Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, April 15, 2019

Choco & Cheese Mini Cakes

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nabi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga Allah swt always protect us, our loved and keep us safe, Ameen.
bertemu kembali, sbnarnya duk terbayang nk mkn donat mcm big apple tu yg ada mcm2 topping cheese..kat ni big apple xde la plak, nk buat donat xberapa rjin plus rsa mcm bnyk kerja klu nk mendonat ni, ditmbah plak dgn mood yg xberapa rjin mula lah rsa berat..maka nk dijdikan cerita dtg lah ilham kek versi mini gini dgn toping keju dan coklat se akn toping donat, wpun dlmnya bkn donat..tpi sedap yg amat! serius..gadungan kek coklat span yg moist dan lembut dgn 2 jenis toping ni pasti xmengecewakan, mesti xckup klu mkn 3 bijik, Alhamdulillah semua dgn izinNya..sedikit kelainan dlm memvariasikan hidangan kek, Insha Allah semoga jumpa lgi dilain waktu dan maaf atas segala kekurangan yg ada..

mulanya plan nk tekap dgn donat cutter tu, tpi bila pkir sayang plak nti trbuang baki kek2 potong tu maka xjdi buat bentuk bulat..potong gini pon ok jgk dri membazir lebihan kek tu kan..

buat sbgai buah tngan pon bleh ni kan klu ada gathering rumah kwn atau sdara mara..

Choco & Cheese Mini Cakes by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 70g tepung kek *
  • 80g gula kastor
  • 2 sudu besar serbuk koko *
  • 1/2 sudu kecil baking powder *
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 1/2 sudu besar ovelette
  • 1/2 sudu besar coklat emulco
  • 2 biji telur
  • 40ml susu kotak coklat @ susu segar
  • 40ml minyak canoli/jagung/sayur
Topping
  • 200g cream cheese - suhu bilik *
  • 3 sudu besar susu pekat manis/gula halus @ secukupnya *
  • 4 sudu besar susu segar/plain yogurt @ secukupnya *
  • cheddar cheese parut secukupnya
  • 100g coklat masakan - potong kecil
  • 30g mentega
  • sedikit susu segar - jika perlu
Cara

1. Panaskan oven suhu 160 C, alas loyang 6x7 dengan kertas baking.
2. Ayak semua bahan bertanda *.
3. Satukan semua bahan dan bahan ayak dalam bekas pengadun, kecuali air dan minyak.
4. Putar dengan kelajuan rendah sekejap biar sebati, kemudian kelajuan tinggi selama 4-5 minit hingga adunan kembang (maz guna stand mixer).
5. Masukkan susu coklat dan putar lagi, akhir sekali masukkan minyak dan kaup balik biar sebati guna spatula saja.
6. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30-35 minit atau bergantung pada oven, sejukkan atas redai kek.
7. Potong saiz kek lebih kurang 2x2 inci, susun atas pinggan atau bekas yang sesuai dan tuang toping secukupnya atas setiap kepingan kek dan hias ikut citarasa.
8. Untuk topping cheese, sebatikan semua bahan bertanda *, dan suaikan kepekatan dan rasa manis ikut citarasa (kalau rasa pekat boleh tambah susu segar).
9. Untuk topping coklat, satukan coklat masakan dan mentega, panaskan dalam microwave selama 5-7 saat, kacau biar coklat cair sepenuhnya atau boleh guna kaedah double boil.
10. Jika terlalu pekat tambah sedikit susu segar dan sebatikan.

ok jgk buat mini gini senang nk mkn, klu buat utk sebarang majlis pon amat sesuai dan pasti menjdi tumpuan anak2..

kek comey yg sedap! utk toping tu bleh pelbagaikan ikut citarasa, Insha Allah akn buat lgi dgn toping lain plak..

1 comment:

  1. numpang share ya min ^^
    bosan tidak tahu harus mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...