Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, April 3, 2016

Chee Cheong Fun

Assalamualaikum w.b.t
'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), semoga Allah SWT guide us to the straight path, Ameen. 
pestime buat menda ni, nama pun xthu apa..biasa duk panggil kue teow yong tau foo je, ada stu hritu tu dlm duk pkir2 nk sediakan apa..lalu dtg la ilham nk buat yong tau foo, tpi sni barang utk yong tau foo xde apa..segala ball2 memang xde jual, buat la jgk wpun serba kekurangan..hnya guna crab stick, sosej dan bendi je..pastu esknya maz buat lgi sbb dh lama xmkn yong tau foo, semua kata sedap wpun xckup syarat..lalu dri situ la cuba buat chee cheong fun ni, maz cuma buat guna 2 sb tepung beras je sbb 1st try kan, tkut xjdi..tpi Alhamdulillah semua dgn izinNya, jdi elok! dpt la 4 gulung tu, pastu esk duk ulang buat plak la..rsanya dh 3-4x duk buat chee cheong fun utk mkn dgn yong tau foo, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

kalau boleh guna loyang jenis non stick agar tidak melekat, maz guna loyang saiz 7 inci rsanya..bila dh bertukar jdi warna cerah gitu boleh angkat la..

CHEE CHEONG FUN by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil tepung pulut
  • 110ml air
  • sedikit minyak sayur 
Cara

1. Sediakan pengukus dengan air mendidih dan loyang yang telah disapu sedikit minyak.
2. Sebatikan semua bahan kecuali minyak sayur, tuang 1 senduk kecil dalam loyang (biar nipis je ye), kukus hingga masak (keras) dalam 3-4 minit.
3. Sapu sedikit minyak pada seluruh chee cheong yang baru masak (guna berus silicon) , tolak dengan spatula dan gulung seperti dalam gambar.
4. Sapu minyak pada loyang setiap kali nak kukus yang seterusnya dan kacau dulu biar sebati.
5. Gunting dan boleh la dihidang bersama yong tau foo.

klu nak buat bnyk gandakan sukatan tu, skli buat maz buat bnyk ni sbb anak2 xmkn la plak menda ni..duk kutip mkn crab stick je..

ni la yong tau foo yg memula buat, wpun xckup bahan..tpi sedapnya! tu yg duk ulang buat berkali2, pastu la bru maz buat chee cheong..baru rsa puas menikmati yong tau foo wpun xde segala ball2 ni..tkpe la masuk sni skli sbb ada 1 lgi gmbar yong tau foo yg ada chee cheong fun dlm folder tu, ni semua gmbar yg dh sbln jgk duk peram..

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...