Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, August 21, 2014

Ghee Rice

Assalamualaikum w.b.t...bertemu skli lgi...dri pagi sbuk kat dpur hri ni...masak sambal kegemaran abangngah dan adik afiq...dah banyak kali buat sambal kering tu...tpi msih belum brkesempatan nk update kat sni...yg buat dulu dah lama ada dlm folder...tpi tu la jenis update ikut mood yg mna dlu...ghee rice atau nsi minyak sapi ni pasangan kamben saloona tu...kat sni memang ada jual ghee rice ni...tpi ni pun mcm saloona tu la jgk versi main mask ikut naluri je...sbb klu beli saloona kat turkey restoran depan rumah ni...nasinya plain je...nma nsi tu turkey rice...jdi tu yg buat nasi ni sbb xde masuk rempah apa...kira plain jgk...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan dan semoga jumpa lagi...Insyaa allah...

Bahan-bahan
 
  • 2 cawan beras basmathi - rendam 20 minit & toskan
  • 2 cawan air @ ikut sukatan beras sendiri
  • 5 sudu besar minyak sapi
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 helai daun bay
  • 1 biji tomato - kerat
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 kayu manis
  • 1 helai daun pandan
  • 1 kiub pati daging/ayam @ garam
 
Cara
 
1. Tumbuk lumat bawang putih dan halia.
 
2. Panaskan minyak sapi (maz panaskan terus dalam rice cooker), masukkan bahan tumbuk, buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan daun bay. Tumis biar wangi.
 
3. Masukkan buah tomato dan daun pandan. Masak biar tomato layu sikit. Kemudian masukkan air dan kiub pati atau garam dan tutup periuk biar air mendidih.
 
4. Bila dah mendidih kacau sebati dan masukkan beras. Tutup periuk dan masak seperti biasa.
 
5. Bila dan kering gemburkan sikit nasi dengan garfu dan sedia untuk dihidang (maz makan dengan mutton saloona)
 
memang kena dgn saloona tu...yg suka nasi jenis 1 lauk mcm ni yg bongsu la...memang bertambah2 la mkn nasi...Alhamdulillah kena dgn selera kluarga...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...