Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, September 21, 2014

Chicken Pasta with Sun Dried Tomatoes

Assalamualaikum w.b.t...kat rumah ni asalkan pasta mesti dpt sambutan...suka dan selalu buat pasta ni sebab teramat mudah dan cepat nak sedia...biasanya masak sebagai alas perut belah malas sebab xde nasi...kli ni tukar selera plak guna paste dri sun dried tomato dan daun basil...ternyata amat sedapp dan kena dgn selera...bau sos dari paste tu membangkitkan selera...mcm mkn pasta kat italian restoran...dah 2x kali buat pasta guna paste mcm ni...biasa la deh ni pun kena peram dulu berminggu2...ada 2 jnis lgi pasta dlm folder tu...huhuu...semoga jumpa lagi...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Chicken Pasta with Sun Dried Tomatoes by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g pasta
  • 1 keping dada ayam - hiris nipis
  • 1/3 cawan whipping cream @ secukupnya
  • 1 sudu besar serbuk sup cendawan
  • 1-2 sudu besar sun dried tomato paste (resipi dibawah)
Cara
1. Didihkan air dan rebus pasta seperti biasa hingga lembut dengan sedikit garam dan minyak zaitun. Tos dan simpan sikit air rebusannya.
2. Panaskan kuali, masukkan isi ayam bersama sedikit air rebusan pasta. kacau balik biar ayam masak.
3. Masukkan pasta, kacau sebati. Kemudian masukkan semua bahan lain dan sedikit air rebusan pasta dan perasa secukup rasa.
4. Kacau biar sebati. Sedia untuk dihidang dan tabur sedikit parmesan cheese.

Sun Dried Paste
  • 8-10 keping tomato kering dalam minyak zaitun
  • 1 ulas bawang putih
  • 4-5 helai sweet basil leaf (english basil) @ boleh guna yang kering dalam botol
  • sedikit extra virgin minyak zaitun
Cara

1. Kisar semua bahan bersama sedikit extra virgin minyak zaitun hingga lumat. Simpan dalam peti untuk kegunaan seterusnya.
Nota: boleh aje buat sendiri tomato kering tu, hiris nipis buah tomato dan jemur hingga kering. Kemudian kisar bersama bahan diatas.

bleh aje gna apa jenis pasta atau spagethi...kalu nak basah lagi boleh lebihkan sosnya...tdi pun buat pasta jgk utk diner...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...