Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, April 17, 2019

Lemak Putih Kale & Petola

Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10) sunnah Rasulullah saw baca surah Al-Kahfi pada malam atau hari jumaat, setidaknya 10 ayat pertama, sama2 kita amalkan selalu..semoga kita dijauhi dari segala fitnah dunia dan sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
memaksa diri utk update blog usang ni, makin hari mood makin jauh..sayur putih kale atau raja sayur, sblum ni dh ada n3 pasal sayur ni..bleh tgk kat sini klu nk tgk rupe sayur ni, kale ni masak apa pon sedap dan nak masaknya skjap sngat wpun daunnya npak mcm keras..tpi cepat lembut, lemak putih ni buat stail kelantan mcm bonda duk masak selalu msuk ikan rebus skit sbgai rencah..memang sedap! Insha Allah smpai jumpa lagi dan maaf andai ada yg tidak menyenangkan..

Lemak Putih Kale & Petola by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 batang daun kale - amik daun saja 
  • 1 biji petola
  • 1/2 biji lada benggala merah/cili merah - optional
  • 3 cawan santan - maz guna santan tin+air sikit
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 sudu besar isi ikan rebus *
  • 1/2 sudu kecil lada hitam *
  • 1/2 labu bawang besar bombay 
  • sedikit gula, garam dan aji jika suka
Cara

1. Tumbuk bahan bertanda *.
2. Dalam periuk satukan santan, petola dan bahan tumbu, masak hingga santan mendidih sambil dikacau selalu agar tidak berketul dan petola sedikit lembut.
3. Masukkan bahan lain, perasa secukup rasa dan masak sekejap lagi dalam 3-4 minit atau sayur lembut sikit.

layan dgn ikan masin ni memang kena sngat..meratah pon sedap, maz xsuka kuah pekat sngat..tu yg buat cair, terpulang pada citarasa masing2 la kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...