar.
3. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati bersama bebola daging yang dah siap tadi, lingonberi jam dan kentang goreng atau kentang putar.

kat rmah ni klu dpt tiap2 minggu pun tkpe meatball ni, sni xde ikea..kena la buat sdrik, tpi nk buat mudah sangat je kan! tmbah sos versi segera plak, maz guna daging kisar segar sbb kat sni stok daging mudah sangat..

Tuesday, April 19, 2016

Che Thai (Vietnamese Coconut Milk Fruit Dessert) With Sago

Assalamualaikum w.b.t
'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit selagi bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni 3x pagi dan 3x petang, Sunnah Rasulullah saw..semoga Allah swt protect us, our families and always keep us safe, Ameen.
layan dessert la plak, adik beradik es teller jgk ni..cuma ni guna santan, versi vietnam atau thai..yg maz pernah mkn versi thai kat restoran Jaring dibandar sunway, klu versi thai masuk kelapa muda, nangka dan jgk sengkuang cina kecik2 yg digaul dgn tepung ubi warna merah atau hijau dan direbus..cuma yg vietnam ni selain dri buahan biasanya masuk agar2 atau jelly warna warni, tpi maz letak sagu sbb nak mkn lagi sedapp! memang xckup semangkuk, kat rumah ni klu dessert jenis buah gini memang dpt sambutan..suami pun mkn bertambah2, memang sedap..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

nak buat pun semudah ABC org kata, cuma kena kacau sagu je la dlu..maz rekmen letak sagu, memang sedap sungguh! kena dgn santan tu..

CHE THAI (VIETNAMESE COCONUT MILK FRUIT DESSERTS) WITH SAGO by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2 cawan sagu kecil - cuci, toskan
  • 1 1/2  cawan air @ secukupnya
  • 300ml santan
  • 1/2 cawan gula @ secukupnya
  • 1 helai daun pandan
  • 1/8 sudu kecil garam
  • buah laici, buah koktail, buah kabung - maz guna kabung dalam sirap
  • ketulan ais
Cara

1. Rebus air hingga mendidih, masukkan sagu dan masak hingga sagu kembang sepenuhnya (bertukar jadi warna jernih) sambil dikacau sekali sekala, boleh tambah air jika perlu.
2. Basahkan sikit loyang atau bekas, tuang sagu dan sejukkan sepenuhnya.
3. Satukan santan, gula, daun pandan dan garam, masak sekejap dengan api kecil sambil dikacau selalu, jangan sampai mendidih ye, suaikan manis ikut citarasa.
4. Bila nak hidang, masukkan semua jenis buah, sagu, santan dan sedikit ketulan ais.

Nota ilhamdapur : boleh juga guna buah nangka segar/tin, longan dan nata de coca, sagu tu nak potong dadu pun boleh, maz guna hujung sudu je.

bleh buat sbgai juadah berbuka puasa, sesuai sangat ni sbgai penyejuk tekak..hbis semangkuk bleh kenyang sbb ada sagu dan mcm2 buah..kalau nak letak warna dlm sagu pun bleh..

Monday, April 18, 2016

Sotong Kicap Daun Limau Purut

Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga Allah SWT always protect us, our loved and keep us safe, Ameen
bertemu kembali, Alhamdulillah atas segala nikmatNya..mencri kelainan skit dri gaya msak kicap yg biasa duk buat, masuk daun limau purut plak..maz memang suka dgn aroma daun ni, mungkin ada yg tertanya2 sesuai ke letak daun limau purut dlm masak kicap tu! bgi selera ni, lagi sedap tau sbb dpt bau aromanya yg segar tu..dri segi rsa xde beza dgn msak kicap biasa, cuma bila masuk daun limau purut ni lgi membangkitkan selera..tambah masak stun kan, lagi sesuai klu yg xtahan dgn bau stun tu..memang kena dgn nasi panas2, Inysaa Allah sampai jumpa lagi dan maaf andai ada yg tidak sempurna..

SOTONG KICAP DAUN LIMAU PURUT by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g sotong
  • 2 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 2 hiris halia *
  • 3 helai daun limau purut
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan 1/2 cawan air
  • kicap manis/pekat secukupnya
  • sedikit sayur - lobak merah/daun bawang/bawang besar/tomato
  • sedikit garam, gula jika perlu
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Tumbuk bahan bertanda, panaskan sedikit minyak dan tumis biar naik bau.
2. Masukkan sotong, daun limau, lobak merah, bawang besar dan kacau balik biar sotong lembut sikit, kemudian masukkan semua bahan sos, bancuhan tepung jagung dan perasa secukup rasa.
3. Masak sambil dikacau dan kuah jadi pekat (boleh tambah air jika perlu), akhir sekali masukkan daun bawang dan tomato, padamkan api.

masak kicap ni 1 lauk yg mudah nk sedia tapi mkn sedap deh! kat rmah ni ayam la paling kerap duk masak kicap ni atau ikan..stun ni jarang, mungkin ni la rsanya pestime sbb stun pun agak besar..tpi ni pun dekat sbln dh jgk kena peram, kejadian hjung bln 3 lgik sbb nk hbiskan gmbar2 lama dlu..

Saturday, April 16, 2016

Soto Padang

Assalamualaikum w.b.t 
'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), semoga kita sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
kerap plak update menu sup smjak kbelakang ni, cuba sup dri tanah seberang plak..sbnarnya xde plan langsung nk buat soto padang ni, satu hritu bila tnya esk nk mkn apa..tetiba yg bongsu ckp, mommy, teringin la nk mkn sup dgn nasi mcm yg kita mkn kat Indonesia dlu..tpi ni cerita awal bln 3 hritu lagik la ye, mcm biasa la kena peram dlu..selalunya maz memang akan tnya mintak idea utk masak, senang sikit xde nk pikir bnyk bila ada yg bagi suggestion kan! Alhamdulillah puas hati la semua dpt mkn soto padang ni! memang sedap, kat rumah ni klu jenis sup gini hari2 pun tkpe..kelainan soto padang ni dagingnya digoreng plak selepas rebus, supnya agak berempah sikit dan aroma segar daun limau purut semerbak baunya! pastu dihidang dgn begedil kentang dan keropok warna warni..utk rempah tumisnya tu maz ikut mcm rspi kari gaya india yg pernah duk masak sblum2 ni, kat sini pun ada, cuma ubah skit2..sama jgk dgn sup daun limau purut ni, terima kasih skli lgi pada yg sudi singgah dpur kcik ni..semoga ada yg dpt dimanafaat bersama, maaf atas segala silap yg ada dan Inysaa Allah jumpa lagi..

SOTO PADANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2kg daging - potong kasar
  • 1 labu bawang besar bombay, kalau kecik guna 2 *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 3 hiris hunyit hidup *
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 biji buah keras - tumbuk halus
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 kayu manis, 3 bunga lawang, 5 biji bunga cengkih, 5 biji buah pelaga (rempah 4 sekawan)
  • 1 keping asam gelugur
  • sedikit kicap manis - untuk gelapkan kuah
  • garam, gula dan aji 
  • begedil kentang, keropok, nasi putih, daun bawang/daun sup, bawang goreng
Cara

1. Dengan pengisar kering, kisar lumat semua bahan bertanda *
2. Dalam periuk tekanan panaskan minyak secukupnya untuk menumis, masukkan rempah 4 sekawan, kemudian masuk bahan kisar, serai dan tumis biar wangi dan rencah masak.
3. Masukkan semua rempah serbuk, tumis seketika lagi, masukkan air secukupnya (dalam 1 1/2 liter, atau kira padan dengan bahan rempah), masak biar mendidih.
4. Masukkan daging, daun limau purut, asam gelugur, sedikit kicap manis dan perasa secukup rasa.
5. Tutup periuk tekanan dengan sempurna, masak dengan api perlahan selama 30 minit atau bergantung pada jenis daging.
6. Bila dah masak, buka periuk tekanan seperti arahan. keluarkan daging dan toskan.
7. Panaskan minyak, goreng daging sekejap sekadar sedikit perang sambil dikacau balik selalu, angkat dan toskan.
8. Hiris nipis daging, boleh la dihidang bersama nasi putih, keropok warna warni, begedil, daun bawang, bawang goreng atau sambal kicap jika suka.

kebetulan stok keropok pun ada, memang dri indon pon keropok yg ada jual kat asian store..masakan indon ni ada mcm2 kan, sampai meja mkn yg 2 meter pun xckup nk letak segala jenis lauk pauknya, rambang mata nk pilih yg mna..kulinarnya cukup hebat la..

Friday, April 15, 2016

Muffin Roti Sardin

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma innaka afuwwun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yang Rasulullah saw ajar pada Aisyah ra jika bertemu malam Lailatulqadar..sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah SWT forgive us, our parents and accept our doa, Ameen.
satu lagi juadah ringkas dan sedap yg guna roti..klu ada roti yg dh nk expire ke bleh la godek buat kue, mudah je pun dan hasilnya Inysaa Allah memuaskan, kena plak dgn teh O secwn deh! ilham dri kesinambungan bingka roti berlauk ni..cuma ni buat saiz muffin, comel jgk klu nk hidang kat tetamu..mcm biasa rspi ni kecik je, dpt 1 try muffin saiz 6 lubang tu..klu nk buat bnyk kena gandakan la ye, Insyaa Allah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

yg postmortem skit, klu nak gaul terus sardin dlm roti tu pun bleh..maz isi dulu skit roti kat dasar acuan tu, pastu letak sardin skit dan tutup plak dgn roti..

MUFFIN ROTI SARDIN by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (6 biji)
  • 5 roti keping - koyak-koyak
  • 1 tin sardin kecil - amik ikan saja
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
  • 200lm susu segar
  • 2 biji telur - kocok dengan garfu
  • 1 sudu kecil minyak zaitun 
  • sedikit cili merah hiris
  • sedikit daun bawang cincang
  • sedikit garam
Cara

1. Panaskan oven suhu 180 C, sapu sedikit mentega pada acuan muffin.
2. Panaskan minyak, masukkan bawang dan masak sekejap, kemudian masukkan sardin (ikan saja), tekan dengan garfu sekadar isinya berderai, padamkan api.
3. Sebatikan telur, susu dan sedikit garam, tuang atas roti, masukkan cili merah dan daun bawang, sebatikan.
4. Isi separuh acuan muffin dengan roti, kemudian masukkan sardin, tutup pula dengan roti dan atasnya letak sedikit sardin lagi.
5. Bakar selama 20-25 minit atau hingga perang, sedia untuk dihidang ketika masih panas bersama sos pilihan.

layan dgn sos pun bleh! sesuai jgk ni klu buat sbgai juadah berbuka puasa kan! tukang masak ni memang gemar la klu yg jenis cepat dimasak sedap dimkn gini..

Thursday, April 14, 2016

Hainanese Chicken Rice

 Assalamualaikum w.b.t
Dari Aisyah ra : 'Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat sunnat Fajr samada semasa di rumah atau dalam perjalanan'  "Sadba Rasulullah saw, 2 rakaat sunnat Fajr (sebelum solat subuh) adalah lebih baik dari segala isi dunia, Sahih Muslim", semoga kita istiqomah dan Allah swt bless us, guide us to the right path dan grant us, all our parents ultimately Jannah, Ameen..
bersiaran sekli lgi, cuaca cerah pagi ni..bahang musim panas pun dh mula terasa, jom jamu mata dgn nasi ayam hainan plak..rsanya lama dh jgk xupdate menu nasi ayam, sblum ni kerap jgk n3 nasi ayam ni..bleh belek kat label nasi, set nasi yg anak2 suka sangat..klu buat 3-4x seminggu pun tkpe, sbb dh selalu sangat duk buat nasi ayam..yg ni tukar stail skit buat nasi hainanese, nasinya wangi dgn aroma segar dari bahan tumis dan daun pandan..semerbak 1 rumah, cara penyedian nasi ayam ni mudah sangat sebenarnya kan..pastu senang sbb xpyah nk masak 2-3 jenis lauk, mkn pun sedapp! Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

 
yg duk buat sblum2 ni nasinya warna kuning cerah, kli ni tukar warna sedikit..utk nasi ni masuk sedikit campuran sos yang lumur pada ayam sblum dibakar tu..

HAINANESE CHICKEN RICE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam
  • 2 inci halia
  • 1 labu bawang putih
  • 1/2 sudu besar kicap manis *
  • 1 sudu besar sos tiram *
  • 1/2 sudu besar madu *
  • garam secukup rasa
Cara

1. Tumbuk lumat halia dan bawang putih, amik separuh dan lumur pada ayam termasuk dicelah kulit, separuh lagi tu ketepikan untuk guna kemudian.
2. Didihkan air dengan sedikit garam atau serbuk pati, masukkan ayam dan rebus hingga ayam lembut dalam 20-25 minit atau bergantung pada saiz ayam, keluarkan ayam dan simpan air rebusan.
3. Ambil separuh pulak dari bahan tumbuk yang disimpan tadi, sebatikan dengan semua bahan bertanda *, ketepikan 1 sudu kecil campuran ni untuk masak nasi, yang selebihnya lumur pada ayam.
4. Letak ayam dalam loyang, bakar selama 30-35 minit dengan suhu 180 C, panaskan dulu oven 10 minit sebelum guna.

Nasi
  • 2 cawan beras basmathi - cuci, toskan
  • 2 helai daun pandan - simpul
  • 1/2 inci halia - hiris nipis
  • 2 sudu besar minyak sayur
  • 1 kiub pati ayam/garam
  • baki bahan tumbuk dari ayam
Cara

1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk yang disimpan tadi biar naik bau, masukkan daun pandan.
2. Masukkan campuran sos (baki untuk lumur pada ayam tadi), beras, halia dan separuh air dari rebusan ayam (simpan sikit untuk sup), kalau air rebusan tak cukup, boleh tambah air biasa dan tambah kicap lagi jika perlu.
3. Masukkan kiub pati atau garam secukup rasa, masak seperti biasa, bila nasi dah mendidih kacau sikit biar sebati, biar nasi masak sepenuhnya.
4. Sedia dihidang bersama kicap, air cili, salad dan sup (sup tu masak balik sekejap dan suaikan secukup rasa), tabur bawang goreng dan sedikit daun bawang.
5. Untuk resipi air cili dan kicap ada kat sini.

nasi yg mudah dan sedap! maz guna beras basmathi, selalunya guna beras wangi..rsanya mungkin hbis stok beras wangi kut, xingat dh lama duk peram, mujur la lepas buat tu terus tulis rspi kat note..sbnranya nasi ayam ni kejadian bln 2 lagik! 

Wednesday, April 13, 2016

Kerabu Sotong

Assalamualaikum w.b.t
 'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), semoga Allah swt forgive and show us what the best , Ameen.
bertemu skli lgi, biar cepat surut skit gmbar dlm folder tu..lama sungguh la xbuat kerabu sotong thai ni, tetiba satu hri tu dtg keinginan nk buat kerabu yg sedap ni..klu mkn kedai tomyam mesti oder kerabu stun ni atau pun kerabu mangga, kak long dgn babanya la yg suka sangat kerabu stail siam ni, tpi memang sedap deh! dgn masam, manisnya yg seimbang..bleh ilang la klu pening kepala skit2 tu..stun tu maz beli yg dh siap siang, stun jenis lebar tu..stun ni bnyk sungguh kat sni, sbesar saiz baldi pun ada..klu stun biasa tu susah, ikut musim je bru ada jual..Inysaa Allah jumpa lagi dan harap dpt dimaafkan atas segala khilaf yg ada..

suami meratah je, klu nk layan dgn tomyam pun bleh..maz suka letak daun ketumbar bnyk2, suka dgn daun ni..buat ulam pun sedap daun ketumbar ni..

KERABU SOTONG THAI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g sotong segar
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
  • 2 batang serai - hiris nipis
  • 5-6 biji cili padi hijau - potong kecil
  • 4 biji cili padi merah - potong kecil
  • 2 batang kacang panjang - potong serong
  • 8 biji tomato ceri - hiris nipis
  • 1 pokok daun ketumbar - cincang kasar
  • 1 biji asam limau - amik jusnya
  • nisan putih thai secukup rasa @ gula pasir
  • sedikit kicap ikan
  • sedikit aji
Cara

1. Sotong dibuang semua kulitnya, hiris saiz sederhana, celur sekejap, toskan.
2. Dalam lesung, masukkan nisan thai, jus limau dan gesek biar nisan larut, perasa secukup rasa dengan kicap ikan, aji dan satukan semua bahan lain, gaul sebati.


pembuka selera yg ringkas, tpi sedap..klu yg suka pedas bleh letak cili lebih..bleh jgk guna tomato biasa klu xde tomato ceri, kerabu gini kena guna semua yg fresh bru sedap mkn, krup krap gitu..

Kuew Teow Celup (Daging)

Assalamualaikum w.b.t
'SubhaanAllahi wabihamdihi subhaanAllah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Al Mizan (Bukhari & Muslim), sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian..semoga Allah SWT make us among those who remember Him much, Ameen.
apa kbar semua pagi ni, kat sni bru pkul 7..cuaca pun nyaman je kat luar tu dgn gerimis pagi, mungkin ada yg dh siap msak utk mkn tghri klu kat Msia..klu yg blum ada idea lgi bleh cuba buat kuew teow celup ni atau klu nk lagi cepat singgah je kedai oder 1 mangkuk! skli skala tukar selera dgn nasi, maz memang suka kuew teow celup ni, sedap! ingat lagi masa skolah dulu..pas waktu skolah biasanya akn singgah mkn kuew teow celup ni kat 1 warung seberang jln, skrang ni kena buat sdrik la..mudah je sbnarnya, main lebur je semua..pastu isi je dlm mangkuk! supnya wangi dgn aroma akar pokok ketumbar..puas hati dpt mkn menu pabret ni, bila dh jdi anak rantau ni semua kena belajar homemade..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas silap yg ada..

KUEW TEOW CELUP (DAGING)  by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2kg daging - potong 4
  • 4 ulas bawang putih - ketuk sekali dengan kulit *
  • 1 labu bawang besar bombay - belah 2 sekali dengan kulit *
  • 3-4 tangkai akar pokok ketumbar * 
  • 1 kayu manis *
  • 3 bunga cengkih *
  • 3 biji buah pelaga *
  • 3 kuntum bunga lawang *
  • 5 biji lada putih (white pepper corn) *
  • 5 biji lada hitam *
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 1 sudu kecil kicap ikan (fish sos)
  • sedikit cuka
  • sedikit gula, garam dan aji
  • kuew teow
  • kangkung celur
  • bawang putih goreng/cili flakes/asam limau/daun ketumbar cincang/kacang tanah tumbuk
Cara

1. Dalam periuk tekanan (presure cooker), masukkan air secukupnya (dalam 2 liter), semua bahan bertanda * dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan daging, sos tiram, semua jenis kicap dan perasa secukup rasa dengan sedikit garam, gula dan aji, tutup periuk tekanan dengan sempurna dan masak dengan api perlahan selama 40 minit.
3. Bila dah masak, suaikan secukup rasa dengan sedikit cuka, keluarkan daging dan hiris nipis,
4. Boleh la dihidang bersama kuew teow, kangkung celur dan bahan samping yang lain.
5. Untuk buat bawang putih goreng, cincang 2-3 ulas bawang putih dan goreng dengan sedikit minyak sambil dikacau selalu hingga perang, guna api kecil, toskan.

Nota ilhamdapur : kicap manis tu boleh tambah jika warna sup kurang gelap, sukatan air tu biar padan dengan daging dan bahan rempah kalau nak buat banyak.

wpun pemes dgn nama mee celup, tpi xsuka guna mee kuning sbb dri skolah lagi dh biasa dgn kuew teow..klu letak mee rsa lain plak, mcm xkena je dgn sup ni..time blik kmpung dulu, klu pergi rantau panjang..mesti mkn kuew teow celup ni dlm pasar kat bahagian kedai mkn tu, kat situ ada jual mcm2 jgk menu asli thai..dgn lauk pauknya, miang kham daun kadok pun ada jual..kuih muih siam, memang best la..

Tuesday, April 12, 2016

Yong Tau Foo Dengan Chee Cheong Fun (Homemade)

 Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adzaaban-nar' (Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka) Al Baqarah - 201, doa indah yg penuh dgn makna dan disukai oleh Rasulullah saw (Bukhari & Muslim) dan yg selalu kita amal baca selepas solat atau boleh baca bila-bila masa, semoga Allah SWT give us His mercy and forgiveness on the day we will need, Ameen.
stelah sekian lamanya xbuat yong tau foo, msa duk Msia dlu beli je kat pasar mlm deh! pastu waktu blik Msia thun lepas sempat la jgk lepas rindu 3-4x dgn yong tau foo ni..selama ni xde rsa nk buat sdri wpun teringin sbb bahannya xde, kat sni xde segala jenis bebola dan seumpamanya tu..crab stick je la, dlm duk mencari2 idea utk mknan berdiet..tu yg bleh terbuat yong tau foo ni wpun xckup segala menda, buat jgk la..pastu la bru dtg ilham nk cuba buat kuew teow yong tau foo atau chee cheong fun ni, ilham dri rsespi kuew teow yg biasa duk buat selama ni..Alhamdulillah semua dgn izinNya, resipi sos dri Minami myreispi..dedula dh ada n3, cuma maz ubah skit bahannya dri resipi asal..jazakillahukhairan pada penyumbang resipi, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

YONG TAU FOO DENGAN CHEE CHEONG FUN (HOMEMADE) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 5-6 tangkai cili kering - buang biji, rendam air sekejap dan toskan
  • 100g nisan keping kelantan @ gula melaka
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air dari 2 cawan
  • 2cm belacan - larutkan dalam air sikit
  • sedikit kicap manis - untuk gelapkan kuah
  • bahan-bahan untuk yong tau fo, kangkung celur dan chee cheong fun
  • sedikit bijan
Cara

1. Panaskan sedikit minyak (minyak yang belum guna ye), goreng cili kering dalam 1 minit, angkat dan kisar hancur bersama sedikit air (guna air dari 2 cawan tu).
2. Tapis dalam periuk, buang hampas cili, masukkan nisan dan belacan.
3. Masak biar nisan larut dengan api sederhana, masukkan sos tiram, sedikit kicap manis.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau selalu agar tidak berketul, masak sepejap lagi biar kuah pekat dan jadi berkilat, boleh tambah sedikit sos tiram atau kicap jika kurang rasa, padamkan api.
5. Boleh la dihidang bersama bahan yong tau foo dan tabur sedikit bijan, maz guna jejari ketam, sosej je, segala jenis bebola takde jual kat sini.

ni kejadian yg memula buat, main hentam je apa stok yg ada..pastu hri2 la duk ulang buat yong tau foo ni sampai 4-5x rsanya, semua suka..sedap sungguh komen umat kat rmah ni, suami hirup licin kuah! ank2 amik mkn crab stick dgn sosej je..

puas hti sangat dpt mkn yong tau foo homemade ni wpun serba kekurangan, dgn lembut chee cheong fun dan sosnya yg manis, memang kickk! ni la 4 gulung chee cheong fun yg 1st try dgn 2 sd tepung tu...pastu buat plak utk mkn mlmnya, memang kemaruk yong tau foo la..tu yg duk ulang buat smpai 2x shri, tpi skli buat maz memang buat skit je la..pastu stop la dlu skjap, rumah ni gitu la..mesti kena ulang berkli2 dlu klu yg dpt sambutan..

Monday, April 11, 2016

Pad Thai

Assalamualaikum w.b.t.
'Astaghfirullah 3x, Allahumma antas salam wa minkas salam tabrakta ya zal jala'li wal ikram'..sama2 kita amal zikir ni selepas solat fardhu, sunnah Rasulullah saw (sahih Muslim), semoga Allah swt bless us all and guide us to the right path, Ameen
bertemu skli lagi, apa kbar semua..pepagi ni klu dpt sepingan pad thai ni sedapnya! klu kat Msia nk lunch dah atau bleh buat utk mkn ptg nti, tpi tgh diet ni segala jenis yg berkarbohidrat ni kena tinggal dlu skjap..ni kejadian bln 2 lgik! satu hritu tu tetiba rsa nk buat pad thai sbb selalu sngat duk tgk depan kedainya kat mall..sni semua mall yg ada foodcourt akn ada la dapur Thai nama 'Pad Thai', dan ada jual pad thai ni, somtam, tomyam, noodle dan bnyk jgk la menu thai yg lain..tpi mkn yg beli rsa xckup syarat je..tukang yg masaknya pinoy atau bangladesh! buat sdrik jgk puas hati, bleh guna isi ayam atau makanan lauk..kebetulan sotong yg lebih buat takoyaki pon ada 2 ekor, tu yg masuk je la..suami dgn anak2 xckup..sedapp, komen umat kat rmah ni, Inysaa Allah jumpa lagi dan terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik ni..semoga dpt dimaafkan mana yg tidak sempurna..

pad dlm bahasa thai 'kacau goreng', nk buat pun simple sangat..dan sedap! utk dptkan rasa pad thai yg sedap mcm kedai, mcm ada bau hangus gitu..kena buat sikit2, jgn goreng 1 kuali terus..maz pun buat spingan ni je, pastu goreng plak..

PAD THAI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil kuew teow
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 ekor sotong - potong
  • 5 ekor udang - buang kepala
  • 1 biji telur - kocok dengan garfu
  • sedikit isi ayam
  • sedikit kicap ikan/fish sos
  • sedikit kicap manis
  • sedikit sos tiram
  • secubit gula
  • sedikit minyak sayur/masak
  • sedikit daun bawang/taugeh
Cara

1. Panaskan sedikit minyak (dalam 1 sudu besar), masukkan bawang putih, isi ayam dan biar masak atau sedikit perang baru kacau, masa ni guna api besar sekejap, kemudian masukkan sotong dan udang, kacau biar masak sekata dan kuali jadi sedikit berkerak, angkat dan ketepikan.
2. Dengan kuali yang sama, panaskan sedikit minyak lagi, masukkan telur dan biar seketika baru kacau, kemudian masukkan kuew teow, semua jenis sos, kicap, lauk tadi dan secubit gula, kacau sebati (guna senduk besi ye) dan guna api besar sambil kacau dan suaikan rasa. 
3. Kecilkan api, masukkan daun bawang dan terus kacau sambil kikis kerak didasar kuali, padamkan api, sedia untuk dihidang ketika masih panas, tabur sedikit bawang goreng jika suka.

Nota ilhamdapur : sukatan yg maz buat tu untuk 1 pinggan tu je, jadi kena masak 2-3x klu nak buat banyk agar dapat masak pad thai dengan sempurna, kerak-kerak didasar kuali tu la yang buat pad thai ni sedap, ada mcm bau hangus gitu sikit, semua jenis sos tu masuk sikit-sikit je sebab sukatan kecik, maz pun masak 2x untuk 2 pinggan, minyak jangan banyk ye nanti tak jadi berkerak.

bgi maz pad thai ni sedap lgi dri kuew teow goreng sbb xmasuk cili kisar, rsanya agak light gitu..rencahnya pun xperlu letak bnyk, klu juew teow goreng tu agak berminyak skit kan..maz guna daun bawang je sbb xde stok taugeh..

Friday, April 8, 2016

Bingka Roti

Assalamualaikum w.b.t.
'SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, AllahuAkbar 33x, La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa `ala kul'li shai’in qadir 1x', zikir selepas solat fardhu (Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang membacanya selepas solat fardu, akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih dilautan - Hadith Muslim), sama2 kita amalkan, semoga Allah SWT accept our good deeds, forgive our sins, our parents and bless us with His mercy, Ameen. 
berekspiremen dgn roti plak, rspi sama je dgn bingka roti berlauk ni..cuma bingka ni maz kisar roti tu, klu ada roti yg xhbis bleh la try bingka ni..sedapp! nk2 tang kerak tu, xsangka plak roti bleh di transform buat kuih mudah dan enak ni..ada 1 lgi rspi guna roti gini dlm folder tu, sukatan tu sikit je..memang maz buat kecik, tu la saiznya..dpt 8 potong, klu nk buat besar gandakan sukatan..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada..

BINGKA ROTI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 biji telur gred A
  • 200ml susu segar
  • 100g roti - timbang amik yang putih je
  • 1/3 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu kecil vanilla
  • secubit garam
Cara

1. Panaskan oven 170 C, sapu loyang dengan sedikit mentega atau cooking spray.
2. Sebatikan semua bahan, masukkan dalam pengisar, kisar sekadar hancur je (macam pasir halus gitu), jangan kisar sampai berkrim ye.
3. Tuang dalam loyang, bakar selama 35-40 minit atau hingga sedikit perang.
4. Sejukkan sekejap sebelum keluarkan dari loyang.

sapa sangka kuih ni adalah bingka roti deh! klu mkn pun mungkin xthu bingka yg dibuat dri roti..nk buat pun mudah sangat, biasanya klu roti tu duk buat puding atau goreng je..nti bleh la cuba bingka manis ni plak..

Wednesday, April 6, 2016

Set Nasi Kambing Panggang Lagi

Assalamualaikum w.b.t
'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10), Ameen.
sekli lgi nasi kambing panggang, sbnarnya dh berkali2 jgk dh buat set nasi ni..sedap sangat! dgn daging kambing yg juice dan ckup rasa bahan marinated..wpun penyediannya ringkas je, tpi pasti duk teringat nasi kambing panggang yg teramat sedap ni..tpi ni pun kejadian yg dh berminggu jgk la duk peram dulu, cuma yg ni maz masak dlm kuali non stick dulu..pastu bakar dalam oven sekejap, nk menyenang keje..malas nk cuci pemanggang ajaib..hasilnya tetap sama, daging pun lembutnya sbb guna kambing segar..yg buat sblum ni ada kat sini,  Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf andai ada silap dimana-mana..

ada plak sambal belacan lgi la teramat sedapnya, maz guna lamb chop..separuh potong amik daging je senang anak2 nk mkn..

SET NASI KAMBING PANGGANG LAGI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing segar
  • 1/2 labu kecil bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2-3 sudu besar sos lada hitam - maz guna jenama puteri dari Msia
  • 2-3 sudu besar sos smoke BBQ - maz guna jenama Life dari Msia
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • sedikit kicap manis
Cara

1. Toskan kambing biar kering sepenuhnya, tumbuk lumat bahan bertanda *
2. Gaul kambing dengan semua bahan, perap 3-4 jam.
3. Panaskan 1 sudu besar minyak sayur/minyak zaitun dalam kuali non stick, susun daging dan masak selama 2-3 minit setiap bahagian atau biar sedikit perang.
4. Susun dalam loyang dan bakar selama 6-8 minit dengan suhu 180 C, panaskan dulu oven 10 minit sebelum guna.
5. Boleh la dihidang ketika masih panas bersama nasi putih, sambal belacan dan sup, maz buat sup kosong je, rebus sayap ayam sikit.

Nota ilhamdapur : setiap kali nak masak daging baru sentiasa tambah minyak sikit lagi agar kuali tidak hangus, bila dah siap masak, tutup daging dengan aluminium foil sementara tunggu masak daging yang seterusnya agar daging yang sudah masak tidak kering.

klu xpkir semua tgh diet ni, mau memanggang kambing lagi..tpi minggu lepas maz cuma panggang kambing meratah..nasi xde la, klu buat tomyam pun sama..hirup tomyam je tanpa nasi..

Tuesday, April 5, 2016

Gulai Udang Dengan Kacang Buncis

 Assalamualaikum w.b.t
 'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah, pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca 7x selepas solat subuh sebaik saja bagi salam..semoga Allah Almighty terima all our doa and shower His mercy, Ameen.
bersua skli lgi diptg yg indah, Alhamdulillah atas segala nikmatNya..bru siap buat karipap, bleh la goreng ptg ni..lama dh jgk deh xmuncul gulai udg ni, banyk duk buat tomyam, tomyam je! sbb suami suka hirup kuah, mlm tdi pun tomyam jgk..tpi gulai ni pun dh lama la jgk peramnya, tkpe la ye wpun gmbar yg dh lama basi..mungkin bleh mendtgkan idea jgk pada yg fikir atau cri nk masak apa esk lusa..selain udg bleh jgk guna ikan bawal atau ikan kembung, sedap jgk! Inysaa Allah sampai jumpa lagi dan maaf atas segala kekurangan..

GULAI UDANG DENGAN KACANG BUNCIS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 10 ekor udang
  • 3 ulas bwang merah *
  • 2 biji cili padi merah/cili merah *
  • 3 cm kunyit hidup *
  • 1/2 inci lengkuas - ketuk
  • 2 cawan santan
  • 1 keping asam gelugur
  • sedikit kacang buncis
  • garam, gula secukup rasa/aji jika suka
Cara

1. Tumbuk lumat semua bahan bertanda *.
2. Satukan santan, bahan tumbuk, lengkuas, asam gelugur dan kacang buncis, masak hingga mendidih.
3. Masukkan udang dan perasa secukup rasa, masak seketika lagi agar udang masak.

gulai kuning kunyit lengkuas ni memang pabret maz dri dlu sbb masa kecik bonda pun selalu masak gini ikan kembung, pastu ada ulam petai dgn budu tempoyak..walaaa nikmat sungguh..