Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, April 19, 2019

Pisang Karamel Gula Melaka

Assalamualaikum w.b.t 
Dari Aisyah ra : 'Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat sunnat Fajr samada semasa di rumah atau ketika bermusafir' "Sabda Rasulullah saw, 2 rakaat sunnat Fajr (sebelum solat subuh) adalah lebih baik dari segala isi dunia, Sahih Muslim", semoga kita istiqomah dan Allah swt bless us, guide us to the right path dan grant us, all our parents ultimately Jannah, Ameen.
ilham dri keria gula melaka..kuih yg viral satu masa dlu, tidak salah mencari kelainan kan..ternyata tidak menghampakan, pasti xckup spingan tu nikmati bersama kopi O..pisang tu maz guna pisang dri india sperti rspi pisang goreng sblum ni, xthu la plak pisang apa..memang sesuai untuk di goreng, cuma utk pisang karamel ni guna pisang yg bru msak..maksudnya jgn yg ranum sbb nk gaul gula melaka plak kan, jdi xde la lembik sngat..Insha Allah bersama lgi dan maaf atas khilaf yg ada..

bgi yg suka mencuba bleh try dgn pisang gula melaka ni, biasanya goreng pisang bercheese kan..

Pisang Karamel Gula Melaka by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • pisang baru masak yang sesuai untuk digoreng, belah 2@3 - ni tak tahu nama pisang apa, memang sedap goreng dan buat pengat, pisang dari india, besar buahnya, 2 biji pun dah boleh dapat sepinggan
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam
  • air sejuk peti secukupnya
  • sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit jika perlu
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
Cara

1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, masukkan air secukupnya dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair atau pekat sangat, kira letak bila celup pisang).
2. Panaskan minyak untuk menggoreng, masukkan pisang dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian,  angkat dan toskan.

Karamel
  • 1/2 cawan gula melaka yang diracik 
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar air
Cara

1. Satukan semua bahan, masak sambil dikacau hingga semua larut dan berbuih.
2. Masukkan pisang goreng, kacau balik biar bersalut semua dan kering, padamkan api.

klu ayah mak xgemar pisang goreng cheese, bleh try dgn versi ni..agak kena dan sinonim dgn selera orang tua kita gula melaka ni..

2 comments:

  1. Kreatifnya! Idea keria jadi goreng pisang karamel pula. Tq for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah blog yg xsberapa ni...mencari sdkit kelainan utk pisang goreng, Alhamdulillah sedap jgk..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...