Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, April 6, 2019

Kuih Bijan aka Kuih Bom

Assalamualaikum w.b.t 
Dari Aisyah ra : 'Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat sunnat Fajr samada semasa di rumah atau ketika musafir' "Sadba Rasulullah saw, 2 rakaat sunnat Fajr (sebelum solat subuh) adalah lebih baik dari segala isi dunia, Sahih Muslim", semoga kita istiqomah dan Allah swt bless us, guide us to the right path dan grant us, all our parents ultimately Jannah, Ameen.
kerap jgk duk buat kuih bijan aka kuih bom atau klu kelantan di sebut kuih 'lengo' (xthu lah ejaan ni betul ke tak)..Alhamdulillah stakat duk buat ni kuih ni jdi bom yg xaktif dlm kuali, xpernah meletup lgi..maz goreng dengan api kecil sambil di balik selalu, kulit pun garing elok dan smpai ptg pon masih lembut..bleh buat awal2 dan simpan dlm peti, bila nak goreng biar di sihu bilik 1-2 jam agar kuih lembut dulu..respi kli ni guna air gula dlm doh tu sbb nk ada rasa manis gitu, jdi xde lah tawar je kan kulitnya tu..akhir kata maaf andai ada yg tidak menyenangkan dan Insha Allah semoga ketemu lagi..

elok je bersauna bersama, gentel sebesar bola ping pong je..nati bila goreng ia akn mengembang..

Kuih Bijan aka Kuih Bom by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3-4 sb gula pasir *
  • 1/2 cawan air *
  • 1 1/2 cwn tepung pulut @ secukupnya
  • 2 sb tepung gandum
  • 1/2 sk garam
  • air secukupnya
  • inti kacang hijau - rebus dgn daun pandan hingga lembut dan air kering, masukkan gula secukupnya dan sedikit garam, kacau sebati dan sejukkan sepenuhnya atau boleh buat awal dan simpan dalam peti.
  • bijan
  • minyak masak untuk menggoreng secukupnya
Cara

1. Masak bahan bertanda * dgn api sederhana hingga gula larut (atau boleh guna air suam/panas saja untuk larutkan gula), sejukkan sepenuhnya.
2. Dalam mangkuk masukkan air gula tadi, garam, 2 jenis tepung dan gaul sebati biar jadi doh, tambah air sikit jika perlu (kira boleh bentuk dan tak lembik).
3. Ambil doh sebesar bola ping pong, leperkan atas tapak tangan biar nipis.
4. Letak inti secukupnya, cantumkan dan tutup biar kemas sambil dibentuk biar jadi bulat.
5. Golek dalam biji bijan, buat sampai habis.
6. Panaskan minyak masak secukupnya, goreng dengan api kecil sambil dibalik selalu.

Nota ilhamdapur : Boleh juga buat awal atau malam kuih ni, simpan dalam bekas tertutup dan letak dlm peti, bila nak goreng keluarkan biar di suhu bilik dulu biar kuih lembut baru goreng macam yang maz buat ni.

utk kuih ni maz suka inti kacang, klu inti kelapa tu xgemor la plak..senang sngat nk buat kuih ni asal ada inti dlm peti, abangngah dgn babanya suka sngat kue ni..

3 comments:

  1. Sedapnya Maz.. cantik bommnya tu.. akk kalau beli tanya inti apa haha.. kalau yg klate ori mesti guna inti kacang hijau kan Maz

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita suka jgk kue ni kak, bleh la hbis 2-3 bjik skli mkn..hihii..a ah tu la kan, klu inti kelapa xminat la plak

      Delete
  2. numpang share ya min ^^
    bosan tidak tahu harus mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...