Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, March 22, 2016

Bingka Roti Berlauk

Assalamualaikum w.b.t
 'Allahumma innaka afuwwun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yang Rasulullah saw ajar pada Aisyah R.A jika bertemu malam Lailatulqadar..sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah SWT accept our doa, Ameen
tetiba rsa nk buat bingka roti berlauk ni utk alas perut suatu ptg, kbetulan roti yg beli dh 2-3 hri xterusik lagi..dri terbuang gitu, tu yg godek buat menu ringkas yg mengenyangkan dan sedap ni..sblum kejadian bingka ni dh ada buat satu menu guna roti gini, jdi ni idea dri kuih tu..Inysaa Allah yg tu update lain kli plak, bingka ni main buat je ikut rsa hati..nk cepat, malas nk xcri resipi..dlm hati ckp sorang, klu terkeras pun masih bleh mkn! buat pun skit benar, Alhamdulillah bingka lembut elok..licin skli mkn, anak2 suka la plak wpun pestime mkn bingka roti berlauk ni..semua mkn bertambah2, sedapp kata 2 beradik tu..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atss segala yg tidak sempurna..

BINGKA ROTI BERLAUK by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (loyang 7x7)
Inti
  • 1/2 cawan daging kisar
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • 2 biji cili merah
  • sedikit daun bawang
  • garam, gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Bingka
  • 3 biji telur gred A - kocok dengan garfu
  • 200ml susu segar
  • 5-6 keping roti putih - koyak sikit
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada sulah
Cara

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan sedikit bawang besar hiris biar naik bau, masukkan serbuk kari, tumis biar pecah minyak.
2. Masukkan daging kisar, masak sambil dikacau sekali sekali sekala biar daging masak, masukkan sedikit air.
3. Masukkan bawang besar hiris dan perasa secukup rasa, bila dah sebati semua, padamkan api (biar ada kuah sikit, jangan kering sangat sebab nak masuk oven pulak), masukkan cili merah.
4. Panaskan oven 170 C, sapu loyang dengan sedikit mentega atau cooking spray.
5. Sebatikan telur, susu, garam dan serbuk lada sulah, celup roti dan susun dalam loyang.
6. Tuang inti, tabur daun bawang secukupnya, bakar selama 30-35 minit atau hingga sedikit perang.

buat utk berbuka puasa pun bleh, menu yg sesuai bila2 masa deh! inti bleh buat awal atau frozenkan, time nk guna cuma panaskan dlm microwave je..pastu masuk oven..

1 comment:

  1. Assalam Maz,
    bingka roti berlauk memang sesuai buat berbuka puasa atau minum petang or even sarapan..pernah buat dulu ..dah lam tak buat dah...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...